Hukum Faraid dan Wasiat
Hukum Faraid dan Wasiat
Apakah FARAID?
• Kaedah pembahagian harta pusaka yang ditentukan oleh Hukum Syarak untuk orang tertentu (waris yang layak).
• Bahagiannya telah disebut secara nyata dalam Surah an-Nisa ayat 11-12.
• Satu tatacara pembahagian yang telah di tetapkan sebagai satu jalan penyelesaian dalam pembahagian harta umat Islam(jalan terakhir).
• Mereka yang di sebut di dalam al-Quran di namakan sebagai golongan Ashabul Furud (waris al-Quran).
Syarat mewarisi harta pusaka:
- Kematian pewasiat (simati telah meninggal dunia)
- Waris hidup pada masa kematian pewasiat.
- Tiada perhubungan lain yang boleh menghalang kepada perwarisan.
Faktor penting melaksanakan Faraid:
- Siapa mewarisi?
- Berapa bahagian pewarisan?
Kadar Asas Pembahagian Harta Pusaka Melalui Faraid:
- Suami – ½: Jika simati (isteri) tidak mempunyai anak (lelaki/perempuan) atau cucu dan ke bawah; ¼: Jika simati (isteri) mempunyai anak (lelaki/perempuan) atau cucu dan ke bawah
- Isteri – ¼: Jika simati (suami) tidak mempunyai anak (lelaki/perempuan) atau cucu dan ke bawah; 1/8: Jika simati (suami) mempunyai anak (lelaki/perempuan) atau cucu dan ke bawah
- Bapa – 1/6: Jika simati mempunyai anak (lelaki/perempuan) atau cucu dan ke bawah; 1/6 + asobah: Jika simati tidak mempunyai anak (lelaki/perempuan)
- Ibu – 1/6: Jika simati mempunyai anak, @ cucu perempuan daripada anak lelaki ke bawah @ mempunyai beberapa orang saudara (lelaki/perempuan); 1/3 dari keseluruhan harta: Jika simati mempunyai seorang saudara lelaki atau perempuan sahaja dan tiada anak ke bawah; 1/3 dari baki harta: Jika simati meninggalkan salah seorang suami @ isteri dan bapa tanpa waris lain
- Anak Perempuan – 1/2: Jika seorang; 2/3: Jika dua orang atau lebih dibahagi sama rata; Asabah bilghairi: jika si mati mempunyai anak (lelaki/pempuan) 2:1
- Anak Lelaki – 100% daripada baki (Asabah) sekiranya seorang; Dikongsi sama rata daripada baki (Asabah) sekiranya lebih daripada seorang; Asabah bilghairi: jika si mati mempunyai anak (lelaki/pempuan) 2:1
Baitul Mal:
• Terjemahan secara bahasanya ialah Rumah Harta
• Suatu badan yang memegang dan menguruskan harta bagi orang-orang Islam setiap negeri
• Sumber pendapatan adalah daripada pungutan zakat, cukai, pewarisan harta dsb.
• Menjadi waris sekiranya tiada waris yang layak mendapat pusaka
• Menjadi waris kepada baki harta sekiranya masih ada baki dan tiada ada waris asabah (baki).
• Mendapat keseluruhan harta sekiranya tiada waris yang layak mendapat pusaka.
• Suatu badan yang memegang dan menguruskan harta bagi orang-orang Islam setiap negeri
• Sumber pendapatan adalah daripada pungutan zakat, cukai, pewarisan harta dsb.
• Menjadi waris sekiranya tiada waris yang layak mendapat pusaka
• Menjadi waris kepada baki harta sekiranya masih ada baki dan tiada ada waris asabah (baki).
• Mendapat keseluruhan harta sekiranya tiada waris yang layak mendapat pusaka.
Peraturan Pembahagian Harta Pusaka:
- Pertama, waris Ashabul Furud (Quranic Heirs) akan mendapat bahagian mereka yang ditetapkan oleh Al-Quran.
- Kemudian, waris Asabah (Residue Heirs) akan mendapat baki harta yang tinggal setelah waris Ashabul Furud mengambil bahagian mereka.
- Waris Asabah Lelaki akan mendapat semua bahagian/harta si mati sekiranya mereka bersendirian(tiada waris lain).
Peraturan Terdinding Daripada Mewarisi:
- Taraf pertalian yang hampir menghalang pertalian yang jauh (cth: anak lelaki MENGHALANG anak lelaki kepada anak lelaki)
- Orang yang terkemudian terhalang dengan kewujudan orang yang lebih awal (cth: bapa MENGHALANG abang) terdapat pengecualian bagi peraturan ini iaitu Ibu tidak menghalang saudara lelaki dan saudara perempuan.
- Pertalian darah penuh menghalang pertalian darah separa (cth: saudara perempuan seibu sebapa MENGHALANG saudara sebapa) terdapat pengecualian bagi peraturan ini iaitu saudara seibu tidak terhalang sama sekali)
Hilang Hak Mewarisi:
- BERLAINAN AGAMA. Menurut Syari’ah orang bukan Islam tidak boleh mewarisi daripada orang Islam.
- Sekiranya seseorang itu MENYEBABKAN KEMATIAN SI MATI samada secara sengaja atau tidak sengaja. Dia juga tidak boleh mewarisi harta si mati.
Harta Yang Dikira Sebagai Harta Pusaka:
- Semua barang atau benda yang ditinggalkan oleh si mati, yang diperolehi semasa hayatnya secara halal melalui proses jualbeli, pusaka, hibah, wasiat, hadiah, atau sedekah dan sebagainya.
- Sewa yang masih belum dijelaskan kepada simati.
- Hutang kepada si mati yang dijelaskan selepas kematiannya.
- Dividen/faedah yang diterbitkan daripada harta simati.
- KWSP atau EPF
- Pencen yang belum sempat ditunaikan oleh simati semasa hayatnya.
- Barang yang terbit selepas mati seseorang dari usaha si mati semasa hayatnya seperti perniagaan, saham, insurans takaful, hartanah dan lain-lain lagi.
Harta Yang TIDAK Dikira Sebagai Harta Pusaka:
- Harta yang telah diberikan si mati kepada seseorang semasa hayatnya (hibah).
- Harta yang telah dijual oleh simati.
- Harta yang telah diwakafkan.
- Harta yang dipegang amanah.
- Khairat kematian.
- Pemberian oleh orang-orang yang menziarahi kematian.
- Faedah kematian/Amaun tambahan KWSP.
- Imbuhan, pampasan dan saguhati.
- Pencen terbitan.
- Bayaran-bayaran di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.
No comments:
Post a Comment