12 April 2022

02 April 2018

MEMBUAT BAKTERIA BAIK UNTUK KESUBURAN TANAH DAN POKOK

Credit kpd Shabudin Said..

MEMBUAT BAKTERIA BAIK UNTUK KESUBURAN TANAH DAN POKOK

Proses ini adalah utk membiak bakteria baik dgn menggunakann telur. Tengok lama dah di pos oleh seorang medical doktor di Bangkok, Dr. Taweesak Ponpaca, tapi buat tak kisah waktu tu. Kemudian baru tahu bahawa ini adalah magic solution untuk pokok. Cara nak membuatnya pun amat MURAH dan SENANG, cuma perlu peraman kurang dr satu bulan di bawah matahari dlm botol 5 litre bertutup. Solution ini, lebih baik dari EM kata orang Thai. So tunggu apa lagi jomm kita buat!

Bahan2:

- 5 litre air hujan/atau air tanpa chlorine.
- 3 biji telur
- Sodium glutamate/ajinomoto 2 tsp
- Belacan 1 tsp
- Sos ikan/Fish sauce 3 tbs

Cara buat ialah:
Blend semua diatas termasuk kulit telur bersama sedikit air. Tuang dlm botol 5 litre yg dah berisi air tanpa klorin. Goncang rata2. Tutup botol, kemudian letakkan bawah panas cahaya matahari. Goncang botol ini 2-3 hari sekali. Dalam 20 hari air akan bertukar warna merah/crimson. Itu tanda psb anda sudah menjadi. Susah jadi kalau kawasan anda musim hujan.

Cara guna bila jadi:

Siram 10 ml: 1 litre air tanpa chlorine
Spray 10 ml: 10 litre air tanpa chlorine

Setiap 15-30 hari.

Benefits:

1. Untuk kesuburan tanah dan pokok.
2. Gaul dgn makanan binatang, tinggi protein dan vitamins
3. Control kekotoran aquarium
4. Guna utk cuci reban dan kandang.
5. Untuk sawah 1 litre psb untuk 1 ekar tanah, percik ke seluruhan sawah.
6. Water treatment.
7. Juga sbg pengalak bunga untuk lemon, tomato, orange, mangga, manggis dan sebagainya.
8. Untuk makanan ikan di kolam.
9. Root booster masa buat tut.

Ramai orang tak tau yg psb nie multipurpose... pelbagai guna. Skop hanya tertumpu pd tanaman. Sedangkan ianya bole digunakan utk ternakan ikan... ternakan ruminan... ilangkan bau najis haiwan ternakan mcm kucing ker.... apa saje yg bau busuk bole disiram ir disembur dgn psb...

Penggunaan PSB utk ternakan ikan bergantung kapasiti isipadu air. Kalo akuarium, fiber/pvc tank @ kolam simen... 5ml utk 40 liter air. Kalo kolam Tanah... 10ml utk 40 liter air. Tambahkan PSB 1-2 Kali setiap 7-10 hari.
Fungsi yg paling utama adalah penguraian ammonia. Ammonia adalah bahan beracun. Kebiasaannya Ammonia bole datang 2 sumber. 1. Najis ikan 2. Lebihan makanan yg tidak diambil/dibuang. PSB memainkan peranan menguraikan ammonia ini kpd nitrite/nitrate seterusnya nitrogen. Ini akan memberikan suasana sihat dan selesa kpd ikan. Ini akan lebih jelas difahami melalui kitaran nitrogen / nitrogen cycle yg terdapat di website2 perihal ikan.

Kredit this post tu Abang Hazizi Meran... Semoga di pratikan untuk manafaat semua.

No comments: