Amalan minum susu kunyit mempunyai pelbagai khasiat dan banyak kelebihannya. Antaranya ia adalah untuk kekal awet muda, malah dikatakan baik untuk percernaan dan berkesan untuk pembuangan angin dalam badan .
1. 1 gelas susu segar
2. 2 susu madu asli
3. 4 biji badam - tumbuk kasar
4. 2 cm kunyit hidup - tumbuk kasar
Kaedah Buat
Panaskan susu segar dalam periuk dengan api sederhana.
Masukkan kunyit hidup dan badam yang telah ditumbuk kasar.
Tuang susu tersebut didalam gelas dan masukkan madu asli, serta kacau sebati.
Kaedah Minum
Minum ketika suam dan amalkan sebelum tidur 4 kali seminggu.
Jadi mak-mak yang nak cantik dan sihat, bolehlah amalkan minum susu kunyit ini selalu. Bukan sahaja sedap malah berkhasiat untuk tubuh badan.
No comments:
Post a Comment