12 April 2022

28 August 2020

Rahsia Anak Taat & Cerdik

 KISAH BENAR ANAK JADI TAAT DAN CERDIK. APA RAHSIANYA?


Saya nak kongsikan semula Rahsia Anak Taat dan Cerdik seperti yg sy cerita di Live 7.15 pagi td. Mungkin ada yg terlepas atau tak dpt nak tangkap betul-betul. Jadi jom dengarkan rahsianya. 


Amalan ni dikongsikan sendiri oleh mak mertua sy. Mak mertua sy pulak, dpt korek rahsia ni drpd saudara dia yg ada 10 org anak, dan anak-anak dia semua berjaya, semua masuk universiti, semua baik-baik..Masa tu adalah sewaktu zaman 80-an dulu. Waktu anak-anak mak mertua sy masih kecik. Dimana pd zaman tu, jarang sgt kita dgr anak bole dpt masuk universiti. Tahun 1980. Memang ajaib. Jd sebab itu lah mak mertua sy cuba korek rahsia tu. 


Kisah kedua adalah kisah anak-anak mak mertua sy pulak. Apa jadi pd anak-anak dia setelah mereka amalkan pulak rahsia tu pd anak-anak mereka.


Kisahnya..mak mertua sy ada 5 org anak perempuan. Alhamdulillah..anak-anak nya semua berjaya. Yg sulung guru, kedua akauntan, ketiga akauntan, keempat engineer dan yg terakhir doktor. Berjaya yg sy nak cerita dekat sini bukan pasal pekerjaan anak-anak tu. Semua pekerjaan bagus. Cumanya nak cerita, anak-anak mak mertua sy semua baik-baik, taat, dan paling penting tak tinggal solat. 


Disebabkan rahsia tu perlu diamalkan sewaktu anak-anak masih kecik, jd ada kisahnya di mana masa kecik² lagi..dah nampak betapa anak tu memang mendengar kata. 


Ada byk kisah, tp sy nak kongsikan satu contoh. 


Ayah mertua sy memang seorg yg tegas. Dia tegas bukan pada paksa anak-anak belajar. Tak pernah sekali pun dia tanya anak dia, "Dah belajar ke belum?", "Dah siap kerja sekolah ke belum?". Tapi satu soalan yg akan ditanya pada anak-anak dia adalah "Dah solat ke belum?". Biasanya soalan tu akan ditanya bila waktu solat dah habis. Tu je soalan ayah mertua sy. Dan setiap kali kalau anak-anak jawab "belum"..maka habuannya adalah rotan.😅 Satu rakaat, satu rotan. Anak² memang tau perkara ni. Tp dr cerita mak mertua sy, dia pelik sgt..kenapa anak-anak dia sgt jujur. Hati ibu kan, walaupun tau anak tu mmg salah, tp tetap rasa sedih bila tgk anak kena rotan. Mak mertua terpikir, kenapa anak-anak dia tak nak "tipu" je kata dah solat walaupun belum. Nanti lepas tu solat lah kan. Kan dah kena rotan. Tapi tak. Anak-anak mesti jawab dgn sgt jujur dan taat. 😅


Jadi nk cerita dekat sini, subhanAllah..amalan yg dibuat tu mmg makbul dan mustajab. Dari kecik dah boleh nampak kesannya. Sampai lah anak tu besar dan jadi "manusia".


Ok dah nampak sendiri KESAN amalan tu dari kisah-kisah benar ni kan?Jadi jom baca apakah rahsia anak-anak boleh jadi taat dan berjaya.


========================


📌Amalan ni perlu buat sekali je seminggu. 

📌Setiap khamis mlm jumaat. 

📌Setelah anak baring untuk tidur.

📌Duduk disebelah anak, dan bacakan ayat-ayat alquran seperti tatacara di bawah. 

📌Sebelum buat tu, pastikn gosok gigi dulu. Supaya anak-anak tak pengsan bau mulut mak ayah dia.😂

📌Bermula dengan telinga kanan, berakhir dengan telinga kanan jugak.


TELINGA KANAN

1. Tutup telinga kiri anak dan baca pada telinga kanan anak. "Inna anzalna..sehingga habis" 7x (surah al-qadr : surah berkaitan lailatul qadr tu) dan "selawat" 3x. Tiup telinga selepas setiap kali baca. (Seolah-olah nak bagi bacaan tu masuk terus dlm telinga kanan anak dan tak keluar dr telinga kiri sbb kita tutup dgn tangan tadi.Nanti buat yang sama untuk telinga kiri jgk.)


UBUN-UBUN

2. Baca ayat kursi di ubun-ubun anak 1x dan tiup.


MUKA

3. Baca lagi "inna anzalna..sehingga habis" 1x di muka anak dan tiup.


TELINGA KIRI

4. Baca "walyatalattaf wala yush iranna bikum ahada" 1x (surah al-kahfi, hujung ayat 19), ditelinga kiri anak dan tiup. 


TELINGA KANAN SEMULA

5. Baca "wal asr...sehingga habis" (surah al-asr) di telinga kanan anak dan tiup.


Baca dengan perlahan dan tiup perlahan-lahan. Jgn hembus kuat-kuat pulak sampai terkejut anak tu. 😂


Buat amalan ni sekali je dalam seminggu. Setiap malam jumaat. Dan nantikan kesannya. InsyaAllah. Semuanya ayat Quran. Bukan jampi serapah.😂 Jd jgn risau. Baca dpt pahala, jd doa untuk anak tu. Percayalah. Semoga bermanfaat.


Bila anak-anak dah dengar cakap, mudah lah urusan kita. Nak suruh belajar ke..nk suruh mengaji ke. 


Kepada ibu bapa yg nak kami bantu pendidikan anak-anak, nak tanya tips-tips atau nasihat untuk anak-anak, boleh klik je link di bawah ni. Saya akan cuba bantu sebaiknya. InsyaAllah. 


Yang benar,

ZAID 


*Ni gambar anak bongsu mak mertua saya, merangkap isteri saya. Masa ni kecil lagi. Sekarang ni dah jadi doktor. Bertuah kan saya?😄

No comments: