Pengarang Kitab: Aidid bin Abdul Majid.
Kitab tulisan tangan, oleh: Cikgu Mawardi Abdullah,
Dengan jalan bahasa nya yang mudah difahami, pembaca tidak akan rasa jemu dan keberatan untuk mengulang baca kitab ini, tapi jangan lupa kefahaman kita perlu dirujuk kepada pakar, bagi percerahan yang lebih baik.
Bismillahirahmanirahim.
Saya mulai risalah ini dengan penyusunan guru guru, yang mana saya telah mempelajari ilmu fekah, usuludin dan tasauf;
1* Almarhum Tuan Syeikh Muhamad bin Almarhum Tuan Syeikh Mohd Said.
2* Almarhum Tuan Guru Cikgu Osman.
3* Almarhum Tuan Guru Pak Cik Majid.
4* Almarhum Tuan Guru Tok Jali
5* Almarhum Pak Long Maddin.
6* Abang Ilal @ Abdul Razak.
7* Tuan Guru Lebai Ismail .
Semuga dibekati Allah roh roh mereka, kepada yang sudah kembali atau pun yang masih hidup,diharap para pembaca kitab ini memberikan setulus ikhlas al fatihah, kepada guru guru yang ada tertulis didalam kitab ini, Dengan dimulai al fatihah:
1* kepada junjungan Nabi besar kita iaitu, Nabi Mohammad SAW,
2* Dan guru guru, supaya dapat menafaat diatas apa yang kita baca sampai kelubuk hati kita,
Dengan adanya rasulullah, nyawa yang ada pada kita dinamai Nafas, Ampas, Tanapas, nufusi, yang bernama rasulullah keluar dan masuk itulah yang dikatakan insan yang kamil atau disebut insan hakiki.
Jadi penting kita membaca al fatihah kepada nabi kita dan guru guru kita, supaya perhubungan antara guru dan murid dapat berkekalan,
Wabillah hitaufik wassalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh .
Bismillahirahmanirahim,_______
Saya yang fakir lagi hina ini, ingin menyusun kitab yang bernama "Pengkhursusan Sifat Dua Puluh" untuk memantapkan lagi insan yang mahu mengenal akan hak Allah subhanahu wata'ala, iaitu zat Allah yang menjadikan seluruh alam maya ini, termasuk diri kita yang hinadina ini
Disini saya akan mentafsirkan segala sifat ketuhanan yang Hak, yang saya ambil dari beberapa kitab, dari kitab ahli tasauf,ahli saufi dan ahli laduni, yang saya ketahui,
Bismillahiahmanirahim ._______
Saya mulai dengan "LA'A TATAHARRAKU ZARRATUN ILLA'A BI'IZNILLAH,maksudnya, " tiada bergerak sesuatu walaupun sebesar zarah, melainkan dengan izin Allah jua.
Bismillahirahmanirahim, Ila hadratatin nabi mustafa rasulullah salallah hualaihi wassalam
Alfatihah untuk junjungan nabi kita dan para keluarganya dan sahabatnya,semuga diberkati Allah zat yang wajibal wujud, apa yang kita pelajari dan yang kita fahami dengan izinNya jua.
Bismillahirahmanirahim._______
Alhamdulillah hirobbil alamin wassalatu wassalamu ala asrafil ambiak hi walmursalin waala aalihi wasabbihi ajmain,amma bakdu,
Ya Allah, Ya rasulullah,Ya habibullah, Ya ahmad, Ya kadi rabbul jalil, Ya zat yang wajibal wujud,
Ampunlah segala kesilapan sekiranya terdapat apa yang hambamu suratkan didalam kitab ini.
Hanya kepadaMu jua, apa yang tersirat dan yang tersurah, hamba serahkan semua kepada zat Mu yang maha mengetahui .
Saya mulai dengan bermohon kepada Allah semuga diberi taufik dan hidayah kepada saya dan kepada ahli yang ingin memperdalamkan tentang pengkhususan sifat dua puluh ini, semuga diberkati Allah dan diampunkan segala dosa dan kesilapan, kepada hamba hambaNya yang menuntut kejalan yang hak, menuju kepada zat yang wajibal wujud.________________
SIFAT DUA PULUH ITU DIBAHAGI KEPADA EMPAT.
1 * NAFSIAH ; Ertinya UJUD zat semata mata.
2 * SALBIAH ; Ertinya sifat yang bersalah salahan bagi hambaNya dan ada pada kita,
1.2 * QIDAM,
2.2 * BAKA,
3.2 * MUKHALAFATUHU LIL HAWADIS,
4.2 * QIAMUHU TAALA BINAFSIH,
5.2 * WAHDANIAH,
Inilah sifat yang membezakan hamba dengan Tuhan.
3 * MA'ANI ; Sifat yang ada pada hamba di anugerahkan oleh Allah SWT kepada kita, supaya tahu akan mengenal diri antara zahir dan batin.
KUDRAT.[kuasa]
IRODAT. [ berkehendak]
ILMU [ mengetahui]
HAYAT [ hidup]
SAMAK [ mendengar]
BASAR. [ melihat ]
KALAM [ berkata kata]
Inilah diri zahir untuk mengenal yang batin.
4* MAKNAWIAH ;
KAUNUHU HAIYUN,
KAUNUHU ALIMUN,
KAUNUHU SAMION,
KAUNUHU KADIRUN,
KAUNUHU MURIDUN,
KAUNUHU MUTAKALLIMUN.
Inilah sifat yang dinyatakan pada hambaNya yang mentauhidkan zatNya yang wajibal ujud, adapun sifat MAKNAWIAH ini dianugerahkan Allah kepada orang orang mukmin supaya ia tahu akan kebesaran Nya menjadikan manusia rupa Ahmad dan Muhammad, supaya jangan menyembah yang lain kecuali menghadirkan diri zahir dan diri batin kepada yang hak iaitu zat mutlak yang menjadi kan kamu sekelian dimuka bumi ini,
sebab itulah dianugerahkan sifat Makni dan sifat Maknawiah, seiring dan sejalan, supaya ia dapat bergerak dengan gerak Allah
LAISA KAMISLIHI SYAIUN
Hadis : LAA TATA HARRAKU ZARRATUN ILLAA BI IZNILLAH
Ertinya,: tiada bergerak sesuatu melainkan dengan izin Allah.
* Firman Allah didalam alquran;
WAFII AMFUSIKUM AFALAA TUBSIRUN ; ertinya didalam diri kamu, mengapa tiada kamu lihat, yakni nyatanya Allah pada diri kamu.
* AWAA LUDDIN MAKRIFAATULLAH ___________
ertinya awal agama itu mengenal Allah dan sifat sifatNya, serta zatNya, yakni mengapa kamu lupa tiap tiap sifat memerlu:kan dan berkehendak kepada zat Allah yang wajibal wujud dan menjadikan kita bernama manusia dan bergelar hamba kepada Nya,
Maksud manusia itu dijadikan hamba itu, mentaati akan perentahNya .
Inilah keterangan secara ringkas tentang pembahagian sifat, nafsiah, salbiah, maani, dan maknawiah,
Saya harap, mana yang tiada nyatai isi kandunganya atau ingin mendalam bab ini, sila rujuk kepada guru guru yang arif tentang kajian sifat dua puluh ini
ALLAHUAKHBAR______________
SIFAT NAFSIAH _______________
1* Maka BISMI masuk kepada sifat dua puluh yang dibahagikan kepada empat bahagian, BISMI itu sifat NAFSIAH, kerana NAFSIAH itu ertinya UJUD.
UJUD itu adalah ALLAH yang mempunyai sifat sifat yang perlu kita ketahui: ALLAH itu mempunyai 3000 sifat, kerana mengambil nama ALLAH sebanyak 3000 juga.
Nama nama ALLAH dibahagi kepada kitab Injil 300, Zabur 300, Taurat 300, dan Al Quran 99 dan satu rahsia.
Inilah yang para ahli Saufi, ahli Tarikat, ahli Tasauf dan orang yang kamil dan mukamil mencari nya yang dikatakan aku mengenal ALLAH dengan ALLAH, maka wajib lah kita mentahakikkan keimanan kita kepada yang satu, iaitu ALLAH zat yang wajibalwujud, maka inilah sifat NAFSIAH pergi kepada BISMI itu.
SIFAT SALBIAH _______________
_
2 * Sifat SALBIAH yang masuk kepada kalimah ALLAH itu lima sifat:
QIDAM,
BAKO,
MUKHALAFATUHU TAALA LILHAWADIS,
QIAMUHU TAALA BINAFSIH
WAHDANIAH
Sebab dikatakan sifat SALBIAH yang masuk kepada kalimah ALLAH, kerana Allah telah kidam sedia adaNya.
Firman ALLAH dalam Al Quran;
HUWALAUWALU WALAAKHIRU, maksudnya, Aku yang awal tiada permulaan dan Aku yang akhir tiada kesudahan.
Tapi hambaNya ada permulaan dan ada kesudahan, ALLAH itu, LAISA KAMISLIHI SYAIUN .,tidak dapat diumpamakan dan tidak dapat digambarkan,maksudnya ialah zat ALLAH itu sendiri.Yang dapat digambarkan hanya yang diciptaNya seperti alam dan isinya.
Bagi orang orang yang ingin mendalami akan hal keadaan alam ini, hendaklah yakin kepada, jalan menuju arah kepada yang mencipta dirinya, serta alam maya dan isinya,
Supaya kita tahu akan diri kita dari mana kita datang dan kemana kita akan kembali.
Firman ALLAH didalam Al Quran;INNALILLAHI WAINNA ILAOHIROJIUN, ertinya dari ALLAHkita diadakan dan kepada ALLAH kita dikembalikan.
Maka ingatlah, manusia ini dijadikan dengan empat anasir, iaitu ;AIR, API, ANGIN, dan TANAH .
Inilah dipanggil lembaga Adam, manusia pertama, yang dijadikan oleh ALLAH SWT dan juga nabi yang pertama, nabi Adam a.s,
Inilah dipanggil diri zahir untuk menyatakan kebesaranKu, maka Aku jadikan makhluk dimuka bumi ini.
Firman ALLAH dalam AlQuran ;
WAZZOHIRU WALBATHINU, maksudnya Akulah yang menzahirkan segala alam maya ini, termasuk nabi Adam a.s dan Siti Hawa, serta anak cucunya sekali, Inilah yang dimaksudkan WAZZOHIRU.
Manakala yang dimaksudkan WALBATHINU, ; Akulah rahsia bagi kamu, kerana kita tidak dapat memikirkan bagaimana hendak digambarkan keadaan BATHINU itu.
Inilah yang kaum muslimin dan muslimat wal mukminin wal mukminat, serta kaum ahli Syariat, Tarikat, Hakikat, Makrifat,
Orang ahli Tasauf dan Saufi ingin mendalami dan mencapai suatu tahap apa yang dikatakan WAL BATHINU.
Sifat SALBIAH yang duduk pada BAKO, ada pun sifat BAKO itu menunjukkan bahawa ALLAH Taala menjadikan alam ini diatas berkekalanNya Allah bersama zatNya yang wajibal wujud,
Maksud BAKO itu membezakan antara yang kodim dan yang baharu, supaya kita jangan mensyirikkan ALLAH zat yang wajibal wujud, kerana kita dijadikan, ALLAH itu yang menjadikan,
Yang dikatakan baharu bagi hamba ialah,; Air, Api, Angin, Tanah, iaitu kejadian lembaga anak Adam,yang dikatakan kekal pada hamba yang mempunyai keteguhan iman,
Islam tauhid, makrifat,
Inilah yang dikatakan kekal, tetapi tidak kodim, yang dikatakan kekal itu ialah yang ditiupkan masuk kedalam ubun ubun jasad adam,
Firman ALLAH ;Aku tiupkan rohKu kedalam jasad adam, maka bergeraklah adam dengan gerak ALLAH SWT.
Inilah yang dimaksud kekal iaitu roh kita, tetapi ingat, roh itu bukan kodim, yang kodim ialah zat ALLAH yang bernama HU. Maka Air Api Angin Tanah ini yang akan tanggal, menuju ketempat asalnya.
Asal Air balik ke Air, Asal Api balik ke Api, Asal Angin balik ke Angin, Asal Tanah balik ke Tanah.
Semuanya asalnya satu jua, kerana bila empat anasir ini bertemu, maka jadilah satu lembaga iaitu lembaga nabi Adam a.s, atau pun dipanggil manusia pertama.
Inilah dikatakan diri zahir kita dan inilah dikatakan Afaal ALLAH, perbuatanNya.
Apabila kita telah mengetahui bahawa kita ini Afaal ALLAH tentulah kita ingin menuju kepada yang menjadikan kita,
Maka wajiblah sekelian Mukalllaf laki laki dan perempuan mengenal akan ALLAH SWT zat yang mutlak.
Supaya mendapat taraf insan kamil atau insan kamil wal mungkamil.Jadi hamba yang diredhai oleh ALLAH zat yang mutlak.
MUKHALAFATUHU TAALA LIL HAWADIS_____________________
Maksud Mukhalafatuhu Taala Lil Hawadis, sifat ALLAH yang tidak layak bagi hambaNya, hanya sifat ini layak pada ALLAH zat wajibal wujud.
Bagaimana dikatakan tidak layak pada hamba, kerana hamba boleh buta, boleh pekak, boleh bisu, boleh lumpuh dan sebagainya,
Sebab itulah dikatakan sifat yang tidak layak bagi hamba yang bersifat baru,
Maksud baru itu dijadikan atas Kudrat, Irodat, Ilmu, Hayat, Allah yang menjadikan kita semua diatas muka bumi ini.
Maka tiap tiap yang baru misti berkehendak pada yang menjadikan,
Maksudnya ialah Allah zat yang mutlak.
Untuk itu kita perlu ketahui bahawa sifat inilah yang dikatakan perbezaan Tuhan dan hambaNya,
Kerana Tuhan itu yang bernama zat mutlak dan juga dipanggil zat yang wajibal ujud,
Uj!udnya ALLAH itu tiada boleh dikatakan baharu, kerana tiap tiap yang baharu itu akan binasa.
Firman ALLAH dalam Al Quran: KULLU SYAI IN HAALIKUN ILLAA WAJHAHU, ertinya, semuanya yang ada didalam maya ini akan binasa, kecuali zatNya atau wajahNya; maka sebab itulah kita tidak boleh mengaku diri kita ALLAH ditakuti menjadi syirik terhadap ALLAH SWT,
Harus diingat bahawa hidup kita ini hanya ditakbirkan oleh ALLAH zat yang wajibal wujud, atas perentahNya sehingga kita boleh bergerak mengikut atas yang digerakkanNya.
Hadis Kudsi: LAA TATAHARRAKU ZARRATUN ILLAA BIIZNILLAH; ertinya tiada bergerak sesuatu melainkan dengan izinKu.
Sebab itulah BISMILLAH pada Alif lam lam ho,itu duduknya sifat SALBIAH yang lima perkara, supaya kita tahu membezakan yang kodim dengan sibaharu .Jangan sampai mengaku diri kita ALLAH, ditakuti menjadi syirik terhadap ALLAH SWT
Disini lah kita menzahirkan sifat SALBIAH yang duduk pada kalimah Alif lam lam ho itu,dikembali kan kepada ALLAH zat yang wajibal wujud, supaya diri kita ini mendapat pancaran nor ilahi, tembus ke lubuk hati kita, maka terbuka lah hijab yang ghaib,yang kita sendiri tidak ketahui rahsia hijab itu .
Seseorang yang telah dapat nor ilahi akan merasai suatu nikmat yang amat lazat kepada tubuhnya yang zahir melalui tubuhnya yang batin.
