12 April 2022

08 March 2018

Sembelit (Constipation)

Berlaku apabila seseorang merasakan tabiat membuang air besarnya agak kurang daripada tabiat biasa dan menimbulkan ketidakselesaan pada abdomen
Jenis-jenis atau Punca Penyakit


Punca penyakit:
1. Perubahan pada saluran gastrousus kerana berumur. Ia berlaku dalam bentuk morfologi, pergerakan usus, kadar rembesan usus, sistem imun dan kandungan kehidupan flora bakteria pesakit.
2. Kurang minum air, mengambil makanan yang kurang fiber.
3. Kurang aktiviti pergerakan badan
4. Mengambil ubat-ubat seperti diuretik, aspirin, hipertensi dan zat besi (iron pills)
5. Masalah kemurungan (depression) dan nyanyuk kerana terlupa membuang air besar
6. Ada penyakit urat saraf
7. Kesan sampingan dari buah pinggang, saluran hempedu dan penyakit saluran kencing (urogenital)
8. Dubur (rektum) kurang sensitif
9. Tersumbat atau impaksi najis pada turusan anus (anus canal)
10. Penahanan rangsangan atau refleks untuk membuang air besar

Sintom 

1. Ketidakselesaan pada abdomen pada siang hari dengan rasa sebu
2. Rasa muak
3. Rasa terlalu kenyang (flatulen)
4. Kurang selera makan
5. Tidak dapat tidur
6. Rasa murung

Komplikasi:
1. Cecair najis akan mengalir dengan sendirinya (incontinert)
2. 'Ikus', keadaan di mana usus tidak berkontraksi
3. Ganguan refleks rektosefalik yang menyebabkan kemurungan
4. Tekanan pada pundi kencing
5. Kencing tidak lawas
6. Pendarahan pada rektum kerana najis keras

SENARAI BACAAN AYAT-AYAT PENAWAR UNTUK PENYAKIT SEMBELIT (CONSTIPATION):

(Pesakit hendaklah berjumpa saya terlebih dahulu sebelum memulakan amalan-amalan ini.)

A. Amalan Minggu Pertama dan Kedua:

1. Surah Al-Maai'dah ayat 47 hingga 55, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah An-Nahli ayat 93 hingga 102, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

B. Amalan Minggu Ketiga dan Keempat:

1. Surah Al-Mu'minuun ayat 91 hingga 100, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Al-Buruuj ayat 1 hingga 22, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

No comments: