12 April 2022

06 November 2018

Ilmu Faraidh Semakin Hilang

Sabda Rasulullah s.a.w bahawa Ilmu faraid adalah ilmu pertama yang akan diangkat Allah (hilang) sebelum datangnya hari kiamat. Baginda bersabda, yang maksudnya; .
.
"Belajarlah ilmu faraid dan ajarkanlah kepada manusia kerana aku ini adalah manusia yang akan mati dan sesungguhnya ilmu ini akan ditarik dari manusia, dan akan berlaku fitnah antara manusia sehingga apabila bertengkar dua orang tentang ilmu faraid, mereka tidak dapat mencari seseorang yang dapat menyelesaikannya di antara mereka."
 -  Hadis riwayat Imam Ahmad dari Ibnu Mas'ud.
.
Sabda Baginda lagi, yang maksudnya;
.
"Belajarlah ilmu faraid kerana sesungguhnya ia sebahagian dari agama kamu dan ajarkanlah ia kepada manusia kerana sesungguhnya ia merupakan separuh ilmu, dan sesungguhnya ia akan dilupakan dan sesungguhnya ia adalah ilmu pertama yang akan dicabut dari umatku." -  Hadis riwayat Hakim dan Abu Daud dari Abu Hurairah.

No comments: