Mengetahui cara penjagaan bahagian intim dengan betul supaya boleh mengekalkan stamina dan kesihatan faraj. Berikut merupakan beberapa jenis sukan yang bermanfaat bagi mengekalkan kesihatan faraj.
1. Senaman otot lantai (Kegel)
Melakukan pergerakan senaman bagi memperketatkan lagi bahagian faraj ialah melakukan senaman otot lantai (kegel). Senaman jenis ini dapat memberikan tumpuan penting pada bahagian pinggul dan pinggang anda. Malah ia juga boleh memberikan kesan yang optimum sekiranya dilakukan dengan cara yang betul.
Sekiranya anda melakukan senaman jenis ini, anda seharusnya pandai mengendalikan otot asas pada bahagian pinggul selama 5 saat. Ulangi pergerakan ini sebanyak 100 kali sekurang-kurangnya 3 kali sehari bagi mendapatkan kesan yang memuaskan.
2. Hip Abduction
Amat penting melakukan senaman ini dan ianya memberikan fungsi penting dalam memperketatkan bahagian faraj dan ia menjadi ikutan ramai oleh wanita di negara Eropah, malahan gerakan ini tidak sukar sama sekali.
Lengkukkan salah satu lengan anda dan mengunakan bahagian siku sebagai sokongan semasa anda memusingkan badan. langkah seterusnya, anda harus mengangkat badan anda mengunakan lengan yang satu lagi.Kekalkan kedudukan ini dengan mengangkat kaki anda ke atas dan kekalkan posisi itu selama 1 hingga 5 minit bagi mendapatkan kesan yang maksimum.
3. Squat
Senaman squat adalah sangat disarankan bagi mengetatkan bahagian otot perut, pinggul, pinggang, paha dan paling penting bahagian faraj.
Berdiri dalam posisi yang lurus, kemudian stretch kaki anda agar lebih selesa dari bahagian pinggul.
Lakukan rengangan tangan
Turunkan pinggul sehingga paras lutut dengan perlahan-lahan.
Semasa melakukan pergerakan, pastikan bahagian kaki anda terbuka lebar.
Tahan posisi ini selama yang boleh, kemudian barulah kembali pada posisi yang asal (berdiri tegak).
ulang pergerakan tadi dari awal hingga akhir sekali sebanyak 12 kali untuk kesan yang memuaskan.
4. Senaman menaikan bahagian kaki
Jarang sekali kita dengar orang melakukan senaman kaki sebagai latihan untuk mengetatkan lagi bahagian faraj dan pada masa yang sama mengekalkan kesihatan anda. Anda hanya perlu dalam posisi berbaring dan mengangkat satu kaki pada satu masa kemudian dua kaki pada satu masa. Ulangi gerakan ini berkali-kali selama beberapa minit untuk kesan yang maksimum.
5. Senaman mencangkung
Pergerakan yang terakhir bagi mengetatkan bahagian faraj asalah sangat mudah iaitu senaman mencangkung. Pergerakan ini adalah sangat mudah untuk dilakukan dengan posisi berdiri dan membengkokan kaki sambil menurunkan badan secara perlahan-lahan. bagi mendapat keberkesanan yang memuaskan, anda boleh melakukan posisi ini dengan memegang dumbell kecil.
Sungguh mudah untuk dilakukan 5 jenis gerakan untuk mengetatkan bahagian faraj tanpa perlu bersusah payah. Amalkan senaman ini setiap hari bagi memberikan kesihatan pada faraj . Semoga berjaya.
No comments:
Post a Comment