Jika anda berminat dgn seseorang dan inginkan reaksi positif daripadanya.. dan tentunya ingin org tersebut merasa sayang/rindu/cinta kepada anda.. silalah cuba amalan ini.
Bacaan mentera/doanya:-
Bismillahirrahmanirrahim.
Fadam dama 'alaihim,
Maa rabbuhum, Bizam bihim,
Fasau waha, Wala waha, Fohok faha.
(ASSY-SYM 14)
Bukan aku memegang darah daging si ..(sebut nama serta bayang wajahnya)..,
Aku memegang jantung hati si ..(sebut nama serta bayang wajahnya)..
Terbalit! Terbalit! Terbalit!
Rasa hati si ..(sebut nama serta bayang wajahnya).. kepadaku.
Berkat Laailahaillallah Muhammadarrasulullah.
Cara mengamalkannya:
Sebelum keluar rumah dengan tujuan dapat bertemu/berselisih jalan dgn org yg dimaksudkan, bacalah mentera di atas sebanyak 1x.
Kemudian, tiupkan ke kedua2 biji mata anda.
Semasa di luar rumah, carilah kesempatan agar anda boleh bertemu/berselisih jalan dengan org yg anda tujukan itu.
Semasa bertemu dengan org yg anda minati itu..
LIHAT/ TENUNG MATA KEKASIH ANDA ITU HINGGA KE ANAK MATANYA.. TENUNG DALAM-DALAM MACAM MATA BURUNG HANTU TENUNG ANAK TIKUS.. (sebab tikus makanannya)..
Jika dia berpaling, dan anda mampu terus memandang matanya dan tidak berpaling, bermakna anda telah mampu memikatnya (memegang jantung hatinya). Lihatlah reaksi positifnya selepas itu nanti.. pada hari2 mendatang.
Tapi jika anda jadi malu (bujang pemalu), dan terus berpaling dari memandang matanya.. Maknanya anda telah kalah dan dia tidak berjaya anda pikat. Tapi jgn putus asa.. lain kali cuba lagi ya..
No comments:
Post a Comment