12 April 2022

30 October 2018

Sifat Tercela - Ria', Ujub, Sum'ah, Hasad

5 Sifat Tercela - Riyak, Ujub, Sum'ah, Takabbur, Hasad



Daripada Abdullah bin Mas'ud RA, Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak masuk Syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya sedikit sifat sombong". Kemudian seseorang itu berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya seseorang itu suka pakaiannya bagus dan kasutnya bagus". Rasulullah SAW menjawab: "Sesungguhnya Allah itu indah dan Dia menyukai keindahan (yang dimaksud dengan) kesombongan itu adalah menolak kebenaran dan merendah²kan orang lain".
[Hadis Riwayat Muslim]

Sifat Mazmumah atau Sifat Tercela itu antaranya adalah 21 sifat buruk seperti yang disenaraikan di bawah ini.. Menurut Imam Al Ghazali dalam Kitabnya Bidayatul Hidayah, mengatakan..
 "..sifat yang tercela yang ada di dalam hati itu banyak sekali dan menyucikan hati daripada kekotoran itu berhajat kepada usaha yang berterusan. Manakala cara mengubatinya pula sangat susah dan telah hilang pula ilmu dan amal (yang mesti diikuti untuk membersihkan hati) kerana orang telah melupakannya dan mereka terlalu sibuk dengan menghimpunkan perhiasan dunia".
21 sifat tercela.. 
  1. Riya'
  2. 'Ujub
  3. Sum'ah
  4. Takabbur / Sombong
  5. Hasad / Dengki
  6. Bakhil (yang dituruti)
  7. Ghurur / Terpedaya dengan diri sendiri
  8. Pemarah
  9. Pendendam
  10. Zalim
  11. Adu domba / Batu api
  12. Cintakan dunia
  13. Gila kuasa
  14. Gila pujian
  15. Buruk sangka
  16. Pemalas
  17. Penakut
  18. Mengeluh / Suka komplen
  19. Banyak cakap
  20. Pentingkan diri sendiri
  21. Putus asa
Bagaimanapun penulis ingin berkongsi 5 daripada senarai teratas sebagaimana yang biasa kita dengar daripada majlis² ilmu atau dari ustaz / ustazah. Kenapa 5 sahaja sedangkan yang disenaraikan ada 20 bahkan lebih lagi sifat² tercela yang biasanya ada pada kita manusia..?

Menurut ulama' (kalau tak silap dari kitab Bidayatul Hidayah, Al Imam Al Ghazali), 5 senarai teratas itulah punca segala sifat tercela yang wujud lain²nya.



1.  Riya'

Maksud Riya' atau Riak atau juga Riyakadalah suatu sifat yang suka menunjuk². Dia sukakan perbuatan baiknya itu dilihat orang lain. Orang yang mempunyai sifat riya' ini, dia suka bila orang lain nampak perbuatan baiknya itu dan orang memuji akan kebaikan yang dilakukannya itu.

Sifat inilah yang dinamakan riya' dan ianya adalah sifat yang buruk & tercela. Bahkan sesiapa dari kalangan Muslim yang ada sifat riya' ini maka amalannya akan tertolak sepenuhnya, walaupun dia melakukan kebaikan yang banyak dan kelihatan sempurna.

Contoh, seorang yang bersedekah atau memberi sumbangan yang cukup banyak untuk sesuatu pihak yang memerlukan, ditunjuknya pemberiannya itu kepada orang ramai dengan niat menunjukkan akan kebaikannya di sisi masyarakat, maka seluruh amalan sedekahnya itu tertolak, tidak diterima di sisi Allah sebagai kebaikan atau 'hasanah' (tiada ganjara pahala). kerana dia telah riya' dalam amalannya itu.

Dalam post lepas juga kami telah kongsikan akan akibat sifat riya', amalan manusia ditolak dan dibalingkan kemukanya pada langit ke-7.

Audit diri

Cuba kita cek dalam hati kita, ada tak sifat Riya' dalam diri kita..!!?
Penulis rasa ada sifat riya' ni.. aduuuhhh :(
...




2.  'Ujub

Maksud 'ujub atau ujub adalah perasaan 'perasan diri' dalam hati ketika melakukan kebaikan, atau perasaan hairan pada diri sendiri akan kemampuan melakukan suatu amalan baik.

