Ada sorang pemuda ni, dulunya kaya Raya kemudiannya jatuh muflis lingkup dan hanya sehelai sepinggang. Penuh dengan hutang.
.
Setiap hari mesti ada yang datang ke rumahnya menuntut hutang.
.Jadi pemuda miskin ni pun pergi berjumpa dengan seorang lelaki kaya dan meminjam wang sebanyak 500 dinar untuk membayar hutang.
.
Dan berjanji akan membayar hutang 500 dinar tu minggu depan.
Tapi bila tarikhnya sampai, pemuda miskin tadi tak mampu nak tunaikan janjinya.
.
Jadi orang kaya tadi mengheret pemuda miskin ni ke muka pengadilan..
Namun sebab tak mampu membayar hutangnya, hakim ni perintahkan pemuda miskin di penjarakan..
Pemuda miskin amatttt sedih. Dia memohon tempoh satu hari. Nak berjumpa isterinya dah berjanji akan datang kembali kepada hakim besoknya..
Hakim bertanya " Apa jaminan yang kamu akan kembali esok untuk di penjarakan".
.
Pemuda miskin menjawab " Jaminan ku ,Ya Rasulullah. Jika aku mungkir janji maka aku bukan lah dari kalangan umat baginda".
Hakim pun melepaskan pemuda miskin pulang selepas mendengar jaminan nya atas nama Rasulullah.
.
Bila tiba di rumah isterinya terus bertanya " Duhai suamiku, sudahkah kanda di bebaskan?"
.
Pemuda ini menjawab " Aku di berikan sehari atas jaminanku"
."Siapa jaminannya?" Soal isteri pemuda miskin ni.
.
Pemuda lantas menjawab " Rasulullah saw".
Mendengar hal tu si Isteri ni tadi mengajak suaminya menghabiskan semalam mereka dengan berselawat ke atas baginda. Berselawat mereka sampai tertidur..
Dan dalam tidur tu Rasulullah datang kepada pemuda tadi. Rasulullah memerintahkan pergi berjumpa dengan seorang alim ketika tu dan minta orang alim itu selesaikan hutangnya.
.
Terkejut pemuda miskin ni. Mana mungkin tiba tiba ada seorang alim mahu melangsaikan hutangnya sedangkan mereka tiada hubungan saudara bahkan tak saling mengenali pun!
.
Memahami kerisauan si miskin ni tadi, Rasulullah kirimkan kepadanya dua benda.
Pertama, sampaikan Salam kepada orang alim itu.
.
Kedua, katanya kepadanya setiap malam dia berselawat kepadaku sebanyak 1000kali dan tak pernah sekali pun terlupa. Tapi semalam orang alim ini tiba tiba terlupa bilangan selawatnya. Katakan kepadanya selawatnya kepadaku semalam cukup 1000 kali seperti malam-malam sebelumnya..
Sebaik saja terjaga, pemuda miskin ni terus mencari orang Alim yang di maksudkan Rasulullah.
.
Apabila mendengar cerita pemuda ni tentang mimpinya menangis teresak esak orang alim ni. Ternyata selawat beliau selama ni sampai bahkan diterima oleh Rasulullah. Bahkan Rasulullah mengirimkan Salam pula kepadanya melalui lelaki ini..
Orang alim ni kemudian menyerahkan wang 500 dinar untuk melunaskan hutangnya si pemuda miskin ini. Bahkan dia menghadiahkan pulak 2500 dinar lagi sebagai saguhati kepada pemuda tu..
Bersegeralah pemuda miskin ni pergi menghadap sang hakim.
.
Sebaik saja nampak lelaki miskin ni datang kepadanya, sang hakim terus memeluk lelaki miskin tu. Sambil menangis teresak esak.
.
Terima kasih kerana kamu Rasulullah datang ke dalam mimpiku. Hutangmu itu aku lunaskan sebab Rasulullah berjanji padaku andai aku lunaskan hutangmu maka Rasulullah sendiri akan menjamin aku di akhirat kelak. Aku lebih memilih jaminan Rasulullah tentunya dari dinar yang tak akan ku bawa ke dalam kubur pun..
Ketika itu jugak orang kaya tiba dan mendengar perbualan mereka.
.
Belum selesai perbicaraan mereka, saudagar kaya tadi pulak muncul dengan mata merah kesan menangis. Dia justeru terus memeluk lelaki miskin ni sambil berkata, aku ikhlaskan hutang 500 dinar tu tak perlu kau bayarnya. Kerana Rasulullah datang dalam mimpi ku semalam dan menjanjikan redhanya ke atasku dunia dan akhirat sekiranya aku ikhlas merelakan hutang itu ke atasmu.ðŸ˜
.
MashaaAllah. Hanya kerana selawat satu malam. Hutangnya Lunas. Bahkan dapat lagi hadiah wang yang berganda-ganda.
.
Percayalah dan yakinlah Rasulullah mendengar dan terima selawat kita kepada baginda. Walau apa jua keadaan kita berselawat pada baginda
.
Semoga kisah ni menjadi inspirasi untuk kita berselawat terus pada baginda. Sempena tahun baru Maal Hijrah ni jangan lupa kita upgrade urusan akhirat juga urusan dunia.
.
Terus berselawat.
اللهم صل على نبينا Ù…Øمد وعلى آله وصØبه اجمعين.
اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ َعلى سيدنا Ù…ُØَÙ…َّدٍ Ùˆَ عَÙ„َÙ‰ Ø¢ِÙ„ سيدنا Ù…ُØَÙ…َّد
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1894935197251485&id=100002050704213
No comments:
Post a Comment