12 April 2022

12 June 2019

CERN - Conseil Européèn pour la Recherche Nuclëaire

CERN: SEBUAH MAKMAL GERGASI MENGKAJI ALAM GHAIB?

​Berikut adalah perkara-perkara yang anda perlu ketahui tentang CERN, Switzerland:

1. CERN adalah sebuah laboratori mega yang menempatkan mesin terbesar yang pernah dicipta manusia. Ia mengandungi terowong sepanjang 27 kilometer iaitu 2 kali panjang jambatan Pulau Pinang.
CERN adalah acronym dalam bahasa Perancis bermaksud “Conseil Européen pour la Recherche Nucléaire”, atau dalam bahasa Inggerisnya bermaksud European Council for Nuclear Research. Ia ditubuhkan dalam tahun 1952.

2. Logo CERN mengandungi tiga angka 6 – atau 666, turutan nombor yang sering dikaitkan dengan kejahatan atau iblis.

3. Logo CERN juga adalah manifestasi bentuk Dewa Hindu iaitu Shiva.

4. Patung Shiva terdapat di hadapan pusat utama CERN. Shiva dianggap sebagai Dewa Pemusnah dalam kepercayaan Hindu. Tujuannya memusnahkan alam adalah untuk menyerahkan kepada Brahma untuk ‘mencipta’ semula apa yang telah dimusnahkan.

 5. Pada majlis pelancaran CERN, tarian kemusnahan Shiva (Dance of Destruction) telah dipersembahkan kepada umum oleh sekumpulan penari. Permulaan kepada penciptaan alam semesta adalah kemusnahan mega iaitu fenomena Big Bang. Ia adalah simbolik kepada kajian di CERN. 

6. Tujuan CERN dibina adalah untuk kajian terhadap pencarian zarah (partikel) paling halus dan mencari asal usul penciptaan alam semesta. Ini juga dinamakan Quantum Physics. Quantum Physics adalah sesuatu yang boleh dilihat kesannya oleh mata kasar tetapi tidak dapat dijelaskan mengikut hukum fizik bagaimana ia berlaku. Contohnya seperti elektron, microprocessor, laser, elektro-magnet. Ia seperti mengkaji fenomena Big Bang dimana kemusnahan kosmos mega telah berlaku di awal penciptaan sebelum alam semesta ini wujud.

7. Fasiliti Di CERN dihuni oleh lebih 10,000 saintis dari lebih 100 buah negara di seluruh dunia. Terdapat beratus-ratus buah makmal kecil dan besar di sini. Banyak sekali universiti dari seluruh dunia mengambil bahagian masing-masing.

8. Apa yang dilakukan di CERN adalah menghasilkan perlanggaran partikel proton pada kelajuan yang amat tinggi

9. Zarah (partikel) halus tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Dalam kepercayaan spiritual, zarah halus yang tak boleh dilihat oleh mata kasar disamakan dengan ‘alam ghaib’. Alam ghaib dihuni oleh jin dan syaitan.

10. Kajian di CERN adalah titik pertembungan di antara dunia nyata (materialistik) dengan dunia ghaib (spiritualistik) dan saintis ternama seperti Stephen Hawkings yang tidak percaya kepada kewujudan Tuhan telah mula mengubah fikiran dan mengakui terdapat alam spiritual yang wujud seiring dengan alam nyata. Beliau merujuknya sebagai “God Particle” atau Zarah Tuhan. 

Ada pendapat di kalangan orang-2 bukan Islam sendiri yang mengatakan eksperimen di CERN akan membuka pintu ke alam ghaib dan menjemput kehadiran semangat jahat (dark matter) makhluk jin dan syaitan ke alam nyata atau membenarkan campurtangan mereka dalam urusan manusia. Ini bakal memberikan kesan yang buruk atau kemusnahan yang tidak dapat dikawal oleh manusia. Mereka mengibaratkan kajian di CERN sebagai membuka kotak Pandora dan akan membebaskan keluar ibu kepada kejahatan atau kemusnahan.

Ada banyak bukti yang tidak terhitung di mana alam ghaib telah memainkan peranan dan memberi kesan di luar sedar terhadap manusia dan alam nyata.  Antaranya, kita berdoa kepada Tuhan meminta sesuatu kemudian apabila permohonan kita diperkenankan, kita berterima kasih mensyukuri pemberian itu tapi kita tak pernah melihat Tuhan.

Ini bukan saja diamalkan oleh umat Islam, malah penganut agama lain seperti mempersembahkan korban binatang peliharaan, tanaman dan lain-lain kepada sesuatu yang mereka tidak pernah lihat.

Percaya kepada takdir dan ketentuan (qada’ dan qadar) juga adalah manifestasi keyakinan orang-2 Islam terhadap alam ghaib. Malah Allah itu adalah ghaib tidak terlihat oleh mata secara lahiriah tetapi ia tetap Wujud.

Dalam Al-Quran ada menyebut, “Sesungguhnya ia (jin) dan pengikutnya melihat kamu (manusia) dari suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka (Q.S. Al-A’raaf : 27).

Ayat Quran yang merupakan kalam Allah yang agung sudah tentu disampaikan dengan cara yang sangat tinggi tingkat ilmunya. Jika kita mengambil pengertian secara mudah, kita tahu jin boleh melihat manusia manakala manusia tidak boleh melihat jin. Tetapi ayat ini menyebut “dari suatu tempat” – bukan saja merujuk kepada sifatnya boleh melihat atau tidak. Ayat ini sebenarnya lebih dari itu. Allah merujuk kepada “suatu tempat” di mana jin boleh melihat manusia – dan ada kemungkinan di suatu “tempat yang lain” atau “kaedah yang lain”, manusia juga boleh melihat jin.

Jika anda memahami Al-Quran dengan lebih mendalam, anda akan melihat apa yang sedang berlaku hari ini semuanya sudah dinyatakan di dalam Al-Quran. Terpulang kepada kita untuk mengkaji dan akhirnya menyedari kaitannya dengan mukjizat agung yang ditinggalkan kepada kita oleh Nabi Muhammad S.A.W. 1400 tahun dahulu.

Allahu’alam… Wassalam - zulsegamat

.

No comments: