1. Bisnes smartphone Blackberry merudum.
2. Sekarang susah nak cari orang guna smartphone Blackberry.
3. Adakah Blackberry mati? Tak.
4. Blackberry kini mempunyai tunai US$2.4 billion dan nilai sahamnya naik 60% berbanding lima tahun lepas.
5. Perolehan Blackberry juga meningkat 30% pada suku tahun ini.
6. Blackberry bertukar dari menjadi pengeluar smartphone kepada pengeluar cybersecurity softwares.
7. Sekarang 90% perolehan Blackberry datang dari jualan perisian dan perkhidmatan. 81% adalah bisnes berulang.
8. Dalam bisnes, usah emosional. Usah bernostalgia tak kena tempat.
9. Blackberry berhenti keluarkan smartphone pada tahun 2016 walaupun jenama itu sinonim dengan “smartphone.”
10. Blackberry menjadi maju dengan tutup bisnes.
11. Kalau perlu tutup, tutup. Kalau perlu tukar, tukar. Kalau perlu buang, buang. Itu bisnes!
No comments:
Post a Comment