ACAR BUAH KENDURI 5KG
BAHAN2
●3 kg buah2an jeruk kering berlainan jenis
●7 biji jeruk limau
●200gm jeruk mangga
●1 cawan cili kisar
●1 cawan rempah kari ikan
●17 ulas bawang putih( sebiji2)
●17 ulas bawang kecil( sebiji2)
●30 biji cili api
●2 inci halia- mayang nipis panjang2
●1/2 botol sos cili
●1 cawan cuka makan
●Gula (ikut rasa masing2)
●Garam secukup rasa
●3 cawan minyak masak
BAHAN2 TUMIS
○1 sudu besar biji sawi
○1/2 sudu besar jintan manis
○5 tangkai daun kari - optional
CARA2:
◎- Tumis bahan2 tumis hingga naik bau... masukkan cili kisar tadi dan kacau hingga sehingga pecah minyak
◎- Kemudian masukan rempah kari ikan yg dibasahkan dgn sedikit air terlebih dahulu ye dan masak lagi selama lebih kurang 30 minit.. Api jgn kuat.. Jgn masuk gula dulu ye.. Masukkan sedikit garam, cuka & sos cili..kacau lagi.. lama2 sikit ye..
◎- masukkan gula .. kacau seketika lagi..
◎- Masukan halia kemudian kacau sehingga sebati..
◎- Masukan buah2 jeruk yang keras terlebih dahulu dan kacau sehingga empuk..
◎- Akhir sekali masukan buah2 yang lembut bersama bawang putih, bawang merah & cili api..kacau sehingga sebati.. Perasakan.. Kalau tak cukup manis boleh tambah gula..Tutup api.. Kalau rasa minyak banyak bertakung, boleh diasingkan minyaknya..
◎- Simpan 2-3 malam dulu sehingga mesra kesemua buah dan barulah lebih sedap kalau di makan...
◎Bolehlah di hidang...
Kredit: resepi mutiara hati
#KROS
#KONGSIRESEPI
#GROUPRESEPI
No comments:
Post a Comment