Di ikuti suatu perasaan dimana hamba itu akan lenyap didalam sifat ALLAH, asmak ALLAH, afaal ALLAH seterusnya kepada zat yang LAISA KAMISLIHI SYAIUN kelazatan ini hanya dapat dirasai oleh hambaNya yang mempunyai ilmu Makrifat atau ilmu rohani,
Untuk mencapai ketahap ini hendaklah kita selalu berzikir daiem, sentiasa dilubuk hati kita, sebagaimana firman ALLAH dalam Al Quran yang berbunyi ; ALLAZI NAHUM ANSOLAA TIHIM DAA IIMON. ertinya solat yang tiada berkeputusan .
Inilah yang dimaksudkan berzikirlah kamu mengingati Aku sentiasa, selagi nafas kamu keluar dan masuk dari dua lubang hidung kamu dan satu mulut, 24 jam satu hari dan satu malam, terus menerus tiada berhenti kepada ALLAH,
Inilah dikatakan sembahyang daiem, iaitu memuji nama yang menjadikan kita.
Dimana duduknya nama itu?
Nama itu ada pada diri kita, itulah roh kita yang bernama ALLAH, dipanggil diri yang tiada rosak binasa, kerana dialah yang mengenal dan menyebut ALLAH, memuji zat yang wajibal wujud, Roh itulah yang dianugerah ALLAH kepada kita,
Firman tuhan yang bermaksud"Aku tiupkan Roh Aku didalam jasad adam.
Rohani lah yang mengetahui rahsia alam kabir dan alam saghir .
ALAM KABIR.
Yang dinamai alam kabir iaitu alam yang kita lihat terbentang luas, dapat dilihat dengan mata zahir, termasuk diri kita yang bergerak ini, seperti anggota batang tubuh kita, inilah dinamai alam kabir .
ALAM SAGHIR
Manakala alam saghir ialah alam kecil atau dipanggil alam didalam diri kita, iaitu dibatin kita yang halus tidak dapat dilihat dengan mata yang zahir, hanya dapat dilihat dengan ilmu makrifat atau ilmu rohani.
Maksud hambaNya yang mengenal diri dengan sebenar benar kenal, dari mana ia datang dan kepada siapa ia kembali.
Dengan sebab inilah yang dikatakan sifat SALBIAH itu tidak layak bagi yang baharu, hanya layak pada ALLAH itu sendiri,
Maka wajib lah kita berzikir kepada ALLAH yang menjadikan kita, siang dan malam,
Firman ALLAH yang bermaksud:berzikirlah kamu,
Maka disini kita perlu berzikir dengan zikir: ALLAH ...ALLAH... ALLAH...,supaya kita dapat pancaran nor ALLAH dan juga dapat terbuka hijab untuk diri kita yang batin dapat mengajar diri kita yang zahir .
Sebab diri kita yang zahir ini hanya menerima perentah dari diri yang batin, dan diri kita yang batin menerima perentah dari ALLAH zat yang wajibal wujud
Inilah yang dimaksud kan bahawa ALLAH dan Min Ha Min Dal tidak bercerai sampai hari dibangkitkan kita.
Maka sebab inilah sifat SALBIAH yang lima itu jatuhnya kepada kalimah ALLAH.
QIAMUHU TAALA BINAFSIH
Ertinya bahawa ALLAH itu berdiri dengan sendiriNya, Adapun yang di maksudkan ALLAH itu berdiri dengan sendiriNya, ertinya ALLAH itu kekal tiada yang berkehedak pada sesiapa, baik pada hambaNya mahu pun barang yang dijadikanNya termasuksekelian Malaikat, bumi dan langit serta isinya, tiada berkehendak ALLAH kepada nya
Sebab itu lah dikatakan ALLAH itu berdiri dengan sendiriNya, kerana ALLAH yang menjadikan alam maya ini diatas kehendakNya, maka baharulah alam ini dijadikan atas Kudrat, Irodat, Ilmu, HayatNya.
Maka kita wajib ambil tahu bagamana berdiri Nya ALLAH denga sendiriNya
Yang dimaksudkan ALLAH berdiri dengan sendiriNya, berdiri ALLAH itu dengan ZatNya yang LAISA KAMISLIHI SYAI UN. sebab ALLAH itu sifat,
Kerana kita sendiri faham bahawa yang kita pakai pada masa ini ialah sifat ALLAH yang ada pada diri kita ini. Kitalah yang menzahirkan sifat ALLAH yang dinamai sifat dua puluh
Maka sifat dua puluh ini dibahagi kepada empat bahagian. NAFSIAH. SALBIAH. MA ANI MAKNAWIAH.
Yang saya sebutkan dilampiran yang pertama didalam kitab ini.
Perlulah diketahui bahawa hanya ALLAH itu berdiri dengan zatNya, untuk menyatakan kebesaranNya disebut ALLAH HU AKBAR ALLAH MAHA BESAR.
Maksud ALLAH Maha besar itu,berserta sifat ALLAH dan Zat ALLAH itu sendiri, kerana hendak menzahirkan diriNya kepada hamba yang beriman mentaati perentahNya.
Inilah yang dimaksud: SEMBAH.
Didalam AlQuran ALLAH berfirman, " Sujudlah kamu kepada Aku, rukuklah kamu kepada Aku dan sembah lah Aku ".
Dan di seru ALLAH dengan seruanNya kepada hambaNya dengan sebutan: " Hai orang orang yang beriman"
Jadi disini nyatalah bagi diri kita supaya orang orang beriman percaya bahawa ALLAH itu berdiri dengan sendiriNya
RUKUK
Yang dikatakan RUKUKlah kamu kepadaKu, maksudnya RUKUK itu kita mengadap kan wajah kita kepada ALLAH dengan membongkokkan badan kehadrat ALLAH, tanda kita ini hambaNya yang tahu akan nikmat dan rahmat yang dianugerahkan pada hambaNya yang beriman kepadaNya.
Maka kita RUKUK merendahkan diri, yang menyatakan kebesaranNya, tanpa melihat diri kita yang zahir ini, sebab diri kita yang zahir ini tiada mempunyai apa apa, hanya diperentah oleh ALLAH yang dikatakan berdiri dengan sendiriNya,
Oleh kerana itu kita RUKUK; untuk menyatakan perentahNya.
SUJUD
Maksud SUJUD itu kita sudah rukuk barulah kita SUJUD,yang dikatakan SUJUDlah kamu kepadaKu dengan meletakkan kepala kepada tempat yang hendak kita SUJUDkan.
Apa sebab kita disuruh SUJUD kepada ALLAH zat yang LAISA KAMISLIHI SYAI UN?
Sebabnya kita SUJUD kehadrat Tuhan yang menjadikan kita diatas muka bumi ini, adalah untuk menyatakan terima kasih kita kepada Nya, kerana telah sempurna segala perbuatanNya atau disebut, AfaalNya,
Maksud dikatakan perbuatanNya itu ialah Air. Api. Angin. Tanah iaitu kejadian diri kita yang zahir yang ditempa daripada empat anasir ini, sesudah siap ditempa baharu lah ditiupkan roh masuk melalui ubun ubun kita, maka lengkaplah kita zahir dan batin.
Inilah yang kita SUJUDkan kehadrat ALLAH SWT supaya kita tahu yang kita SUJUDkan adalah kesempurnaan kejadian kita zahir dan batin.
Maka lengkaplah diri kita, sebab itu lah kita SUJUD hingga sampai kesalam.
Salam kanan menyatakan redha apa yang diberi kepada batin melalui zat ALLAH itu,
Salam kiri meredhai apa yang ada pada zahir melalui sifat ALLAH itu kepada kita .
Inilah yang dinamai KUNFAYAKUN.maka lengkaplah lembaga anak adam. Inilah dikatakan ALLAH itu berdiri dengan sendiriNya.
Ikuti siri 2, sekiranya ada kesungguhan pasti ada ketumbuhan, hasil benih yang disemai, mencari bukan perkara yang mudah,
NA
Memuatkan
Tambah ulasan