Bila mana kita melakukan sesuatu kebaikan, sama ada amalan berupa ibadah wajib atau ibadah sunat, kadang² datang satu bisikan dalam hati kita yang berasa hairan atau kagum pada diri sendiri akan amalan yang kita lakukan itu.

Contohnya, bila kita telah sempurnakan puasa sebulan Ramadan, kemudian kita berazam untuk sempurnakan pula puasa 6 sunat Syawal (yang belum pernah kita lakukan selama ni). Tiba² kita berjaya menyempurnakannya dalam 6 hari berturut² di bulan Syawal. Maka timbullah dalam hati kita suatu perasaan hairan diri atau kagum pada diri sendiri akan kemampuan kita melakukannya. Dan perasan ini terus bermain² dalam hati kita, itulah sifat 'ujub.

Bagaimana cara nak atasinya, balikkan segala perasaan itu kepada Allah SWT., kerana semuanya itu Dialah yang menggerakkan kita melakukan amalan tersebut, dengan Kudrat & Iradat-Nyalah serta dengan Taufiq & Hidayah-Nyalah kita mampu melakukannya. Dengan sebab itu wajiblah kita mengucapkan Alhamdulillah (Segala puji hanya bagi Allah).

Audit diri

Cuba kita cek dalam hati kita, ada tak sifat 'Ujub dalam diri kita..!!?
Secara peribadi penulis akui ada sifat celaka ni :(
...


3.  Sum'ah

Maksud sum'ah adalah sama seperti riya' cuma bezanya, kalau riya' suka kepada amalan kebaikannya dilihat orang, maka sum'ah pula adalah sifat suka kepada amalan kebaikannya didengar orang. Dan dia pula suka dengar pujian dari orang akan amalannya itu.

Kadang² kita dengar ada orang puji kita atas sesuatu perkara, sama ada mereka puji kita secara berdepan atau puji belakang², dan kita tersenyum sahaja mendengarnya, atau tersipu² malu kononnya.. maka rasa seronok kita dengar pujian orang itulah sifat tercela yang disebut sum'ah..!! Ada tak kita memiliki sifat ini..? Penulis akui penulis sendiri ada sifat ini :(

Jadi bagaimana nak atasinya..? Setelah kita ketahui akan buruknya sifat ini sebagai sifat tercela, maka adalah lebih baik kita lebih berhati² supaya kita tak lagi suka untuk dipuji. Cuba kita tanamkam dalam diri supaya kita tak suka lagi dipuji, dan kita kene sedar kita tak layak langsung dipuji, kerana sesungguhnya Segala Puji²an itu hanya Untuk Allah semata². Semoga Allah jauhkan kita dari sifat sum'ah ini.

Audit diri

Cuba kita cek dalam hati kita, ada tak sifat Sum'ah ni dalam diri kita..!!?
Ya penulis rasa macam ada sum'ah dlm hati, kdg² rasa suka org puji :(
... 

4.  Takabbur

Takabbur juga disebut sebagai Kibr (dalam Bahasa Arab) atau sombongni adalah salah satu sifat atau 'pakaian kebesaran' milik Allah, iaitu At-Takabbur yang tak sepatutnya dipakai oleh sesiapa dari makhlukNya. Takabbur atau disebut takabur atau juga takbur adalah sifat sombongbongkakberlagakmeninggi dirihidung tinggi, sama ada secara perbuatan gerak badan, secara pandangan, secara lisan mahu pun secara dalam hati.

Dengan bahasa mudahnya Takabbur atau sombong ini merasa dirinya besar dan melihat (atau merasa) orang lain kecil, rendah, dia sahaja yang lebih, orang lain kurng. Merasa dia lebih baik, orang lain kurang baik. Merasa dia lebih berilmu, orang lain tak tahu apa. Dalam satu hadis Nabi SAW, sombong juga bermaksud menolak kebenaran, lihat maksud hadis di perenggan pertama di atas. Maka sesiapa yang tak mahu terima kebenaran, dia telah berlaku sombong.

Antara makhluk Allah yang pernah berlaku takabbur adalah Iblis, secara terang² di hadapan Allah dan para Malaikat-Nya ketika dia diperintahkan sujud kepada (Nabi) Adam AS. Dia ingkar, tak mahu patuh pada perintah Allah. Allah yang bersifat dengan Al Halim, Yang Maha Lemah Lembut atau Yang Maha Penyantun tidak terus hukum iblis yang ingkar pada ketika itu juga, tetapi Allah bertanya dengan baik..

 Surah Al-A'raf, ayat 12
Allah berfirman:
"Apakah penghalang yang menyekatmu (iblis) daripada sujud ketika Aku perintahkanmu?"
Iblis menjawab:
"Aku lebih baikdaripadanya (Adam)", Engkau (Wahai Tuhan) jadikan aku dari api dan dia Engkau jadikan dari tanah".
[QS 7 : 12]

Penulis suka nak highlightkan text yg bergaris bawah tu ↑, menunjukkan Allah Maha Bertimbang Rasa, Allah SWT siap tanya baik² lagi, 'Apakah yang menghalang si pelaku itu tak mahu ikut perintah..!!' dan si pelaku menjawab dengan perkataan pertamanya 'Aku'..

Tanda pada lidah mereka yang Sombong:
Menurut syarah Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid, kata² iblis ini yang memulakan bicara dengan perkataan 'Aku..' dengan mengatakan "Aku... lebih baik darinya", adalah ciri² atau sifat 'mereka yang sombong', bila mana dia memulakan kata²nya dengan perkataan "Aku..""Aku begini, begini..""Aku begini, begini..". Inilah sifat kata² orang yang sombong / takabbur.

Audit diri
Cuba kita cek dalam diri kita, ada tak sifat Takabbur ni dalam diri kita..!!? Baik sifat ini dari dalam hati, dalam perbuatan, mahu pun dalam lisan, tutur bicara kita..?
Penulis secara jujur akui masih ada sifat Takabbur ni.. Allaaaahhh :(
... 

5.  Hasad

Hasad adalah bahasa Arab bermaksud dengki dalam Bahasa Melayu. Biasanya orang Melayu sebut gabungan Bahasa Arab & Bahasa Melayu sekaligus, hasad dengki, seolah² menggambarkan beratnya sifat ini bilamana digabingkan serentak, walaupon kedua²nya bermakna yang sama sahaja.

Maksud sebenar hasad dalam Bahasa Arab adalah, suatu sifat dalam diri kita yang tidak suka akan suatu nikmat itu ada pada orang lain. Atau kita tidak redha suatu nikmat anugerah Allah itu ke atas seseorang lain, kita berasa seperti sakit hati dengan apa yang ada (kurniaan Allah) pada orang tersebut.

Orang yang memiliki sifat hasad ini berasa tak senang bila orang lain ada atau mendapat suatu nikmat, dia suka kalau nikmat itu terhapus atau hilang dari orang tersebut biarpun dia sendiri tidak dapat nikmat tersebut. Pada orang yang bersifat hasad ini, bila mana nikmat yang ada pada orang lain itu terhapus atau hilang barulah dia rasa lega atau gembira, biarpun dia sendiri tak dapat nikmat yang sama. Inilah sifat hasad, iaitu dengki akan orang lain. Sangat burukkan..?

Audit diri
Cuba kita cek dalam hati kita, ada tak sifat Hasad dalam diri kita..!!?
Penulis akui, kdg² macam ada sedikit rasa iri hati dgn org lain.. astaghfirullahhh :(
... 

Beramal Dengan Ilmu

Marilah kita sama² berusaha dan berdoa kepada Allah mohon Allah menghilangkan segala sifat² tercela ini dari diri kita, kerana menurut ulama', sifat² inilah yang akan menjadi ibu kepada segala sifat tercela yang lain yang akan turut serta wujud secara berkait.

Segala sifat yang dihuraikan di atas ini, walaupun penulis bukanlah ahli ilmu apatah lagi ustaz (lagilah bukan), adalah sifat yang terdapat pada kisah iblis tadi. Oleh itu tanamkan dalam hati kita bersungguh² supaya kita semua, terutama diri penulis sendiri, tidak bersifat dengan sifat² iblis ini, sifat tercela atau disebut sebagai sifat mazmumah..!!

Wallahua'lam.

Secara peribadi penulis hanya berniat untuk kembali mengingatkan diri sendiri supaya hapuskan semua sifat celaka ni dari dalam diri penulis sendiri. Tak mahu memiliki sifat ahli Neraka ini masih tersisa dalam diri. Sekiranya terdapat kesilapan info, mohon perbetulkan di ruangan komen di bawah. Wassalam.


http://mindloading.blogspot.com/2018/02/5-sifat-tercela-riyak-ujub-sumah.html?m=1


No comments: