Bezakan adalah Aqidah dan Syariatnya..
Bila kami sakit,
* Ikhtiar Pertama
Yang kami lakukan adalah Solat sunat 2 rakaat dan memohon kesihatan kepada Allah.
Insyaa Allah sembuh dengan izin dan kasih sayang-NYA.
Kalau belum sembuh,
* Ikhtiar kedua
Baca Al-Fatihah / Surah2 lain, tiupkan pada air minum dengan amalan tambahan :
- Jika badan panas, maka kami perbanyakkan membaca Selawat ( kerana Selawat sebagai penyejuk )
- Jika badan dingin, maka kami banyakkan baca Ayat Kursi.
- Jika sakit yang nampak, maka kami bacakan Surah Al-Fatihah sambil mengusap-usap dibahagian yang sakit.
- Jika sakit yang tak nampak, maka kami banyakkan bacaan surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Naas ( Sebagai penolak sihir )
Dan Alhamdulillah kami akan sihat..Inilah Ruqyah untuk diri sendiri.
Tapi kalau belum sihat juga, kami lakukan ikhtiar ketiga.
* Ikhtiar ketiga
Iaitu bersedekah, dengan niat mendapatkan pahala kebaikan dan dijadikan jalan penyembuh sakit kami.
Insyaa Allah akan sembuh.
Dan kalau tidak sembuh juga, akan kami tempuh ikhtiar yang keempat.
* Ikhtiar ke-empat
Iaitu banyak-banyak Istighfar untuk bertaubat. Sebab Nabi SAW beritahu kami, bahawa sakit adalah salah satu sebab diampuninya dosa-dosa.
Kalau belum sembuh juga, baru kami lakukan ikhtiar ke-lima.
* Ikhtiar ke-lima
Iaitu minum Madu dan Habbatussauda.
Kalau belum sembuh lagi..
* ikhtiar ke-enam
Iaitu dengan mengambil makanan herbal seperti bawang putih, buah tin, zaitun.
Dan Alhamdulillah, Laa Hawlaa Wa laa quwwata illa billah..
Jika belum sembuh2 juga lagi, baru kami..
* Ikhtiar ke-tujuh
Iaitu pergi ke Doktor yang Soleh.
Insyaa Allah akan diberi kesembuhan dari Allah..
Semoga bermanfaat..
No comments:
Post a Comment