12 April 2022

15 February 2019

Ekzema - Susu Formula vs Susu Ibu

Seorang bayi yang mengidap ekzema kenapa dia nak berhentikan susu badan dan beri susu formula dan dia jawab sebab ada doktor kata susu dia yang menyebabkan ekzema saya dapat rasa marah saya mula naik .

Bahawa tidak ada susu formula yang boleh gantikan susu badan .

Ibu hanya perlu makan seimbang dan berkhasiat serta elak makanan yang banyak toksin .

Ini hand out yang saya selalu berikan pada ibu yang menyusukan anak .

Punca masalah kurang mutu susu ibu:

1. Kurang probiotik – bakteria baik dalam usus
2. Kurang zat makanan
3. Usus ibu tak sihat maka susu mengandungi bahan alergen/ alahan
4. Ibu mengambil makanan yang mencetus tindakan alahan pada anak atau makanan yang bertoksin seperti makanan berproses, ikan tercemar dan lain-lain.

Berikut adalah cara-cara untuk meningkat mutu susu;

1. Makan prebiotik: Gam arab, Baobab, psyllium, semua buah berserat banyak. Khasiat makanan ini bukan setakat pada seratnya tetapi juga zat galian dan vitamin serta anti oksidan. Gam arab mempunyai asid amino yang lengkap.
2. Lemak Wajib , ( essential fatty acids ) .EFA: fish oil , Omega 3, chia seeds, flax seed, black seed ( Nigella Sativa ada keduanya 3 dan 6,  Omega 6,VCO , EVOO
3. Elak makanan yang mengandungi toksin, seperti ayam, ikan dan daging lama ie tidak segar, gunakan sebaiknya ayam yang bebas antibiotik – ABF (antibiotic free) atau organic atau ikan segar atau daging kampung Elak makanan berproses, terutama gula putih. Awas gula yang tersembunyi dalam makanan.
4. Kenalpasti alergen anak ( jika ada) dan elak memakan makanan tersebut
5. Elak memakan makanan yang mengandungi elergen tinggi. Antara makanan tinggi allergen adalah makanan laut (tercermar dengan bahan pengawet, logam berat dan kuman yang keluarkan histamin dan serotonin), susu lembu, terutamanya susu komersial dan elergen yang spesifik seperti kekacang dan buah -buahan.
6. Jika anak candida : Ibu kena dirawat dan juga elak memakan manis terutama gula putih .


Dato' Dr Suriyakhatun Osman

No comments: