12 April 2022

27 September 2018

Nur Muhammad

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
*NUR MUHAMMAD - CIPTAAN*
*ALLAH YANG PERTAMA*
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

🔴Soalan:
Assalamu alaikum Shaikh,
di dapati ada segelintir orang sebarkan dakyah, konon Nur Muhammad tu syirik, dan ajaran Hndu dan majusi.  Apa hukum orang cakap macam ini?
T.kasih

*🔵 JAWAPAN:*
■■■■■■■■■■■■■

Menurut Ijma' (sepakat Ulama)  Ulama Ahlus Sunnah yang benar,  Nur Muhammad adalah ciptaan Allah yang pertama. 

Kesemua _Mufassirin_ (ulama Tafsir) dan Ulama _Muhaddithin_ (Ulama Hadith) sejak dari dahulu berpegang bahawa Nur Muhammad itu ciptaan Allah yang pertama berdasarkan ayat Al Qur'an :

✨🕌✨ Firman Allah:

 قَدْ جَآءَكُمْ مِّنَ اللَّهِ نُورٌ وَكِتَـبٌ مُّبِينٌ

 “Sesungguhnya telah datang kepada kamu dari Allah, cahaya dan kitab yang menerangkan”.

[Al-Maaidah, ayat 15]


SEMUA ULAMA BERTARAF AULIYA ALLAH BERFATWA NUR MUHAMMAD CIPTAAN PERTAMA:
_________________________

Semua Ulama Ahlus Sunnah bertaraf Auliya Allah yang termasyur berfatwa akan Nur Muhammad kejadian pertama , diantaranya yang menyebut nya adalah :

💠Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani
💠 Imam Abu Hasan Asy Syazili
💠 Imam Ghazali
💠 Imam Jalaluddin Sayuthi
💠 Imam Ibn Abideen
💠 Imam Ibn Hajar Al Haythami
💠 Imam Romli
💠 Imam Ahmad Rifaie
💠 Imam Abdullah Al Haddad
💠 Imam Qastolani
💠 Imam Ibn Araby
💠 Imam Qadhi Iyadh



SEMUA _MUFASSIRIN_ (ULAMA TAFSIR)  MENYEBUT NUR MUHAMMAD KEJADIAN PERTAMA
_________________________

Antara Kitab Tafsir Ahlus Sunnah serta  _Mufassirin_ yang menyebut Nur Muhammad kejadian pertama

📗(1) Tanwir al-Miqbas  ibn ‘Abbas -   Sayyidina Ibnu Abbas, Pentafsir Ulung kalangan Ahlus Sunnah

📗(2) Tafsir Tabari -   Imam Ibn Jarir At Tabari

📗(3) Tafsir Qurtubi -  Imam Abu Abdullah Al Qurtubi

📗(4) Tafsir Al-Kabir :  Imam Fahruddin Ar-Razi,   Mujaddid kurun ke 6

📗(5) Tafsir Jalalyn ; Imam Sayuthi,  Mujaddid kurun ke 9

📗(6) Tafsir As-Syifa :   Imam Abu al-Fadl `Iyad (Qadhi 'Iyad)

📗(7) Tafsir Ruhul Ma'ani : Imam Al Alusi

📗(8) Tafsir Ibnu Kathir : Imam Ibnu Kathir


□□□□□□□□□□□□□□□□□□
*Berikut petikan kata2*
*mutiara Sulton Auliya,*
*Shaikh Muhyiddin Abdul*
*Qadir Jilani رضي الله عه :*
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□

Berkata _Sulton Auliya,  Ghawthul A'zham_  Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani رضي الله عه :

"Semoga Allah Ta'ala memberikan kamu kejayaan di dalam amalan-amalan kamu yang disukai-Nya dan Semoga kamu memperolehi keredaan-Nya.

Fikirkan, tekankan kepada pemikiran kamu dan fahamkan apa yang aku katakan.

Allah Yang Maha Tinggi pada permulaannya menciptakan cahaya Muhammad daripada cahaya suci Keindahan-Nya. Dalam hadis Qudsi Dia berfirman:

“Aku ciptakan ruh Muhammad daripada cahaya Wajah-Ku”. Ini dinyatakan juga oleh Nabi Muhammad ﷺ dengan Sabda Baginda :

“Mula-mula Allah ciptakan ruhku. Pada permulaannya diciptakan-Nya sebagai Ruh suci”.

“Mula-mula Allah ciptakan qalam”.

“Mula-mula Allah ciptakan aqal”.

Apa yang dimaksudkan sebagai ciptaan permulaan itu ialah ciptaan hakikat kepada Nabi Muhammad ﷺ iaitu Kebenaran tentang Muhammad yang tersembunyi. Dia juga diberi nama yang indah-indah.

Dia dinamakan Nur, cahaya suci, kerana dia dipersucikan dari kegelapan yang tersembunyi di bawah sifat Jalal Allah. Allah Yang Maha Tinggi berfirman:

 قَدْ جَآءَكُمْ مِّنَ اللَّهِ نُورٌ وَكِتَـبٌ مُّبِينٌ

 “Sesungguhnya telah datang kepada kamu dari Allah, cahaya dan kitab yang menerangkan”.

[Al-Maaidah, ayat 15]

Dia dinamakan aqal yang meliputi (akal universal) kerana dia telah melihat dan mengenali segala-galanya.

Diadinamakan qalam
kerana dia menyebarkan hikmah dan ilmu dan dia mencurahkan ilmu kedalam huruf2.

Roh Muhammad adalah zat atau hakikat kepada segala kejadian, permulaan dan kenyataan alam maya. Baginda صلى الله عليه وسلم menyatakan hal ini dengan sabda Baginda,

“Aku daripada Allah dan sekalian yang lain daripadaku”.

Allah Yang Maha Tinggi menciptakan sekalian roh-roh daripada roh Baginda ﷺ di  alam kejadian yang pertama, dalam bentuk yang paling baik.

‘Muhammad’ adalah nama kepada sekalian kemanusiaan di dalam alam arwah. Dia adalah sumber, asal usul dan kediaman bagi sesuatu dan segala-galanya.

Kejadian Insan berupa jasad dan ruh.
_________________________________

Empat ribu tahun selepas diciptakan Cahaya Muhammad, Allah ciptakan Arasy daripada cahaya mata Muhammad. Dia ciptakan makhluk yang lain daripada Arasy. Kemudian Dia hantarkan roh-roh turun kepada peringkat penciptaan yang paling rendah, kepada alam kebendaan, alam jirim dan badan.

 ثُمَّ رَدَدْنَـهُ أَسْفَلَ سَـفِلِين

َ “Kemudian Kami turunkan ia kepada peringkat yang paling rendah”.

[Surah Tin, ayat 5]

Dia hantarkan cahaya itu daripada tempat ia diciptakan, dari alam Lahut, iaitu alam kenyataan bagi Zat Allah, bagi keesaan, bagi wujud mutlak, kepada alam nama-nama Ilahi, kenyataan sifat-sifat Ilahi, alam bagi akal asbab kepunyaan roh yang meliputi (roh universal). Di sana Dia pakaikan roh-roh itu dengan pakaian cahaya. Roh-roh ini dinamakan ‘Roh Sultani (ruh pemerintah)’.

Dengan berpakaian cahaya mereka turun kepada alam malaikat. Di sana mereka dinamakan ‘roh rohani’.

Kemudian Dia arahkan mereka turun kepada alam kebendaan, alam jirim, air dan api, tanah dan angin dan mereka menjadi ‘roh manusia’.

Kemudian daripada dunia ini Dia ciptakan tubuh yang berdaging, berdarah.

 مِنْهَا خَلَقْنَـكُمْ وَفِيهَا نُعِيدُكُمْ وَمِنْهَا نُخْرِجُكُمْ تَارَةً أُخْرَى 

“Kemudian Kami jadikan kamu dan kepadanya kamu akan dikembalikan dan daripadanya kamu akan dibangkitkan sekali lagi”.

[Surah Ta Ha, ayat 55]

Selepas peringkat-peringkat ini Allah memerintahkan roh-roh supaya memasuki badan-badan dan dengan kehendak-Nya mereka pun masuk.

 فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِى “

Maka apabila Aku sempurnakan kejadiannya dan Aku tiup padanya roh-Ku…”. [Surah Shad, ayat 72]

~ tamat petikan kitab ~
[Sirrul Asrar Fi Ma Yahtaju Ilayhil Abrar]

□□□□□□□□□
SYARAHAN
□□□□□□□□□

Oleh kerana ini forum umum saya cuma jelaskan bahagian2 yang perlu dari Kalam Hikmah Imam Jilani.

1⃣ Imam Jelaskan bahawa Nur Muhamaad adalah ciptaan pertama. Daripada Nur Muhammad, Allah Ta'ala ciptaakan sekalian makhluq lain.

2⃣ Terdapat berbeza2 hadith berhubung ciptaan pertama iaitu

●Nur
●Aqal
●Qalam

Imam Jilani menjelaskan bahawa ketiga2 hadith tersebut menunjuk kepada hakikat yang satu iaitu "Nur Muhammad"

Beliau jelaskan lagi, Nur Muhammad di namakan cahaya kerana sifat nya yang suci dan menerangi alam.

Nur Muhammad juga di namakan "Aqal"  iaitu Aqal yang yang meliputi kerana ia telah mengenali segala2 nya.  Maksud beliau adalah Nur Muhammad mengenali Pencipta nya dan seluruh ciptaannya.   Siapa sahaja yang sampai kepada Ma'rifat Mengenal Allah pada Zat nya Yang Maha Quddus,  TIDAK akan dapat berbuat demikian melainkan melalui hakikat Nur Muhammad.  Muhammad adalah wasilah untuk sampai ke Hadratul Quddus.

Nur Muhammad juga dinamakan " Qalam" kerana ia menyebarkan hikmah dan ilmu.

Sekalian Rasul, Nabi, Auliya Allah menerima hikmah dan ilmu ini. Penyebaran  Hikmah dan ilmu ini tidak akan habis sehingga hari Qiamat.

3⃣ Allah ciptakan Arasy dari Nur Muhammad dan dari Arasy itu Allah ciptakan makhluq lain.

Sekalian ruh manusia mulai dari Nabi Adam diciptakan oleh Allah.  Dan di ambil saksi dari ruh2 tersebut.

Kemudian ruh itu di turunkan ke alam jisim / kebendaan/ alam malak iaitu alam dunia yang kita tinggal  sekarang. 

Maksud ruh itu turun kealam dunia adalah di tiup ruh itu kedalam janin dalam kandungan ibu.

4⃣ Selepas itu Rasul Rasul di utus oleh Allah untuk memperkenalkan PenciptaNya agar ruh itu tahu jalan kembali kepada Allah, iaitu tempat asalnya di sisi Allah.

5⃣Sesiapa pernah menuduh Nur Muhammad itu syirik, hindu, majusi dsb WAJIB Taubat segera...!

Demikian penjelasan ringkas berhubung dwngan _Nur Muhammad_ atau _Haqiqat Muhammadiyyah_

Moga bermanfaat.

Wallahu A'lam

_______________________________
Jawapan / Tausiah:
           Shaikh Sayyid Abu Tohir
     Mursyid, Silsilah Naqsyabandiah
          *MAJLIS TAZKIRAH JILANI*
            🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments: