12 April 2022

16 October 2019

Jom Berselawat


 
 
 
 
 
 

 
 

 
 
 










 
 
 
 

 
 

 
 
 Selawat Badawi
 
 
 

 
 


 
 
 
 Selawat Tafrijiyyah
 
 
 
Selawat Azimiyyah
 
 
 
 Selawat Badriyyah
 
 
 
 Selawat Adnan
 
 
 

Selawat Ar-Rauf Ar-Rahin








 
 
 Selawat Kamilah





Selawat Badriyyah

1. Menyucikan jiwa dan roh.
2. Hati tenang kerana pesakit yang bersaka selalu sahaja menyebut perkataan 'saka', kalau boleh elakkan sebut perkataan 'saka' lagi dan gantikan dengan berselawat.
3. Mendapat pahala
4. Insya Allah mimpi bertemu Nabi jika selalu diamalkan selawat selepas solat fardu dan solat sunat, sebelum dan selepas tidur. Setiap masa berselawat!
5. Menjadikan diri kita insan yang ikhlas, baik budi pekerti dan waraq.
6. Menyedari diri sendiri bahawa mencintai rasul itu suatu kewajipan walaupun wahabi menentangnya.
7. Buktikanlah cinta kamu terhadap Nabi Muhammad saw dengan memperbanyakkan selawat ke atasnya. Insya Allah kesembuhan akan berlaku terhadap pesakit sihir apabila Allah membalasnya dengan ketenangan jiwa dan rohani.

Selawat Munjiyyah

Syeikh Al-Buni dan Imam Jazuli menerangkan bahawa sesiapa yang berhajat baik pun hajat dunia atau hajat akhirat, bacalah selawat ini sebanyak 1000 kali sebaiknya di waktu tengah malam, maka insyaallah akan tertunai hajatnya dengan segera.
Imam Dainuri menerangkan; pada suatu waktu umat Islam ditimpa kesusahan atau penyakit menular atau ada hajat besar untuk di tunaikan maka mereka akan membaca selawat ini.
Selawat Munjiah ini baik juga dibaca setaip lepas sembahyang lima waktu.
Dipetik dari kitab Minhajul Hasanat, daripa Fajr-i-Munir, dtulis oleh Ibn Fakhani (r.a) bahawa terdapat seorang yang soleh dan sering menabdikan diri bernama Musa Darir.
Beliau memberitahu satu peristiwa yang berlaku kepadanya:
“Daku sedang belayar didalam sebuah bahtera yang mula hendak karam. Pada masa yang sama perasaan mengantuk mengusai diriku. Dalam keadaan itu Rasulallah (s.a.w) mengajar aku selawat (selawat munjiah) dan bersadba: ORANG-ORANG DALAM BAHTERA INI HENDAKLAH MEMBACA 1000 KALI.
Baru sahaja selawat ini dibaca sebanyak 300 kali bahtera telah kembali kepada pelayaranya yang biasa.

Selawat Futtuhat

Selawat itu adalah satu amalan atau satu ibadat yang sangat besar pahalanya. Setiap orang mukmin dituntut untuk memperbanyakkan selawat kepada baginda Rasulullah SAW. Antara fadhilat selawat sebagaimana yang tersebut dalam sebuah hadis kira-kira bermaksud : barang siapa yang banyak berselawat kepadaku semasa hidupnya, nescaya Allah Taala memerintahkan semua makhluk supaya memohon ampun dan maaf kepadanya selepas matinya’.
Bagi memastikan amalan selawat kita itu sampai kepada maksudnya, hendaklah dijaga 5 syarat :-
1-Suci daripada hadas kecil dan besar.
2-Menghadap qiblat.
3-Berselawat seakan-akan mengadap Rasulullah.
4-Tartil hurufnya.
5-Jangan tergesa-gesa menyebut kalimat-kalimatnya.
Selawat futuhat di bawah ini khusus untuk memohon rezeki, tetapi dengan syarat meninggalkan maksiat, walaupun perkara-perkara makruh. Selawat ini hendaklah dibaca tiap-tiap hari sebanyak 113 kali atau 114 kali.

Selawat Tafrijiyyah
Selawat ini masyhur dengan nama selawat tafrijiah atau nariah. Selawat ini mempunyai tersangat banyak khasiatnya dan mengandungi bermacam-macam fadhilat bagi mereka yang sentiasa mengamalkannya. Kata Imam al-Dainuri, ‘Barang siapa menjadikan selawat ini sebagai wirid berpandukan peraturan-peraturan di bawah ini nescaya dia akan mendapat manfaatnya’:
• Dibaca 11 kali selepas solat fardhu, akan mendapat rezeki yang makmur,
• Dibaca 41 kali selepas solat subuh, akan berhasil segala maksudnya,
• Dibaca 100 kali selepas solat fardhu, berjaya mendapat apa yang dicitanya,
• Dibaca 313 kali pada mana-mana waktu, akan dapat melihat perkara-perkara yang ajaib.
• Dibaca 1000 kali setiap hari, akan terbuka kepadanya segala pintu kebajikan.
Menurut pandangan Imam al-Qurtubi, mereka yang sentiasa membaca selawat ini sebanyak 41 kali atau 100 kali setiap hari, akan hilang segala dukacitanya, dijauhkan dari segala bala bencana, luas rezekinya, kata-katanya didengar orang, selamat dari kepapaan, kasih hati manusia kepadanya dan berhasil apa yang dihajatnya, dengan berkat berkekalan beramal dengan selawat ini dengan hati yang tulus ikhlas dan yakin. Sekiranya kita ada mempunyai hajat yang besar untuk menolak bala dan hajat yang payah-payah, hendaklah dibaca selawat ini sebanyak 4,444 kali di dalam satu majlis, di atas tikar sembahyang dengan mengadap qiblat, insya Allah ditunjukkan oleh Allah Taala apa-apa yang diniatkan itu.

Selawat Syifa
Barang siapa yang sentiasa membaca selawat ini, sama ada diamalkan setiap kali selepas solat fardhu 5 waktu sebanyak 3 kali, atau dijampikan pada orang yang sakit, dibuat air tawar, insya Allah Allah Taala akan mengurniakan kepadanya kesihatan tubuh badan, kelembutan hati, cerah mata, lapang dadanya dan lain-lain lagi.

Selawat Fatih
Selawat Fatih adalah pembuka atau kata lain merungkaikan kepada perkara-perkara yang sulit dalam sesuatu urusan. Begitu juga seperti selawat Syifa' sebagai penyembuh kepada penyakit. Selawat Fatih selalu diamalkan oleh golongan-golongan sufi dan salafus solihin yang hebat-hebat umpamanya Syeikh Abdul Qadir Jailani. Walaubagaimana pun sebagai hambaNya yang serba serbi kurang dalam ibadah digalakkan mengamalkan. 

Memang ada hadis berkenaan bida'ah. Rasulullah S.A.W bersabda bahawa ulama itu pewaris Nabi. Tidaklah menjadi kesalahan kalau nak diamalkan kerana ia masih lagi ibadat dan tidak ada pula isi yang berunsurkan apa-apa yang menentang Al-Quran dan As-Sunnah.

1. Barang siapa membaca selawat ini 11 kali setiap selepas sembahyang 5 waktu, segala dosa2 kecilnya diampuni Allah s.w.t dan tenteram hati dan jiwanya.

2. Barang siapa membacanya 21 kali setiap hari, Allah akan melapangkan rezeki dan selamat keluarga dari kesusahan serta dijauhkan dari azab neraka.

3. Jika dibaca 100 kali setiap hari akan memudahkan seseorang mendapat jodoh.

Selawat Jibril
Fadhilat Selawat 1:
Selawat ini juga dikatakan digunakan oleh Mikail. Maka barangsiapa sentiasa membacanya akan mendapat keutamaan yang besar dari Rasulullah s.a.w dan juga syafaat dari baginda.
Fadhilat Selawat 2:
Menurut imam Sya’rani, selawat ini diajar oleh malaikat Jibril a.s kepada Nabi s.a.w. kemudian beliau mengajarkan kepada Abu Bakar. Barangsiapa membaca selawat ini akan memperolehi penyaksian dan syafaat dari Nabi s.a.w di hari kiamat.

Selawat Sidi/Badawi

Inilah selawat Wali Quthub Sidi Ahmad al-Badawi dan Tok Syaikh Wan 'Ali Kutan al-Kelantani dalam kitabnya "al-Jawharul Mawhub" halaman 29 menulis, antara fadhilat sholawat ini seperti berikut:

Telah menyebut kebanyakan daripada orang yang 'arifin bahawasanya selawat ini mujarrab bagi menunaikan segala hajat dan membukakan bagi segala dukacita dan menolakkan segala bala` dan menghasilkan segala anwar dan asrar. Dibacakan dia tiap-tiap hari 100 kali.
Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani rhm. dalam "Afdhalush Selawat" juga membuat nukilan sebagaimana di atas daripada Sidi Ahmad Zaini Dahlan rhm. dengan sedikit tambahan, iaitu bahkan selawat ini mujarrab untuk segala sesuatu dan bilangan wiridnya 100 kali setiap hari.

Selawat Ibrahimiyyah
Berkata setengah ulama sesiapa membaca selawat ini 1000 kali Insya Allah dia akan bertemu Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam di dalam tidurnya. Dan Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Sesiapa yang membaca selawat ini nescaya aku saksikan baginya di hari qiamat dengan pengakuan dan aku beri syafaat baginya."
Lafaz selawat ini sebagus-bagus dan selengkap-lengkap dan sempurna-sempurna lafaz ke atas junjungan Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Sebab itu selawat ini ditentukan bacaannya di dalam sembahyang.
Fadhilatnya menurut Ahmad As-Shawi, barangsiapa membaca selawat ini akan mendapat syafaat dan pertolongan Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam di hari qiamat dan mendapat pahala yang besar kerana selawat ini tergolong sebagai selawat utama.

Selawat Inbu Abbas

Menurut Ibnu Abbas r.a barangsiapa membaca selawat ini 10 kali pada malam jumaat atau siangnya, Allah akan mencatat baginya sejuta pahala dan menghapuskan sejuta kejahatan dan mengangkat sejuta darjat dan memperoleh rahmat dari doa Nabi Ibrahim Kalimullah di hari kiamat. Barangsiapa membaca selawat ini setiap hari akan menyinarkan hatinya serta mudah memahami sesuatu yg dipelajari serta menjadikan otaknya cerdas belajar.
 
------------------------------------------------------------------------------------

Jenis-Jenis Selawat

Terdapat berbagai jenis selawat susunan para ulama dan antara lafaz selawat yang baik diamalkan adalah:
1)     Selawat Ibrahimiyah.
2)     Selawat Tafrijiyah.
3)     Selawat Munjiyah
4)     Selawat Ummi
5)     Selawat Fatih
6)     Selawat Syifa’.
7)     Selawat Syafaat.
8)     Selawat Badriyah
9)     Selawat kebajikan.
10) Selawat menolak kecelakaan.
11) Selawat untuk Nabi SAW dan keluarganya.
.
.

Bencana Tidak Berselawat

Mereka yang tidak berselawat adalah orang yang paling kedekut dan akan;
  1. Dijauhkan dari rahmat Allah.
  2. Mendapat kehinaan yang memalukan.
  3. Setiasa mengalami kerugian dan penyesalan.
  4. Termasuk kalangan yang mendapat kesusahan.
  5. Mengalami kebingungan di hari kiamat.
  6. Mengalami kesukaran di Padang Mahsyar.
  7. Menjadi ahli neraka.
Nabi Muhammad SAW. Bersabda“Doa seseorang itu akan terawang-awangan dan tidak diangkat ke langit selagi yang berdoa itu tidak berselawat kepadaku.”
.
.

Waktu Afdal Berselawat

Masa paling afdal dituntut berselawat
  1. Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi SAW.
  2. Sesudah menjawab azan dan sebelum membaca doa azan.
  3. Sesudah tasyahud wuduk, sebelum membaca doa.
  4. Pada permulaan, pertengahan dan penutup doa.
  5. Di akhir qunut dalam solat.
  6. Di dalam solat jenazah.
  7. Di antara takbir solat hari raya.
  8. Ketika masuk dan keluar dari masjid.
  9. Setiap waktu pagi dan petang.
  10. Hari Khamis malam Jumaat,
  11. Sepanjang hari Jumaat,
  12. Ketika telinga berdesing.
  13. Ketika terlupa sesuatu perkara.
  14. Ketika mengalami kesusahan dan kebimbangan.
  15. Ketika memulakan sesuatu pekerjaan yang baik atau penting.
  16. Masa menghadiri  tempat perhimpunan yang baik.
  17. Waktu meninggalkan sesuatu majlis.
  18. Ketika berziarah di makam Rasulullah SAW.
.
.

Fadilat Berselawat

  1. Allah limpahkan rahmat berkali ganda.
  2. Allah menghapuskan dosa dan menutupkan aib.
  3. Menghilangkan kesusahan dan meluaskan rezeki.
  4. Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa.
  5. Memperolehi petunjuk dan menghidupkan hati.
  6. Terselamat daripada keburukan yang menimpa orang yang tidak berselawat.
  7. Memperolehi pujian seluruh makhluk di bumi dan langt.
  8. Memperolehi doa malaikat selama sedang berselawat.
  9. Beroleh syafaat yang khusus daripada Rasulullah SAW pada hari akhirat.
  10. Dapat sentiasa berada bersama Rasulullah SAW pada hari akhirat kelak.
  11. Jaminan terpelihara dan terselamat dari segala perkara yang mendukacitakan dan membimbangkan di dunia dan akhirat.
  12. Menghilangkan rasa dahaga dan panas matahari di Padang Mahsyar.
  13. Meneguhkan tapak kaki ketika melalui Titian Siratul Mustaqim.
.
.

Keberkatan Dan Kelebihan Berselawat

1.   Para Malaikat berjanji,  sesiapa yang membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW setiap hari sebanyak 10 kali:
  1. Jibril akan membimbing tangan bawa melintasi titian seperti kilat menyambar.
  2. Mikail akan memberi minum dari telaga Rasulullah SAW.
  3. Israfil akan sujud kepada Allah dan tidak akan mengangkat kepalanya sehingga Allah mengampuni orang itu.
  4. Malaikat Izrail akan mencabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti mencabut roh nabi-nabi bila mati kelak.
.
.
2.   Dalam beberapa hadis, sabda Rasulullah SAW:
a.  Sesiapa membaca selawat untukku sekali saja dengan tulus ikhlas dari hatinya, maka Allah akan memberi 10 rahmat kepadanya serta diangkat ke 10 tingkat dan diampunkan 10 dosa.
b.  Sesiapa berselawat 11 kali setiap lepas solat fardu, segala dosa kecilnya diampuni Allah serta tenteram hati dan jiwanya.
c.  Sesiapa membaca selawat kepadaku 100 kali sehari, maka Allah akan menyampaikan 100 hajatnya iaitu 70 hajat akhirat dan 30  lagi hajat dunia.
d.  Sesiapa berselawat ke atasku pada Jumaat sebanyak 80 kali, diampunkan baginya dosa selama 80 tahun.
Rasulullah SAW bersabda lagi: “Sesungguhnya antara hari kamu yang paling mulia adalah Jumaat, perbanyakkanlah amalan berselawat ke atasku kerana selawat kamu itu disampaikan terus kepada ku.”
.
.
3. Antara hadis-hadis lain yang menyatakan tentang kelebihan selawat ke atas Rasulullah SAW ialah:
  1. “Sesiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. “ (Riwayat Tabrani).
.
  1. “Sesiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.”  (Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim)
 .
  1. “Sesiapa yang membaca salawat untuk Ku satu kali, Allah bersalawat kepadanya sepuluh kali, dan barangsiapa bersalawat sepuluh kali kepada ku, Allah akan bersalawat kepadanya sebanyak seratus kali.  Dan sesiapa yang bersalawat kepada Ku seratus kali, maka Allah menulis di antara kedua-dua matanya kebebasan dari nifak dan kebebasan dari neraka.  Pada hari kiamat orang itu akan ditempatkan bersama orang-orang yang mati syahid.” [Riwayat At-tabrani].
 .
  1. ” Sesiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku, maka aku mendengarnya, sesiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.” (Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib).
 .
  1. “Sesungguhnya orang yang dekat kepadaku daripada kalangan kamu pada hari kiamat pada setiap tempat aku berada ialah orang yang lebih banyak berselawat kepadaku di dunia.”
.
.

Hikmah Berselawat ke atas Rasulullah SAW

  1. Berasa lebih mencintai Rasulullah SAW.
  2. Menjadi zakat dan pembersih diri.
  3. Menjadikan sebab doa diterima oleh Allah SWT.
  4. Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu bersedekah.
  5. Para malaikat memberi jaminan keistimewaan masing-masing.
  6. Ganjaran yang diberikan bukan saja di dunia, malah di akhirat.
  7. Menyedari betapa besarnya pahala orang yang berdoa dan berselawat ke atas Nabi.
  8. Sebagai mengenang semula budi dan jasa baik Nabi Muhammad SAW yang sentiasa berusaha mengajak manusia ke arah kebaikan, walaupun Baginda SAW sudah wafat.
.
Rasulullah SAW bersabda: “Hidupku adalah kebaikan kepada kamu dan wafaku adalah kebaikan juga kepada kamu, kerana segala amal kamu sentiasa dibentangkan kepadaku, maka apa saja amal yang aku dapati baik, aku ucapkan ‘Alhamdulillah’, dan apa saja amal kamu yang jahat, aku memohon keampunan Allah untuk kamu.”    (Riwayat Ibni Mas’ud)
.
.
Bayangkanlah betapa beruntungnya orang yang mendapat ucapan salawat dan begitu banyak manfaat daripada Allah Subhanahu Wataala disebabkan amalan bersalawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
.
Wallahu A’alam Bissowab
 

No comments: