DIMANA?
- 36 Pejabat Pusaka Kecil seluruh negara, ATAU
- Pusat kutipan Borang A & Borang P ke Pejabat Tanah
MEMBUAT PERMOHONAN PEMBAHAGIAN PUSAKA KECIL
(SEKSYEN 8) - AKTA HARTA PUSAKA KECIL (PEMBAHAGIAN) 1955
- APAKAH HARTA PUSAKA KECIL
Ø Harta simati mempunyai ciri - ciri berikut :-
a. Simati tidak meninggalkan wasiat ( bagi simati bukan Islam )
b. Harta itu terdiri daripada :
i. Harta Tak Alih (Tanah/Rumah) , atau ;
ii. Bercampur - Harta Tak Alih (Tanah/Rumah ) & harta alih
seperti wang tunai, saham, kenderaan, caruman KWSP/Insuran ( tanpa penama ),
ASN/ASB dan sebagainya
iii. Jumlah nilaian keseluruhan harta (i + ii) tidak melebihi
RM2 juta
- BAGAIMANA?
Ø Lengkapkan Borang A
Ø MESTI disertakan dengan:-
a. Bukti Kematian.
i. Sijil kematian/permit
menguburkan; atau
ii. Surat Akuan Sumpah oleh 2 orang saksi
bebas yang menyaksikan jenazah dikebumikan, contohnya bagi kematian semasa
pendudukan Jepun dan sebelumnya; atau
iii. Perintah Anggapan
Kematian yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi dalam keadaan
seperti kematian tanpa kubur, hilang semasa pendudukan Jepun, tragedi 13
Mei 1969, tragedi Muassem, dan perintah ini hanya boleh didapati selepas 7
tahun dari tarikh berlakunya kejadian.
b. Dokumen Harta Tak Alih - Salinan
hakmilik yang diakui sah oleh Pejabat Tanah atau Perakuan Carian Rasmi
yang menunjukkan pegangan harta tak alih simati atau surat perjanjian jualbeli
bagi rumah yang belum ada hakmilik yang berasingan, salinan resit cukai pintu
bagi kediaman/bangunan Hak Milik Strata yang belum dikeluarkan dan resit cukai
tanah (jika ada).
c. Salinan dokumen harta -
harta alih seperti salinan sijil saham, salinan buku akaun simpanan, salinan
hak milik kenderaan, salinan penyata KWSP dan sebagainya yang terkini.
- SIAPAKAH YANG BERHAK MEMOHON
a. Waris - waris simati
seperti balu lelaki atau perempuan, anak lelaki atau perempuan, ibu atau bapa,
Majlis Agama Islam ( Baitulmal ) dan sebagainya;
b. Pemiutang dan pengkaveat;
c. Pembeli di bawah surat
perjanjian jual beli yang sah;
d. Pemegang gadaian atau
pemegang pajakan tanah simati;
e. Penghulu atau Pegawai
Petempatan yang diarahkan oleh Pentadbir Tanah;
f. Amanah Raya Berhad .
- DIMANA SERAHKAN BORANG?
Ø Pejabat Pembahagian Pusaka/Pejabat Tanah di mana harta tak alih simati
terletak, ATAU
Ø Sekiranya simati mempunyai harta tak alih ( tanah ) di banyak tempat (negeri
yang sama atau negeri yang berlainan), borang permohonan hendaklah dikemukakan
di salah satu daerah sahaja.
- MENGHADIRI PEMBICARAAN
Ø Bawa Semua dokumen asal seperti bukti kematian, hakmilik tanah, kad
pengenalan, surat beranak, surat nikah, bukti-bukti harta alih dan lain dokumen
yang difikirkan perlu semasa pembicaraan.
Ø Semua pihak & waris MESTI hadir di hari pembicaraan .
Ø Semua keterangan semasa pembicaraan hendaklah diberi secara
bersumpah/berikrar.
Ø Mana-mana waris yang tidak dapat hadir bolehlah mengemukakan Surat Akuan
Persetujuan yang ditandatangani di hadapan Pentadbir Tanah, Majistret ,
Pesuruhjaya Sumpah atau Notaris Awam Sila nyatakan cara pembahagian yang
dikehendaki dengan jelas. Surat Akuan Persetujuan boleh didapati di semua Unit
Pembahagian Pusaka, Pejabat Tanah atau di muatturun melalui laman web jabatan
iaitu www.jkptg.gov.my
- CARA HARTA PUSAKA KECIL DIBAHAGIKAN
Ø Bagi Muslim – diuruskan mengikut Hukum Syarak.
Ø Bagi bukan Islam, diuruskan mengikut Akta Pembahagian 1958 (Akta 300).
Ø Pembahagian secara muafakat boleh dilaksanakan jika semua waris yang
berhak mewarisi harta pusaka simati bersetuju.
Ø Tanah Rancangan - Pembahagian bagi pegangan desa di bawah Akta Tanah
(Kawasan - kawasan Penempatan Berkelompok )1960 tidak boleh dibuat lebih dari
dua orang. Jika lebih dari dua orang yang berhak dan mereka tidak bersetuju
secara muafakat memberi kepada dua orang sahaja daripada mereka, Pentadbir
Tanah boleh menjual pegangan itu dan hasil jualannya dibahagikan di kalangan orang
yang berhak.
Ø Tanah Adat - Jika simati meninggalkan tanah di Daerah Jelebu, Kuala
Pilah, Rembau , Tampin dan Jempol dan ianya adalah ahli sesuatu suku di Negeri
Sembilan, pembahagian pusakanya adalah mengikut Bahagian III Akta.
Ø Perintah jualan secara tender dalam keadaan tertentu mengikut peruntukan
15(4)(d) Akta.
- JANGKAMASA SELESAI
Ø Jangkamasa minima memproses sesuatu tuntutan kes biasa adalah dalam
tempoh 5 ½ bulan bagi Permohonan Baru – Borang A Seksyen 8
Ø Bagi kes yang melibatkan kematian berlapis dan harta berada didalam
daerah yang berlainan jagkamasa proses mungkin meelbihi dari tempoh di atas.
- RAYUAN TERHADAP PERINTAH PEMBAHAGIAN
Ø Tak puashati? - pihak yang tidak puashati dengan perintah pembahagian
yang telah dibuat boleh membuat rayuan melalui Pentadbir Tanah ke Mahkamah
Tinggi dalam tempoh 14 hari dari tarikh perintah itu dibuat. (Seksyen 29
Akta & Peraturan 10, Peraturan Harta Pusaka Kecil 1955)
- PENDAFTARAN PERINTAH PEMBAHAGIAN
Ø Harta Tak Alih - Setelah Perintah Pembahagian dikeluarkan, pihak waris
hendaklah mengemukakan hakmilik tanah (Geran) ke Pejabat Tanah berkaitan untuk
tujuan pendaftaran perintah pembahagian tersebut.
Ø Harta Tak Alih - waris hendaklah mengemukakan perintah pembahagian ke
agensi /institusi yang bertanggungjawab terhadap harta alih tersebut.
- PERMOHONAN BERIKUTNYA (SEKSYEN 17 AKTA) BORANG P
Ø Permohonan yang dibuat selepas permohonan awal ( Borang A- Seksyen 8
Akta ) telah diselesaikan.
a. Permohonan Berikutnya boleh dibuat dalam keadaan seperti:
i. Ada harta yang tertinggal di dalam permohonan awal;
ii. Apabila perlu melantik seorang pemegang amanah yang baru;
iii. Apabila perlu melantik seorang pentadbir yang baru;
iv. Untuk membatalkan suratkuasa tadbir dan pembahagian dibuat secara terus
kepada waris simati;
v. Untuk menarik balik sesuatu Kaveat Pendaftar ;
Ø Setiap permohonan berikutnya hendaklah dengan menggunakan Borang P
- MENGAPA PUSAKA PERLU SEGERA DISELESAIKAN?
Ø Mengelakkan kematian berlapis bertambah rumit.
Ø Memudahkan proses pembahagian pusaka.
Ø Membolehkan harta pusaka dimanafaat dengan segera bagi faedah semua
waris.
Ø Mengelakkan berlakunya tanah terbiar.
Ø Mengelakkan wang simpanan simati dalam mana-mana institusi kewangan,
atau koperasi, saham-saham, bon daripada dipindahkan kepada Pentaftar Wang Tak
Dituntut.
- KOSNYA?
Ø Bayaran Pendaftaran:
PERCUMA
Ø Bayaran Selepas pembicaraan :
a. Bayaran perintah berdasarkan nilaian terkini harta simati ( seperti
senarai harta simati di Borang Permohonan- Borang A Seksyen 8 Akta).
- RM10.00 – nilaian harta RM1.00 hingga RM1,000.00;
- RM30.00 - nilaian harta RM1,001 hingga RM50,000;
- 0.2% - nilaian harta RM50,001 dan ke atas.
b. RM30 bagi bayaran perintah permohonan berikutnya ( Seksyen 17 ) yang
melibatkan permohonan seperti membatalkan Pemegang Amanah, Kaveat Pendaftar
ataupun membatalkan Pentadbir. Jika melibatkan ketinggalan harta, bayaran
perintah hendaklah mengikut nilaian harta terkini yang diselesaikan di bawah
Seksyen 17 Akta ( Permohonan Berikutnya ) sahaja
c. Jumlah bayaran bagi mendaftarkan perintah pembahagian dalam hakmilik
tanah (geran) adalah mengikut peraturan -peraturan tanah negeri;
d. Duti Harta Pusaka - (jika ada) akan ditentukan di akhir
pembicaraan mengikut nilai harta pada tarikh mati. Jumlah yang dikenakan
tertakluk kepada peruntukan di bawah Akta Duti Harta Pusaka 1941.
e. Salinan Perintah Pembahagian dibekalkan secara percuma bagi salinan
pertama dan bayaran RM 5.00 dikenakan bagi salinan kedua dan seterusnya.
f.
Salinan Perintah
Pembahagian yang diperlukan oleh mana-mana orang selain daripada pentadbir/
waris dikehendaki membayar RM 30.00 bagi salinan pertama dan RM 10.00 bagi
salinan kedua dan seterusnya.
Ø Sekiranya ada rayuan ke Mahkamah Tinggi bayaran yang akan dikenakan adalah seperti berikut:
a. RM 50.00 bagi bayaran fee rayuan;
b. RM 1500.00 bagi bayaran deposit rayuan;
c. Bayaran menyediakan salinan dokumen yang dikehendaki bagi salinan
pertama adalah RM30. Bagi salinan kedua dan seterusnya adalah RM10;
Ø Bayaran untuk mendapatkan salinan pertama Nota Pembicaraan RM30.00- bagi
setiap Folio 100 patah perkataan atau sebahagian daripadanya dan RM 10.00 bagi
salinan kedua/seterusnya setiap 100 patah perkataan atau sebahagian
daripadanya.
- KEISTIMEWAAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA KECIL
a. Borang permohonan ( Borang A )
boleh didapati di 36 Pejabat Pembahagian Pusaka Kecil atau Pejabat Tanah daerah
atau di muatturun melalui laman web jabatan iaitu www.jkptg.gov.my;
b. Pembicaraan boleh diadakan di
Balai Raya/ Balai Penghulu Dewan Orang Ramai yang berhampiran dengan tanah
peninggalan simati;
c. Tidak perlu peguam;
d. Penyerahan/ penerimaan hak/ bahagian sesama waris boleh dibuat semasa
pembicaraan dan tidak dikenakan apa - apa bayaran;
e. Pembicaraan boleh dibuat di mana-mana daerah yang terdapatnya harta
simati;
f. Pembahagian boleh dibuat secara terus kepada waris simati dan suratkuasa
tadbir hanya diberi dalam keadaan tertentu.
No comments:
Post a Comment