12 April 2022

26 October 2017

Ayat 4 (Empat)






Syeikh Jamhuri





Ayat empat
al-anbia:87
لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ ۝ 
Yusof:21
وَاللَّهُ غَالِبٌ عَلَى أَمْرِهِ 
Asif Barkhaya
Asma’ul Husna


يا إلهنا وإله كل شيء إلهاً واحداً لا إله إلا أنت
doa Asif Barkhaya
يا ذا الجلال والإكرام
salah satu Asmaul Husna
1. Setiap wirid dibaca 2000x kecuali ” يا ذا الجلال والإكرام ” hendaklah diwiridkan lebih dari 2000x kali.
2. Semasa berwirid hendaklah di tempat yang jauh dari org ramai dan berpuasa selama 7 hari mulai hari Ahad.
3. Amalkan sehingga mendapat hikmat kalau tidak ia mendapat hikmat hendaklah dimulai dari awal sampailah mendapat hikmat. Setiap yang berkehendak pasti akan dapat dengan izin Allah.
4. Hikmatnya bermaksud mendapat tanda-tanda bahawa amalannya diijab kabul oleh Allah. Antaranya melihat rupa singa berkepala manusia tersurat padanya surah al-Fatihah di kepalanya, surah Yasin di tubuhnya atau datang padanya Rasulullah menyurat padanya yakni memberi wejangan padanya samada berupa amalan atau kata-kata dan ianya adalah pakaian utama bagi para hulubalang.
5. Tanda-tanda ini hanyalah berupa pengalaman-pengalaman dari orang yang mengamalnya dan ianya berbeza pada setiap orang.
Sumber:
Hj Nik Mahmud bin Nik Ismail (Datuk Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan). Pati Rahsia. Percetakan Ahliyah Sdn Bhd, Kota Bharu.
Ass’kum wbt saudara2. suka nak kongsi amalan ilmu Allah ni. setahu saya ayat 4 atau ada yg panggil selendang merah ni adalah amalan penghulu Salleh pt.sulong batu pahat zaman bintang 3. saya dapat dari rakannya dan juga pakcik saya Abdullah di Bt. 7 Tongkang Pechah tahun 1980. kehebatan ayat 4 menjadikan penghulu Salleh dihormati dgn panggilan “panglima”. versi amalan ayat 4 panglima Salleh ialah:
1. Doa/istigfar nabi Yunos a.s dalam perut ikan Nun ” Lailaha ila anta subhanaka….- 33x
2. Amalan saidina Ali r.a ” Wallahu gholibun ‘ala amri” -33x
3. Amalan Asif Barkhiya ” Ya hayyun Ya Qoyyum……-33x
4. Amalan Imam Ghazali ” Ya zaljalali wal ikram” – 100x

Kalau nak jazamkan buat selama 7 hari tanpa qada solat. setiap lepas solat baca seperti 1-4 di atas. Bila dah tamat (hari ke 7) sebelah malamnya menyelam dalam laut/sungai/kolam/ perigi. Kalau tak ada guna kolah besar pun ok! (pastikan tahu berenang jgn lemas pulok. Masa menyelam tu baca ke empat2 ayat satu nafas baru boleh naik permukaan air. niatkan untuk tidak dilihat oleh musuh2 (dengan berkat izin Allah). sebaik2nya masa amalkan menyelam tu pada malam gerhana bulan. pastikan tiada manusia lain yg tahu perbuatan saudara. lepas edah 7 hari tu buatlah amalan hari. mudah2an Allah qobulkan amalan tersebut.

4 comments:

Danial said...

Izin amal ya..syukran

Danial said...

Izin amal ya..syukran

Unknown said...

Qabiltu, mohon izin do amalkan

Unknown said...

qobiltu .mohon izin tuk beramal