Mengunjungi seorang kawan yang sedang kritikal sakit, dia menggenggam erat tangan saya, lalu menarik ke mukanya, dan membisikkan sesuatu..
Dalam airmata berlinang dan ucapan yg terbata2 dia berkata,” Jika awak tidak melihat saya di syurga, tolong tanya pada Allah di mana saya, tolonglah saya ketika itu…”
Saya pun berbisik,” In sha Allah, in sha Allah aku juga mohon kepada awak jika awak juga tidak terlihat saya di syurga…”
Sebenarnya pesan itu pernah disampaikan oleh seorang ulama besar, Ibnu Jauzi, yang berkata kepada sahabatnya sambil menangis :
” Jika kamu tidak menemui aku di syurga bersama kamu, maka tolonglah tanya kepada Allah tentang aku ; Wahai Rabb kami, si fulan sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau, maka masukkanlah dia bersama kami di syurga.”
Ibnu Jauzi berpesan begini bersandar kepada sebuah hadits :
“Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yg selalu bersama mereka dahulu di dunia, maka mereka pun bertanya kepada Allah ; Ya Rabb! kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia bersolat bersama kami, berpuasa bersama kami dan berjuang bersama kami…”
(Ibnu Mubarak dlm kitab Az Zuhd)Maka Allah berfirman, ” Pergilah ke neraka, lalu keluarkanlah sahabat-sahabatmu yang di hatinya ada iman, walau hanya sebesar zarrah”.
Maka wahai sahabat2ku,
Di dalam bersahabat, pilihlah mereka yg boleh membantu kita bukan ikatan di dunia, tetapi hingga akhirat..
Carilah sahabat2 yg senantiasa berbuat amal soleh, yg solat berjemaah, berpuasa dan sentiasa berpesan agar meningkatkan keimanan, serta berjuang untuk menegakkan agama Islam.
Carilah kawan yg mengajak ke majlis ilmu, mengajak berbuat kebaikan, bersama untuk kerja kebajikan, serta selalu berpesan dgn kebenaran.
Kawan yg dicari kerana urusan perniagaan, pekerjaan,kawan tengok bola, kawan memancing, kawan bershopping, kawan fb utk bercerita hal politik, kawan whatsapp utk menceritakan hal dunia, akan berpisah pada garis mati dan masing2 hanya akan membawa diri sendiri.
Tetapi kawan yg bertakwa, akan mencari kita untuk bersama ke syurga….
Semaklah diri, apakah ada kawan yg seperti ini dalam kehidupan kita atau yg ada mungkin lebih buruk dari kita…
Jom berubah sekarang, kurangi waktu dgn kawan yg hanya condong pada dunia, carilah kawan yg membawa kita bersama ke syurga, karena kita tidak boleh mengharapkan pahala ibadah kita saja utk masuk syurganya Allah..
Perbanyaklah usaha, moga satu darinya akan tersangkut dan membawa kita ke pintu syurga….
Al-Hasan Al-Bashri berkata :
” Perbanyakkanlah sahabat-sahabat mukminmu, karena mereka memiliki syafaat pada hari kiamat”.Pejamkan mata, berfikirlah,.. siapa agaknya diantara sahabat2 kita yg akan mencari dan mengajak kita bersama2 ke syurga..
Jika tidak, mulailah hari ini mencari teman ke syurga sebagai suatu misi peribadi.
No comments:
Post a Comment