12 April 2022

07 November 2018

Baja Kulit Telur + Cuka (Kalfos) Untuk Elak Buah Muda / Kudup Bunga Gugur


Mungkin disebabkan pokok kekurangan kalsium dan kadar imuniti yang rendah.

Baja kalfos elok untuk perkembangan akar, melebatkan dan berupaya elak buah muda dan bunga gugur.

Bahan

1 Mangkuk kulit telur/siput/kerang/udang atau campuran semua bahan
5 mangkok cuka organik - cuka nipah / beras

Kaedah

1. Hancurkan kecil dan sangai sampai berbau hangit & sejukkan
2. Masukkan 5 mangkok cuka ke dalam bekas kedap udara
3. Masukkan kulit telor ke dalam bekas cuka tsb dan tutup selepas tindakbalas kimia selesai
4. Peram 20-30 hari
5. Tapis & buang mendapan - ambil cecair.sahaja


Cara guna

1. Campur 5-10ml dgn 1liter air tanpa klorin
2. Sembur di bawah daun, batang dan buah 1-2 kali seminggu


No comments: