12 April 2022

15 March 2020

Ilmu Nafas


Kredit:

https://www.facebook.com/100011417981758/posts/1264956763894911/


Rasulullah s.a.w yg bermaksud '' Barangsiapa didalam setiap tarikan dan hembusan nafasnya tidak berzikrullah adalah sia-sia''

Tahukah anda harga Oksigen di hospital ialah RM10/­ltr..
Tahukah anda harga Nitrogen di hospital ialah
RM3/­ltr..

Tahukah Anda bahwa dalam sehari manusia memerlukan sebanyak
2.880 ltr Oksigen, &
11.376 ltr Nitrogen

Jika  dihargai dgn ringgit, Oksigen & Nitrogen yg kita hirup, akn mncapai RM56,060/hari /manusia.

Kalau dikalikan sebulan RM56,060x 30hari = RM1,681,818/­org..
Org yg paling KAYA sekalipun tidak akan sanggup melunasi biaya nafas untuk hidupnya, apabila Allah SWT  mnggunakan Rumus Niaga manusia.

Masihkah kita MALAS BERSYUKUR ?

Baru nafas saja, kita sudah mesti membayar RM1,681,818 / bulan, dan itu PERCUMA.

Maka, Nikmat Tuhanmu yang mana lagi yang kau Dustakan..

Sesungguhnya, Segala sesuatu adalah dari Allah SWT , dan kembali kepadaNya.

Semoga kita semua bahagian dari hamba2 yang bersyukur.. Amin

ALLAH HU RABBUL ALAMIN ITU IALAH ZAT WAJIBUL WUJUD YG MENCIPTA UNIVERSE DAN SEGALA ISI KANDUNGANNYA

DIALAH PEMERENTAH UNIVERSE DAN KEPERKASAANNYA MUTLAK SENTIASA ADA DAN KEUPAYAAN2 INI DAPAT DI ESAKAN DGNÌ DIRI KITA SBG CIPTAANNYA YG PALING SEMPURNA

ALQURAN MENJELASKAN KEUPAYAAN2 INI SBG ASMAUL HUSNA ( 99 ) DAN ASMAK2 INI MERUPAKAN GELOMBANG2 MHZ TENAGA ILAHI YG SENTIASA BERSAMA SIFAT HAYYUNNYA YG * CHARGE * DIRI SEBENAR KITA SETIAP DETIK DAN KETIKA MELALUI NAFAS / PERNAFASAN ...

PADA SETIAP HIRUPAN NAFAS ZAT YG BERMERTABAT * HU * MEMBAWA BERSAMA 99 KEUPAYAAN ILAHI UTK KITA ESA ATAU RESONANKAN DENGAN DIRI KITA SBG RESPONDER ...SESUAI DGN HAJAT ATAU KEGUNAAN KITA...SUPAYA DAPAT KITA GUNAKAN DALAM KEHIDUPAN HARIAN KITA DiDUNIA INI

KAMI MENYEBUT ILMU INI SBG ILMU INTI SYAHADAH ( NAMA JE ) ...DAN ILMU INILAH YG PERLU KITA FAHAMI KUASAI DAN AMALKAN....

ILMU INI TIDAK ADA DALAM PERINGKAT ILMU SYAREAT7

PARA SAINTIS DAN TEKNOKRAT TELAH BERJAYA MENGGUNAKAN GELOMBANG2 TENAGA ALLAH HU RABBUL ALAMIN INI DGN MENCIPTA PELBAGAI ALAT ALAT RESPONDER SPT SATELIT ...KOMPUTER ...RADAR HANDPHONE DSB DGN TEKNOLOGI PEMINDAHAN TENAGA DARI OBJEK KE OBJEK DAN DARI SATU BENTUK TENAGA KE BENTUK TENAGA YG LAIN

SEMUANYA ADALAH BERKAITAN TENAGA
DAN IANYA ADALAH TENAGA KOSMIK YG * GODLY * ....

ILMUNYA ILMU FIZIK KUANTUM DAN KUANTUM SPIRITUAL

CUBALAH KAJI DAN DALAMI...
SATU ANJAKAN PARADIGMA DLM KITA BERTUHAN DAN BERAGAMA....

CHARGING

umpama bateri kereta kita juga spt itu
Sentiasa dicharge oleh alternator
Tenaga karen diluar sama juga dgn yg ada dibateri

Zat Allah diluar sentiasa shj charge kita yg didalam ....melalui pernafasan

Yg anda hirup itu bukan udara kosong tetapi penuh berisi dgn 99 keupayaan zat wajibul wujud

Kita je tak pedulikannya sbb tak tahu..

*Cara dan Kaedah Tepat Zikir Nafas*

-Zikir Nafas 
-Mengenal  Nafas
-Mengenal  Asal  usul nya  Nafas
-Mengenal  Datang nya   Nafas
-Mengenal  Reservoir  Nafas
-Mengenal  Punca  Kedatang nya  Nafas
-Menghargai  Nafas  dengan  Haqqul  Yakin
-Melihat  kedatangan  Nafas  dari  Pandangan Ainul Yakin
-Tarbiyyah  diri  dengan  Muttu  Qabla  an  tammutu [ hadis]   Latih mematikan diri- 
-Latih pergerakan Allah-(memulangkan Zat,Sifat,Asma,Af’al Allah s.w.t)  Dengan  Muraqabah  dan  Musyahadah
- Latih Ilmu Allah
-Dengan  KALIMAH  Syahadah  dan  Syuhud (Qudrat”Kuasa”,Iradat”berkehendak”,Ilmu”ilmu”,Hayat”hidup”)

Bagi kaum Aribillah, Nafas  adalah Imej  cermin  dari  Roh , nafas adalah kembar bagi Ruh. Ruh adalah hakikat dan nafas adalah syariatnya di alam ini.Ruh ibarat kapal, ombak bagaikan nafas. Jika tenang ombak, tenanglah perjalanan kapal. Begitu juga Ruh, jika nafas seorang hamba tenang, maka ia memberi kesan pada ruhnya. Kaum Aribillah  dan  ahli  Rohanni amat mementingkan latihan pernafasan. Bila pernafasan elok, maka akan eloklah perjalanan ruh dengan ROBBnya. Emosi amat mempengaruhi pernafasan, baik ia dalam keadaan marah “stress” atau tenang.
Jika seseorang itu berjaya mengawal emosinya.

Mereka  yang  tidak  mementingkan  rohani  adalah  seperti  jasad  yang  tiada  Roh , mereka  amat  di perbodohkan  oleh  syaitan ,  apa  guna  sebatang  jasad  walaupun  ianya  seorang  raja , seorang  yang cantik dan kaya   jika  tiada  Roh  dan Nyawa  akan  di kebumikan dengan secepat  mungkin. Roh  dan kerohanian  amat  penting  dalam  memahami  pengertian  hidup  dan  perjalanan  hidup  ini. Nafas  berasal  dari  Robbul  Alameen.

Soalan  pertama  adalah  mengenal  Bagaimana  turunnya  dan  naiknya  Nafas  ini  dari  sebatang  tubuh  yang  tidak  ada  hawl  dan  quwwah ,  dan  bagaimana   ratusan ribuan  jutaan  makhluk menerima Nafas  turun ,  Nafas naik  dengan  secara  sistematik  dan  secara  teratur  dan  tanpa  ada  gangguan,  dan  tiada  kehilangan  satu  nafas   yang   tergendala   dalam  ribuan  juta   tahun  kecuali   sudah sampai  ajal  maut  seseorang  itu   dengan  taqdir  Nafas  dan  usia  hayyatnya. Nafas adalah sumber kehidupan, tanpa nafas hancurlah kehidupan.

Nafas adalah al-Hayat yang datang dari Tuhan, ia adalah rahsia Illahi. Para ulama sufi mengamalkan zikir nafas untuk pembersihan rohani, manakala para ahli “tenaga dalam” mengamalkan pernafasan untuk mengaktifkan tenaga ghaibnya sehingga dapat melakukan perkara yang luar kekuatan jasad. Kaum sufi menamakan ianya sebagai Nasma iaitu gabungan antara Ruh Jasmani dan jasad. Zikir  Nafas  adalah  jentera  pengerak  kepada  semua  sistem rohani  dan  jasmani. Zikir Nafas adalah merupakan IBU kepada segala zikir. Zikir ini mempunyai banyak keistimewaan. Zikir Nafas ini ada pecahan dan rangkaiannya tersendiri. Pecahan zikir ini ialah zikir Nufus, Tanafas dan Amfas. Keempat-empat perkara ini berkaitan diantara satu sama lain. Bermula nafas itu kerana anfas, dan hidup anfas itu kerana nufus, manakala hidup nufus itu dengan rahsia dan rahsia itulah merupakan (diri) rahsia Allah. Nufus, Anfas dan Tanafas itu adalah satu perkara yang ghaib, yang wujud tanpa dapat dirasa dan dilihat seperti mana nafas.

Adalah tidak sedap membicarakan sesuatu yang tidak boleh dibuktikan dengan ilmu yakin, ataupun ainul yakin. Kerana ini boleh menimbulkan fitnah besar kepada pembicaranya kelak.Sudah menjadi ghalib manusia ia akan menolak sesuatu yang tidak tercapai oleh akal dan ilmunya, meskipun jalan paling baik jika ia terserempak dengan keadaan demikian ialah dengan mendiamkan diri (tawakuf) disamping belajar untuk memahaminya. Kedudukan  Sistem  Bathin  dan Spiritual  ini  bergerak  dengan  Kuasa   Qudrat  yang  mutlak  dan  hanya   dapat  di  lihat  dengan  mata  hati  oleh  mereka  yang  telah  hidup  hati  mereka  secara  zahir  dan  bathin. Tanpa  ILMU  Mata  hati, memang  hati  itu  tidak  akan  terbuka  dan   hidup  dan  tidak  akan   dapat  memerhatikan  keajaiban  hati  ini. Kedudukan Anfas ialah dihidung.Tanafas ditelinga dan Nufus di Jantung, manakala Nafas ialah dimulut. Anfaas, Nafas, Tanafas dan Nufus ini merupakan satu “kuasa” ataupun keadaan yang keluar masuk (bergerak) dalam tubuh seseorang manusia. Apa kah  insan  mudah  memahami   gerakan  sistem  spiritual  dan  rohani  ini   tanpa  mengenal  Robbnya  dan  ILLAH nya  ,  dia  sekali-kali  tidak  akan  mengenal  Robb nya   tanpa  ILMU  KALIMAH  LA  ILAHA  ILLALLAH. Semua  sistem  pengerakan  Nafas , Anfus , tanafas  adalah  satu  sistem  Unggul  dan  yang  ajaib yang  penuh  dengan  mukjizat.Tanafas ia bergerak di telinga, Nufus dijantung, Anfas di hidung sementara Nafas pula dimulut. Diantara keempat unsur ini, Nafaslah yang boleh dirasa dan disentuh serta mudah untuk diyakini (kalau kita membicarakan) kerana setiap orang boleh merasakan dengan perasaan zahir.

Justeru itu dalam bab ini saya berminat untuk membicarakan Zikir Nafas sahaja. Nafas  adalah  sumber  utama  dalam  menghidupkan  hati  dan  jasad.  Memahaminya  dan  menguasainya  akan  membawa  Insan  itu  kepada  kejayaan. Nafas  adalah  saluran penting  bagi  kita  meneruskan  hidup  di atas  bumi  ini, ada jasad  tanpa  Nafas,  tidak  berguna  jasad ini. Ada  roh  tapi  tiada  Nafas   tidak  juga  bermanfaat  Roh  itu  kepada  jasad  itu. Bila sebut Nafas orang tahu, iaitu angin yang keluar masuk daripada lubang hidung dan mulut (daripada luar tubuh kedalam tubuh). Kalau mengikut pengertian saintifik, udara yang keluar dari mulut atau hidung itu ialah karbondioksida yakni bahan “perkumuhan”, sementara yang disedut masuk itu pula ialah oksigen.
Fungsi oksigen ini ialah untuk memutarkan darah dalam jantung, membolehkan nyawa bergerak. Oksigen itu disedut dari luar dimana ianya diproseskan oleh tumbuh-tumbuhan dan alam seluruhnya. Fikirlah  dan  renungkan  lah  betapa  penting nya  penguasan  Nafas  dalam  hidup  dan  tanpa   penguasan  ini  anda  tidak  akan  bahagia  secara  zahir  dan  bathin. Ramai  ahli  sains  mengakui  hakikat  ini  bahawa  semua  punca  masalah  hidup  yang  membawa  kepada  keadaan  tidak  bahagia  adalah  kerana  tidak  wujud  harmoni  di  antara   jasad  dan  qalbu  -  emosi  dan  minda.

Mengikut kajian pakar 80% punca pesakit adalah berpunca dari ketidakstabilan emosi atau masalah psikologi.Emosi  dan  jasad  ada  kaitan  yang  amat  rapat  jika  tidak  di  kawal  ianya  akan  membawa  mudarat  kepada  tubuh  badan  dan  juga  anggota  badan  yang  menjalankan  tugas  penting  dalam  sistem  peredaran  darah  dan  sistem  oxygenation. Justeru itu rawatan yang paling baik ialah membina motivasi seseorang itu kepada kekuatan dalaman.Tiada pembinaan yang paling baik melainkan mendekatkan manusia itu dengan RabbNya. Zikir yang digabungkan dengan teknik pernafasan yang betul, atau disebut oleh ahli Tasauf sebagai zikir nafas, akan memberi kesan yang hebat. Imam Ghazali mengatakan zikir yang dilakukan dengan cara menahan nafas akan mempercepatkan proses penyucian hati (membakar mazmumah). Pernafasan yang betul akan memaksimumkan penyerapan oksigen yang amat penting dalam kehidupan dan kesihatan manusia.Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang terdedah kepada pelbagai penyakit seperti kanser,gangguan saraf, leukemia dan lain-lain.

Teknik Terapi Zikir pernafasan:
Perut dikempeskan se-kempes mungkin dan dikeraskan, agar energi yang dibangkitkan besar. Tarik nafas perlahan-lahan  dan  kemudian dalam-dalam, dada digembungkan, perut dikecilkan, tahan selama beberapa detik agar diproses oleh paru-paru, dan lepaskan. Penarikan  Nafas  harus  dengan  tertib  dan  juga  secara  natural tanpa  di paksa  atau  pun  di  desak  -  kaedah  ini  akan  gagal  menghasilkan  satu  proses  yang  mukammil.

Kemudian tarik nafas kembali dalam-dalam, tahan selama beberapa detik, dan selanjutnya [sebaik  nya  5-1-5  atau  10-1-10  atau  pun  3-1-3] , tarik  3  saat  - tahan  1  saat  -  dan  lepas  3  saat ]  atau  ikut kekuatan  daya  tarikan  dan  hembusan.

Lanjutkan terapi pernapasan dengan dada tetap digembungkan, dan perut tetap dikempeskan dan dikeraskan. Menarik nafas dengan membayangkan menghirup udara yang bersih dan sehat, lepaskan napas dengan membayangkan membuang penyakit, racun dan udara kotor. Nafas ditahan agar proses biologis didalam paru-paru berlangsung sempurna, yaitu : oksigen yang diudara diserap oleh paru-paru ( secara maximal ) dan udara kotor beracun ( CO2 ) dilepaskan ke-udara untuk kemudian dibuang keluar saat melepaskan napas. ( Dengan bernapas biasa maka proses berlangsung tidak sempurna, karena belum sempat terjadi pertukaran secara lengkap, udara sudah dikeluarkan lagi dari paru-paru ).

Waktu ingin melakukan zikir nafas kita wajib memulangkan Zat, Sifat, Af’al kita kepada Zat, Sifat, Af’al Allah yang bererti memulangkan segala wujud kita yang zahir kepada wujud kita yang batin iaitu Ruh dan pulangkan wujud Ruh pada hakikatnya Wujud Yang Qadim Zat Allah jua.La maujud illaLlah yang bermaksud tiada yang ada di ala mini pada hakikatnya melainkan Allah jua. Hakikat nafi pada diri kita ialah la wujud (tiada yg wujud) ,
la qadir (tiada yg Maha kuasa) ,
la hayun,
la muridun,
la alimun (tiada yg Maha mengetahui) ,
la samiiun (tiada yg mendengar) ,
la basirun (tiada yg Maha melihat) ,
la mutakalimun fil haqiqah illaLah.
Berkata para Arifbillah, ”matikan diri kamu sebelum kamu dimatikan”.[ Hadis Sohih].

Mati disini dibahagikan kepada empat:
1) Mati Hissii iaitu seolah-olah sudah bercerai ruh dari jasad, tiada daya upaya walau sezarah jua pada hakikatnya hanya Allah jua yang berkuasa, kemudian dimusyahadahkan didalam hati dengan menyaksikan kebesaran iaitu sifat Jalal dan JamalNya dan kesucianNya.

2) Apa  dia  hakikat  Asolatu  Miraju  lil Mukmineen. Miraj iaitu selepas sempurna mematikan diri kita hendaklah melakukan miraj ertinya iaitu menaikkan nafas kita melalui alam “Qaba qawsain au adna” iaitu antara kening merasa penuh limpah dalam alam Qudus iaitu dalam benak kepala kita hingga hilang segala ingatan yang lainnya.Ia dinamakan mati ma’nawi iaitu hilang segala sesuatu didalam hatimu melainkan hanya berhadapan pada Allah jua.

3) Mati  dalam  Hidup  dan  Hidup  dalam kematian ,  ini lah  hakikat  mati  lah  kamu  sebelum  kamu  di  matikan. Mati segala usaha ikhtiar segala daya upaya diri kita hanya kita mendirikan solat dengan melihat pada matahatinya dari Allah, dengan Allah dan untuk Allah. Dari Allah menggerakkan Ruhaniah, dari ruhaniah menggerakan Al-Hayat, dari Al-Hayat menggerakkan nafas dan dari nafas menggerakkan jasad dan adalah pada hakikatnya itu Allah jua yang menggerakkan sekaliannya sebagaimana firmanNya: “Dan tiadalah yang melontar oleh engkau ya Muhammad ketika engkau melontar tetapi Allah yang melontarnya…”.Pada pandangan dzahirnya perbuatan hamba tetapi pada pandangan matahati perbuatan Allah jua.

4)  Mati  dalam  tidur -  Ini  adalah  satu  rahsia  maarifah  dalam  hidup  yang  hanya  di  ketahui  oleh  para  Arif Billah  dan  Alimbillah -  bukan  nya  oleh  alim bil kitaab,  ramai  orang  alim  bil kitaab  tetapi  jahil  tentang  Allah  dan  segala  ilmu  tauhid  dan  maarifahtullah. Zikir  Nafas   adalah  Ummul  Zikir.  Dan  seafdal-afdal  Zikir  yang  mampu  memberi  kekuatan  Rohni  adalah  Zikir  Khafi,  ini  di  jelaskan   dalam  beberapa  hadis  sohih.

Zikir  Nafas   adalah  selaku  Nur Cahaya  yang  memancar  keseluruh  jiwa  seorang  pengamal  Zikir  Nafas. Zikir nafas ini adalah besar faedah. Dengan melakukan zikir nafas sahaja ia boleh memecahkan ketulan darah hitam yang berada dihati yang dianggap sebagai istana iblis itu. Selagi istana Iblis tidak terpecah dan hancur musnah Nur Qalbi sebagai penyuloh lampu ma’rifat yang diharapkan itu tidak mungkin diperolehi. Nur itu tidak akan bersinar menyuloh kegelapan dalam diri. Kalau pun ia menyala tetapi cahayanya tidak telus. Zikir  Nafas  adalah  ibu  segala  zikir. Ianya  mampu  membersihkan  segala  kotoran  dalaman  dan  rohani.

ZAT YG MELIPUTI KITA ADA 3 KEDUDUKAN DAN MERTABAT ....KEUPAYAAN ZAT DISESUAIKAN OLEHNYA IKUT KEDUDUKAN INI

A. HAMBA..

HAMBA IALAH SESUATU YG BERGANTUNG SEPENUHNYA PADA SESUATU

TEMPAT PERGANTUNGAN ITU DISEBUT SBG TUANHAMBA ATAU KHALIFAH..

ADA DUA PERINGKAT HAMBA..

1. HAMBA ZAHIR ....YAKNI BADAN YG BERGANTUNG PADA NYAWA SEPENUHNYA

2. HAMBA BATIN ....YAKNI NYAWA YG MERUPAKAN SIFAT MAANI ALLAH BERGANTUNG SEPENUHNYA PD SIFAT HAKIKI ALLAH =:SIFAT MAKNUYAH ALLAH

B. KHALIFAH...

KHALIFAH IALAH TUANHAMBA ATAU ULIL AMRI YAKNI PEMERENTAH

1. PADA BADAN NYAWALAH KHALIFAHNYA
2. PADA NYAWA ZAT ALLAH LAH KHALIFAHNYA

C. HU

HU IALAH ZAT ALLAH YG HAKIKI YG GHAIB MUTLAK YG MAHA MENCIPTAKAN

BILA TELAH TERCIPTA HU GHAIB MENJADI NUR MUHD NAMANYA ALLAH UTK MENAMPAKKAN APA YG TELAH DICIPTAKAN

MAKHLUK ADALAH ZAT PD PERINGKAT OBJEK ATAU AZZAHIRU

MAKHLUK YG PALING SEMPURNA UTK MENAMPAKKAN ALLAH IALAH INSAN BERGELAR MANUSIA

SEMUANYA ADALAH ZAT ALLAH PADA KEDUDUKAN YG BERBEZA ATAS KEHENDAKNYA

Mengenal Diri

Sabda Rasulallah saw:
MAN ARAFA NAFSA FAQAD ARAFA RAB’BAH WAMAN ARAFA RAB’BAH FASADA JASAD.“Sesiapa yang mengenal dirinya,tentu dia mengenal Robbnya dan sesiapa yang mengenal Robbnya, maka binasalah dirinya.”

Firman Allah swt: “Dari Allah kau datang kepada Allah kau dikembalikan” (al-Baqarah:156). Apabila Ruh diturunkan kebumi, ia berhajat kepada Sifat Iftiqar Allah untuk berfungsi di atas muka bumi ini.. Jika tiada Sifat Iftiqar, Ruh tidak berfungsi. Ini disebabkan ia memiliki sifat yang suci dan tinggi. Ia tiada pengetahuan dan kehendak terhadap alam yang rendah (dunia). Oleh itu, ia perlukan Sifat Iftiqar untuk melaksanakan tugas khalifah, untuk kehidupannya dan dunia.

Empat Sifat Iftiqar: Sifat Qudrat, Hayat, Iradat, Ilmu. Sebelum Ruh dimasukkan ke dalam jasad, Allah melapisi Ruh Al-Qudsi dengan lapisan-lapisan sampai kealam “Mulkiah” yang disebut “Qiswah Unsuriah” iaitu alam Jabarut, alam Malkut dan alam Mulki kerana kekuatan Ruh Al-Qudsi boleh menghancurkan jasad, sebagaimana cahaya matahari yang dihalangi cahayanya bumi dengan pelbagai lapisan agar tidak terbakar bumi ini kerana kepanasannya. ALLAH swt - RUH YANG SUCI Firman Allah swt: (“Lalu kutiupkan Roh-Ku dalam tubuh manusia.”Al-Hijr:29)

1) QUDRAT (Kuasa): iaitu dinyatakan pada (RUH JASMANI) dan diletakkan dalam jasad. Ruh memerlukan jasad untuk bergerak di atas muka bumi. (NASMA “fizikal”: kuasa batin yang hebat). TANAH: tubuh badan-istana hakikat.

2) ILMU (ilmu): ianya dinyatakan pada (RUH SULTANI) dan menjadi akal apabila digabungkan dgn unsur air dan diletakkan pd otak. Ruh tidak akan dapat berfikir untuk kehidupan didunia tanpa ilmu bangsa dunia. (AIR: akal- ilham,laduni pandangan tajam hikmah). AIR: otak-istana syariat.

3) HAYAT (hidup): ianya dinyatakan pada (RUH AL HAYAT) dan menjadi nafas apabila bergabung dgn udara. Ruh memerlukan nafas untuk berhubung dgn nafas. (NAFAS: menstabilkan emosi, akal, kesihatan dan perjalanan Ruh).  ANGIN, udara:sistem pernafasan-istana tarikat.

-4) IRADAT (berkehendak): ianya dinyatakan pada (RUH SAIRANI RAWANI) dan menjadi nafas apabila digabungkan dgn unsur api dan diletakkan dijantung/qalbi. Ruh memerlukan nafsu yg bangsa dunia untuk memakmurkan dunia.(NAFSU: ketenangan, kasyaf, asyik, cinta, rindu, syuhud, makrifat) API: jantung-istana makrifat. Syaikh Abdul Qadir Jailani: Di dalam Kitab Sirrul Asrar: Ruh adalah hakikat diri manusia yang sebenar. Ruh adalah Nur cahaya yang tinggi yang dibaluti dengan beberapa lapisan pakaian sebelum diturunkan ke alam dunia ini agar jasad tidak terbakar. “Manusia itu rahsiaku dan Aku adalah rahsia manusia.” (Hadis Qudsi) Setiap Ruh mempunyai tempat di daerah ketika ia berada dalam jasad. Setiap insan wajib mengetahui bagaimana mahu mengolah setiap lapisan tersebut agar tersingkap baginya rahsia. Kenali dirimu dengan merenungkan kedalam dirimu nescaya engkau akan mengenali Tuhanmu tanpa huruf, suara, tanpa dalil dan  perantaraan. Galillah rahsia alam dirimu sendiri sehingga berjumpa dengan air dari alam Malakut, alam Jabarut dan akhirnya Lahut, nescaya kamu akan dapat menyaksikan kembali bagaimana dirimu berhimpun dan bertasbih di alam Lahut serta menyaksikan bagaimana dirimu bersaksi akan diri KeTuhanan sebagaimana firmannya: ”Adakah Aku Tuhan Kamu,(Ruh menjawab) Bahkan!Kami menyaksikan.”(al-Araf:172)

Sesiapa yang sampai kealam ini, ia mengambil ilmunya terus dari Allah tanpa perantaraan iaitu ilmu laduni. Di alam ini, ia beribadah dari Allah, dengan Allah dan untuk Allah. Pandangannya sentiasa melihat pada dua alam, melihat diriNya di alam zahir iaitu Af’al, Sifat dan Asma, bermusyahadah dengan ZatNya di alam lahut. Adakala mereka itu fana (lebur) penglihatan di alam ini ketika mentajallikan rahsiaNya sehingga tiada yang dilihat melainkan Allah swt.

Bagaimana  hendak  Mengenal diri?
Apa yang  harus  di  kenali  dengan  diri  ini ? Adakah  Mengenal  Jasad  yang di kenali  oleh  semua  orang kafir dan  mushrik  dengan  itu  mereka  sudah  mengenal  Robb mereka?.Adakah  mengenal  Bathin sahaja   tanpa  mengetahui soal Rohani?.
Mengenal diri  tanpa  mengenal  jalan  mengenal  diri  anda  tidak  akan sampai  kepada  matlamat?.
Mengenal Jalan  tanpa  mengenal  musuh  akan  tertewas  separuh jalan.
Mengenal  Musuh  tanpa  bersenjata  akan  di  kalahkan.
Mempunyai senjata  lengkap  namun  tidak  mengenal  maqam  musuh  akan  menempuh  kekalahan.
Mengenal  senjata  dan  musuh  tetapi  tidak  ada  tarbiyah  dari  orang  mengenal  perjalanan  dan  kaeadah  juga  akan  binasa  dalam kesesatan.

Siapa yang benar mengenal dirinya, akan binasalah dirinya, tenggelam ia dalam lautan kefakiran, tenggelam ia dalam lautan ketiadaan keAkuan. Didalam kitab Kasyful Asrar dinyatakan bahwa wujud insan adalah bayang-bayang kepada wujud Tuhan. Tiada akan wujud bayang-bayang ini jika tiada yang empunya bayang-bayang, tidak bergerak bayang-bayang melainkan bergeraknya tuan empunya bayang-bayang. Apabila kamu memandang diri kamu, memandang kewujudan dirimu, maka kamu wajib memahami bahwa kamu ada pemiliknya. Wujud kamu menyatakan wujud diri-Nya. Dia ghaib dan kamu nyata, Dia hakikat dan kamu syariat, Dia adalah wujud dan kamu adalah bayang bagi wujud-Nya. Lihatlah diri kamu lagi, pandanglah segala sifat yang ada pada diri kamu, lihatlah matamu, lihatlah telingmu, lihatlah  mulutmu, lihatlah akalmu, lihatlah gerak diammu, lihat rasa hatimu.Semuanya tidak lain melainkan kenyataan sifat-sifat-Nya.

Semoga hati kita tidak dibutakan sama sekali, sehingga tidak mengenal Diri-Nya, yang meskipun Al-Ghaib tetapi sangat dekat sekali, bahkan lebih dekat Dia bila dibandingkan dengan urat nadi yang ada di lehernya sendiri. Bererti lebih dekat Dia meskipun dibandingkan dengan keluar masuknya nafas dalam dada.Maka firman-Nya yang memutuskan:

“Barang siapa yang hidupnya sekarang ini (di dunia) buta (mata hatinya tidak mengetahui keberadaan Diri Tuhannya yang dekat sekali dan Wajib Wujud-Nya), maka kelak di akhirat juga akan lebih buta dan lebih sesat jalannya.”(Al-Isra:72)

*Hakikat Mencapai Maqam Zikir Nafas dan menetapkan iktiqad dan tauhid serta makrifatullah*
Menjabarkan Rahasia NAFAS , Rahasia Kaitan Nafas dengan Roh - Rahasia Roh dengan Nyawa - Roh Dengan Hayat Dari Allah - Rahasia Nafas dan Perjalanan Roh. Kaedah Menggunakan Al Quran , Sunah [ Hadist AL Qudsi - Hadist Sohih Nabi SalaAllahu Alaihi Wasalam].

Mengenali Rahasia Diri dan Pernafasan melalui ILMU,TEKNIK PERNAFASAN & TAFAKUR. "Membina kekuatan Emosi , Spiritual , jiwa, mental dan Pengharmonian dan penyembuhan Mutlak secara Menyeluruh penyakit zahir dan batin"

Firman Allah s.w.t"Maka ingatlah kepada-Ku, niscaya Aku ingat kepadamu (bersama dan melindungi hambaNya)..."(al-Baqarah:152)

Kita semua kenal cara berzikir kepada Allah , Tetapi bagaimana bisa kita mengetahui Bahwa Allah Mengingat kita seperti Janji Allah dalam Surah dan ayat di atas. Jika tidak tahu , kita akan rasa letih , bosan , dan tidak menemui kemanisan , kenikmatan dalam berzikir karena hakikatnya hanya " ONE WAY " saja. Bukan Two way.

Tenaga , Amalan , Niat , Hajat, berzikir adalah tenaga dari Illahi, ia mempunyai cahaya yang datang dari alam Lahut - Alam Rabbaniyah. Aura dan Cahaya Energi zikir akan menyucikan diri dari segala kotoran pada Minda dan qalbi secara bertahap sehingga Qalbu nya akan mengeluarkan cahaya alam Lahut yang tertutup dan terhijab selama ini disebabkan keruhnya dan kotornya perjalanan hidup. Cahaya yang di maksud adalah Cahaya dari Allah yang mengeluarkan Hamba Nya yang berzikir. Cahaya ini akan bersinar dan meningkatkan frekuensi cahaya pada qalbu dan seterusnya mengeluarkan segala AURA , Kebangkitan , Semangat Kerohanian, tenaga yang tinggi pada jiwa , menggantikannya dari sifat (mazmumah) ke Qalbu bersifat Radhiyah dan Muthmainah. Ia juga akan bergerak menguatkan Ruh Sultani yaitu cahaya akal sehingga akalnya mempunyai daya ketahanan yang kuat, berfikir tajam dan kreatif.

Zikir NAFAS yang digabungkan dengan teknik pernafasan ISMUL DZAT - ISMUL AZHOM yang betul, atau disebut oleh ahli Muqarabun sebagai zikir nafas, akan memberikan kesan yang lebih hebat. Imam Ghazali mengatakan zikir yang dilakukan dengan cara menahan nafas akan mempercepatkan proses penyucian hati (membakar mazhumah) dan membina semangat Rohani yang tinggi ini telah di buktikan dan di tulis sebagai testimony oleh banyak peserta program TEKNIK ZIKIR NAFAS kami.

Banyak faedah dari aspek fisik dan rohani yang dapat dicapai dengan cara pernafasan yang benar, pernafasan secara fisikal membawa kebaikan kepada jantung , sistem pernafasan dan pernafasan secara rohaniah membawa kebaikan kepada Minda , Qalbu dan Jiwa secara menyeluruh.Pernafasan yang benar akan memaksimumkan penyerapan oksigen yang amat penting dalam kehidupan dan kesehatan manusia. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah terserang berbagai penyakit. Zikir Nafas juga dapat menjaga dari gangguan halus semacam sihir ataupun jin.

(Zikir Nafas)

Makhluk hidup pasti mempunyai nafas, melihat, mendengar, merasa dan ini semua termasuk di dalam Sifat al hayat dan Sifat Tubuh yang bernyawa. Seorang insan bisa hidup tanpa mata, telinga, tangan dan anggota tubuh yang lain tetapi kita tidak bisa hidup tanpa nafas. Kita boleh berjalan, berkata-kata dan melakukan apa saja, ini semua berlaku karena qodrat dan iradat Allah. Memahami Qodrat dan Iradat Allah wajib di fahami melalui TAKLUK dari SIfat Maani

Sifat Takluk Thatheera
Sifat Takluk Inkhisafiyah
Sifat Takluk Dalilah

Ketahuilah bahwa nafas berada di dalam qodrat dan iradat Allah. Insan yang berakal wajib mengenal Allah dan Maha Pencipta dengan Penyerahan Nafas ini setiap saat kepada Allah. Jika tidak, kita belum lagi mengenal Allah dengan secara hakiki dan juga secara konsisten.

Dari mana datangnya Nafas? Dengan cara apa datangnya Nafas ini ke dalam diri kita dan juga kedalam setiap daun , setiap semut , dan juga kedalam setiap mahkluk yang hidup dan di semua alam?

Untuk mengetahuinya kita harus kembali pada asal kejadian kita yaitu diantara pertalian ibu dan anaknya. Mulai terjadi benih diperut ibu pada bagian PUSAT. Di situlah mulainya nafas dan dari situ mulailah benih itu membesar menjadi anggota tubuh yang sempurna.Dimanakah letaknya rahasia pengenalan diri kita yang sebenarnya di alam fisikal ini?

Untuk mencapai kemaqam tersebut ada 5 tahap atau latihan yang perlu kita lakukan.

- Menfanakan diri (mematikan diri)

- Mengenal Diri Asal - Mengenal Diri Di Alam Fanaa ini

- Menyamakan diri dalam afal Allah (perbuatan Allah)

- Menyamakan diri dalam ilmu Allah (pengetahuan Allah)

Pengetahuan Allah amat luas dan tidak terbatas.

Kalau Dia tidak berpengetahuan, mungkinkah terjadi segala sesuatu ini? Tentu tidak akan terjadi.Mustahil kalau Allah itu TIDAK MAHA BIJAKSANA .Adapun pengetahuan manusia makhluk tetap terbatas dan penuh dengan kejahilan dan segala pengetahuan yang ada pada Insan hanya setetes dalam lautan ILMU dan segala ILMU yang wujud atau yang termaktub dalam Lauhul Mahfuz adalah setetes dalam ILMU Khazanah Robbul Alamin. Allah Yang Maha Ada, justru Dialah yang mencipta akal dan pengetahuan dan seluruh semesta. Seluruh Akal dan lautan intelektual disisi Allah seperti sebutir pasir saja. Begitu Mulia , Agung , Besar Nya Allah dan MAHA TINGGI dalam segala aspek.

Dan kunci/pokoknya amalan ini ialah: La haulawala quwwata illabillahi aliyyil azhim

Tahap Pertama

Matilah sebelum kamu di matikan.Janganlah kamu hidup seperti orang yang bodoh , bangkai yang berjalan , tanpa menyadari Hayat dan Kekuatan itu segala nya adalah Kepunyaan Allah dengan Mutlak.Allah tidak pernah dan tidak akan mengkongsikan kekuatan Nya atau sifat Nya dengan siapapundi alam ini baik di alam fana atau di alam baqaa.

Tahap Kedua

Mengiktikadkan Bahwa semua kuasa dan qodrat yang terdapat di dalam diri dan di luar diri bukan milik kita tetapi Qodrat Allah [ Mengiktikadkan Tauhid - Bukan dengan Hululiyyah - Tasbih Munsah - Itihad tetapi Tauhid yang iktikadkan dalam Al Quran dan Hadis Sohih Nabi Muhammad SalaAllahu Alaihi Wasalam.] Kembali pada pokoknya La halauwala quwata illabillahi aliyil azhim. Bahwasanya apa saja gerakan yang berlaku pada diri kita, bukan lagi gerakan kita tapi adalah qudrat dan iradat Allah.

Tahap 3

Mengenali melalui ILMU Tauhid dan ILMU Marifat dengan pengenalan bahwa segala ILMU yang wujud dalam diri kita adalah pemberian dari Allah. (LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL-ALIYYIL AZHIM) Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan(daya dan kekuatan) Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.

Hadis Rasulullah Sala Allahu Aalaihi Wasalam

LA TATAHARRAKU DZARRATUN ILLA BI IDZNILLAHI.

Tidak bergerak satu zarrah juapun melainkan atas izin Allah.

Untuk mencapai tahap yang sempurna harus perbanyakanlah kita BERZIKIR NAFAS dan berlatih dalam Mengenal Allah dengan TAUHID Yang Benar dari padangan Wali-Wali Allah , karena semakin kita dekat dengan Allah semakin tinggi penyerahan diri ini kepada NYA.Keluarkanlah segala sifat -sifat negatif , tinggalkan pikiran negatif dan jangan berkomunikasi dengan syaitan dan nafsu , walaupun sesaat. Tinggalkanlah sifat sombong, riya, takabur, hasut, dengki di dalam diri kita karena itu adalah sifat-sifat syaitan. Serahkan segala-galanya pada Allah karena kita adalah manusia yang lemah yang tiada daya dan kekuatan.

Lihatlah kedalam mulut bayi yang didalam buaian ...

Dan kita renungkan kembali hadis Nabi s.a.w....

''TUNTUTLAH ILMU SEPERTIMANA BAYI DALAM BUAIAN''

''BARANGSIAPA DIDALAM TARIKAN DAN HEMBUSAN NAFASNYA TIDAK MENGINGATI ALLAH (ZIKRULLAH), ADALAH IA SIA-SIA.''

Saidina Ali kwjh bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut. Pejamkan mata mu, Tongkat kan lidah mu ke langit2, sebutlah nama Allah sebanyak2 nya dalam qalbi.. .hati.

Semasa bayi lagi kita sudahpun melakukan "TONGKAT LIDAH KELANGIT-LANGIT"

Lihatlah kepada cara bayi bernafas dan cuba bandingkan dengan cara kita bernafas, ada perbezaan atau tidak..

Pernafasan bayi adalah cara bernafas yang asal, setelah dewasa kita sudah melupakan cara pernafasan asal ini, tentu disini ada hikmahnya untuk diambil pelajaran didalam kita menuju kembali kepada Allah...

Sebab itu pentingnya kita belajar semula cara pernafasan dari bayi yang didalam buaian ... Lihatlah bagaimana bayi bernafas, inilah cara pernafasan asal yang tidak boleh ditinggalkan...

Apabila sudah bernafas sepertimana pernafasan asal, dengan sendirinya akan berlakunya zikir nafas ...

Rahsia bernafas dengan cara yang betul iaitu dengan menggunakan pernafasan asal sepertimana bayi didalam buaian bernafas (bila tarik nafas perut kembung, semasa melepaskan nafas perut kempis) ialah diketika menarik nafas sehinggalah tidak tertarik lagi sedang berlaku "laa maujudun, laa haiyun, laa 'alimun, laa khodirun, laa muridun, laa basirun, laa sami'unn, laa mutakallimun bil haqqi illallah..."

Syarat utama ialah kita mesti kembali menggunakan pernafasan asal sepertimana bayi bernafas, manakala zikir nafas diketika menarik nafas ini pula ialah Huu (bukan yang diucapkan samada dengan mulut atau dengan hati, tetapi perbuatan menarik nafas itu sendiri membawa maksud nafas sedang berzikir dengan kalimah Huu (yang tiada berhuruf, tiada bersuara dan tiada kata-kata yang perlu dilafazkan).

*Tujuh Martabat Dzikir*

Ketujuh martabat dzikir itu sebagai berikut:
1. Dzikir thawaf, yaitu dzikir dengan memutar kepala, mulai dari bahu kiri menuju bahu kanan, dengan mengucapkan laa ilaha sambil menahan nafas. Setelah sampai di bahu kanan, nafas ditarik lalu mengucapkan illallah yang dipukulkan ke dalam hati sanubari yang letaknya kira-kira dua jari di bawah susu kiri, tempat bersarangnya nafsu lawwamah.
2. Dzikir nafi itsbat, yaitu dzikir dengan laa ilaha illallah, dengan lebih mengeraskan suara nafi-nya, laa ilaha, berbanding itsbat-nya, illallah, yang diucapkan seperti memasukkan suara ke dalam yang Empu-Nya Asma Allah.
3. Dzikir itsbat faqat, yaitu berdzikir dengan Illallah, Illallah, Illallah, yang dihunjamkan ke dalam hati sanubari.
4. Dzikir Ismu Dzat, dzikir dengan Allah, Allah, Allah, yang dihunjamkan ke tengah-tengah dada, tempat bersemayamnya ruh yang menandai adanya hidup dan kehidupan manusia.
5. Dzikir Taraqqi, yaitu dzikir Allah-Hu, Allah-Hu. Dzikir Allah diambil dari dalam dada dan Hu dimasukkan ke dalam bait al-makmur (otak, tempat akal). Dzikir ini dilakukan agar fikiran selalu tersinari oleh Cahaya Ilahi.
6. Dzikir Tanazul, yaitu dzikir Hu-Allah, Hu-Allah. Dzikir Hu diambil dari bait al-makmur, dan Allah dimasukkan ke dalam dada. Dzikir ini bertujuan agar seorang salik sentiasa memiliki kesedaran yang tinggi sebagai insan Cahaya Ilahi.
7. Dzikir Isim Ghaib, yaitu dzikir Hu, Hu, Hu dengan mata dipejamkan dan mulut ditutupkan kemudian diarahkan tepat ke tengah-tengah dada menuju ke arah kedalaman rasa.
............................
Zikir Hu Allah, itu yang paling dalam lagi mendalam sampai ketinggian martabat Zat Ahadiyyat, tiada huruf dan suara.

Zikir Allah Hu, Zat Allah itu ada dalam segala sesuatu atau ain bagi segala haqiqat.

Zikir HuAllahu, Allah meliputi segala-galanya.

Ada tercatat di dalam kitab ahli ma'rifat terdahulu, ada zikir yang lebih halus dan tinggi lagi dari Zikir Hu, iaitu;

'Zikir Ah' - Lam Awal dan Lam Akhir luput dalam huruf ALLAH.

#BBM
#OA

No comments: