12 April 2022

12 July 2017

Sakit Gigi - Petua Merawat Sakit Gigi : Gusi Bengkak & Bernanah

Sakit gigi ni selalunya terjadi pabila ada bakteria dalam mulut atau kita salah makan, takpun sebab berkaitan. Terkadang kita elak bagaimana pun , ia datang juga. Dugaan dari Tuhan. Jadi apa nak buat jika gusi bengkak atau bernanah ni ? Jom kita baca perkongsian daripada seorang Ustaz ni.
  • Sediakan air garam suam dan serai sebatang.
  • Bersihkan serai dengan buang daun , akar serta kulit yang kering . 
  • Kemudian bacakan doa berikut pada pesakit dengan meletakkan tangan di luar bahagian gusi yang sakit .

- Baca surah AL-fatihah

- Baca ayat 21 al-hasyr .*gunung*

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.




"Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya." (Al-Hasy-r 59:21)


- Baca : Allaahumma ya mushaghghiral kabiir wa ya mukabbirashshaghiir,
shaghiira maabi ( *sebut nama yang sakit ) , Ya Arhamarrohimiin .


“Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan yang mengecilkan apa yang besar, yang membesarkan apa yang kecil, kecilkanlah apa yang dialami (sebut nama pesakit dan puncanya), wahai Tuhan Yang Maha Pengasih.”

*Pada tanda ( ), hendaklah disebut nama pesakit dibin atau dibintikan dengan nama ibunya sekali.

- Kemudian ditiup pada bahagian yang sakit , juga pada serai dan air garam suam tadi . Picit gusi yang bengkak supaya bersih dari nanah. Kumur beberapa kali dengan air garam .Letak serai yang masih panas untuk digigit .

- Sekiranya masih sakit , baca ayat 98- surah al-An'am



"Dan Dia lah yang mencipta kamu dari diri yang satu (Adam), maka (bagi kamu) disediakan tempat tetap (dalam tulang sulbi bapa kamu atau di bumi), dan tempat simpanan (dalam rahim ibu atau dalam kubur). Sesungguhnya Kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengerti (secara mendalam)."



Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Daruqutni dengan sanadnya daripada Ibn Abbas r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang mengadu gusinya sakit, maka hendaklah ia meletakkan jari-jarinya di atas gusinya dan hendaklah membaca ayat 98 surah Al-An’am.



Elak sakit gigi, atau gusi :

# Berus gigi dua kali sehari dengan berus lembut. Berus harus ditukar enam bulan sekali. Untuk mengelakkan pengumpulan kuman di berus gigi, rendam berus sekejap dalam air mendidih atau celup dalam ramuan antiseptik mulut.

# Flos atau bersihkan celah-celah gigi dengan benang untuk mengeluarkan kotoran gigi atau saki-baki makanan di permukaan gigi.

# Kumur-kumur setiap hari dengan ramuan antimikrobial mulut yang boleh membersihkan gigi yang tidak dapat dicapai berus atau flos.



Kredit: http://arnamee.blogspot.com/2014/08/petua-merawat-sakit-gigi-gusi-bengkak.html#ixzz4ma1FUZxZ

No comments: