12 April 2022

02 September 2016

YASIN - Petua


Ramai yang mengikuti saranan Den dalam membaca Yasin samada untuk tujuan perubatan atau memulangkan balik sihir, membunuh penyihir dan lain lain tujuan metafizik.

Juga Den perturunkan di sini petua semasa hendak memulakan membaca Yasin.

Sediakan

1. Apa jua jenis limau 12 biji.

2. Air Mineral beberapa bekas.

3. Bedak Kompak atau bedak Sejuk.

4. Minyak Urut

Air mineral tak perlu di buka tudungnya ..kang masuk kuman TB lak.

Sediakan barang tersebut di hadapan kita setiap kali ingin membaca Yasin.

Walau apa niat kita pun biar aje barang barang tersebut di hadapan kita.

Limau di gunakan untuk mandian. Biasanya 3 biji sehari. Biasanya petua ..jika mandi di mulakan pada hari pertama itu petang maka elok di sambung pada hari kedua ketiga keempat pun petang juga. Jika pagi ..pagilah ... Jika malam ..malam lah..

Air tersebut minum segelas selepas membaca Yasin. Boleh minum bila perlu. Terutama di siang hari Ramadhan 😂😁😀

Bedak Kompak atau Bedak Sejuk ialah untuk sakit gatal kulit. Di bacakan juga 3 x ayat seribu dinar pada bedak tersebut. Sapu pada kawasan yang terlibat.

Untuk minyak urut bacakan Ayat Yasin 72 73 sebanyak 3 x.

Biasanya jika kita berniat untuk memulangkan sihir dan sebagainya biasanya akan ada tindakbalas dari pihak lawan. Maka itulah gunanya disediakan barangan tadi..

diambil dari - http://darulsaka.blogspot.my/

No comments: