Madu cuka nipah diambil selepas makan bukannya sebelum makan. Cuka sangat baik untuk menurunkan kolesterol tetapi jika tidak betul pengambilannya ia akan merosakkan gigi. Oleh sebab itu cuka perlu dicampur dengan madu dengan kadar (95: 5) hanya 5% cuka sahaja yang dicampur dalam madu untuk mengelakkan kesan negatif pada gigi.
Setiap malam, kumur dengan air garam sebelum tidur, insyaAllah gigi anda akan kuat sampai ke usia tua. Tidak ada herba sekuat cuka madu yang dapat mengeluarkan plak di dinding arteri bagi mengelakkan serangan jantung.
Madu boleh dijadikan ubat untuk kencing manis yang berkesan jika dicampurkan dengan cuka asli seperti cuka kurma, cuka epal, cuka nipah dll. Dalam satu gelas sederhana masukkan 1 sudu/senduk(ind) cuka dan 3 sudu madu bersama dengan air mineral (1:3). Jika keadaan gula masih tidak turun, boleh menggunakan nisbah cuka dan madu 1:1 dan jika masih tidak ada perubahan naikkan nisbah cuka iaitu 2:1.
Cuka dan madu merupakan kaedah perubatan Islam yang sangat berkesan untuk perawatan kencing manis. InsyaAllah.
Rheumatoid Arthritis – sejenis penyakit Autoimun yang menyebabkan pembengkakkan terutama pada jari-jari tangan dan kaki. Berlakunya keadaan ini ialah kerana ketidakseimbangan di antara 4 unsur (tanah, air, api & angin) menyebabkan salah tafsir dalam sistem “kod” tubuh badan.
Cuka (cuka epal asli) adalah herba yang seimbang (tidak panas dan tidak sejuk) di minum 2 sudu besar pada setiap pagi dan dicampur dengan air kosong segelas (boleh ditambah madu).
Detox air dilakukan 1 minggu sekali .
Berbekam pada tiap-tiap bulan terutama pada 17hb Islam (elakkan hari rabu) di samping itu banyakkan mengambil sayuran hijau dan jangan mengambil daun kucai dan jenis kekacang. InsyaAllah. (Sumber: jawimedherbs)
No comments:
Post a Comment