MEE CELUP ALA THAI
Alhamdulillah. Habis licin Mee Celup Ala Thai buatan tangan manis aiols harini. Kihkih. Rezeki tetamu datang beraya hari ini. Ingatkan satu keluarga yang datang, rupanya 3 famili datang. Yang datang last tu kena tambah kueteaw goreng sebab sup dah habis lincinnnn😅
Meh tengok resepi MUDAH yakmattt buat mee celup ala thai ni. Sukatan macam kak rat buat ya.
Bahan - bahannya sup,
* 2 kilo tulang + daging + perut
* rempah sup bunjut dan pekakas (kak rat beli yang siap pakej untuk daging tu 2 supit)
* akar ketumbar
* bawang putih goreng (beli sesiap nak goreng pon boley)
* lada hitam satu sudu besar
* halia 2 inci
* lengkuas seinci
* 4 sudu sos ikan
* 4 sudu kicap - kak rat letak kicap adabi lemak manis
* Serbuk lada sulah thai
Bahan- bahan lain,
* Mee/bihun/kueteaw
* Serbuk lada
* Daun sup, daun bawang
* kacang goreng
* Bawang goreng
* Lobak masin
* Limau nipis
* Sawi/taugeh/kangkung
* Lada besar hijau nak buat jeruk
Cara - caranya,
1. Rebus tulang, daging dan perut hingga empuk dalam periuk 32 cm, isi air separuh.
2. Lepaa tu masukkan pekakas sup bunjut tulang adabi.
3. Tumbuk akar ketumbar dan lada hitam. Masukkan dalam periuk bersama bawang putih.
4. Masukkan halia, lengkuas, kicap, sos ikan. Perasakan dengan garam dan gula. Pastu letak lada sulah.
5. Lastly, boh taugeh. Baru bau die terangkat. Lain cikep rasanya kalau boh taugeh taw.
6. Biarkan sup mereneh dan meresap dalam daging. Perasakan semula jika tak cukup rasa ya. Tambah ajinomoto jika suka.
Bahan - bahan tambahan,
1. Jeruk lada (kak rat buat sendiri boh cuka dan sedikit garam sahaja)
2. Air lada (kak rat boh cuka + sos ikan + garam dan gula pastu blend)
SELAMAT MENCUBA🙌
Pasti tetamu menjilat mangkuk lepas ni. Hik hik 😆
#sharelah
#resepikakrat
Ratna sari zain
Kredit Owner
No comments:
Post a Comment