Bagaimanakah caranya membuat penggalak tanaman organik?
Hasil gabungan teknologi
pertanian dari Korea, Jepun dan India, maka terciptalah satu inovasi
baharu daripada Jabatan Pertanian yang diberi nama penggalak tanaman
organik (OPB) atau Organic Plant Booster.
OPB adalah teknologi yang menggabungkan
unsur seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan susu yang menghasilkan
kumpulan mikroorganisma berfaedah, enzim dan hormon pertumbuhan semula
jadi.
Ia tidak dikategorikan sebagai baja kerana
mempunyai nilai nutrien yang sangat rendah bagi memenuhi keperluan
tanaman. Oleh itu, ia lebih berfungsi kepada merangsang tanaman untuk
meningkatkan pertumbuhan dan hasil serta ketahanan pokok menerusi
pengambilan nutrien yang lebih efisien.
Bagi penyediaan OPB sebanyak 80 liter, antara bahan-bahan yang digunakan adalah:
1. 3 kg Molasses atau gula merah sebagai sumber tenaga kepada mikrob.
2. 3 kg Belacan sebagai sumber asid amino dan tarikan untuk fotosintetis bakteria.
3. 5 kg Buah nanas untuk menurunkan pH larutan.
4. 10 biji Telur sebagai sumber nutrien kepada mikrob.
5. 5 liter Susu sebagai sumber Lactobacillus,
6. 5 kg Buah pisang sebagai sumber potassium,
7. 5 kg Buah betik sebagai sumber enzim dan potassium.
8. 5 kg Buah labu sebagai medium pembiakan yis.
9. 5 kg Kangkung sebagai sumber enzim dan hormon pertumbuhan.
10. 5 buku Ragi .
11. 50 liter Air tanpa klorin.
APLIKASI PADA TANAMAN
OPB dicairkan bersama air bersih dan dimasukkan ke dalam tong semburan mengikut sukatan yang telah disyorkan.
Larutan tersebut dikacau sehingga sebati kemudian disembur pada keseluruhan pokok dan juga tanah atau media tanaman.
Bagi penanaman secara fertigasi, selain
semburan pada pokok dan media tanaman, OPB juga boleh dilarutkan bersama
baja fertigasi yang dimasukkan ke dalam tangki larutan.
Perlu diingatkan bahawa penggalak tersebut
bukan merupakan baja. Oleh itu, aplikasi baja sangat penting sebelum
mengaplikasikan OPB.
Contoh sukatan aplikasi OPB bagi tanaman cili:
KESAN OPB KE ATAS TANAMAN
Hasil pemerhatian dan tinjauan yang
dijalankan bersama petani oleh Jabatan Pertanian, dapat disimpulkan
bahawa OPB ini boleh membantu dalam mempercepat pertumbuhan pokok,
meningkatkan hasil tanaman antara 20 hingga 30 peratus, penjimatan dalam
penggunaan baja, mempercepat tempoh masa pembungaan, memanjangkan
tempoh hayat tanaman dan meningkatkan ketahanan penyakit pada tanaman.
Justeru penggunaan OPB adalah sangat digalakkan kepada semua peringkat seperti petani, suri rumah dan lain-lain.
Bagi mendapat maklumat lanjut cara membuat
OPB ini, mereka boleh menghubungi Jabatan Pertanian di talian
03-88703007/3050 atau faksimile di 03-88885069 atau melayari portal
jabatan berkenaan di alamat www.doa,gov.my
No comments:
Post a Comment