12 April 2022

05 January 2016

DIY Sizzling Yee Mee



1. 4 keping halia di hiris nipis n tumbuk sedikit
2. 8 ulas bawang putih
3. 5 ketul ayam,dipotong kecil
4. 8 tangkai cili.kering dipotong kasar(1 tangkai potong 3 bahagian)
5. Dry mushrooms dalam 10 biji,potong kasar(1 biji potong dalam 4 or 5 slice bergantung pada saiz
6. 5 sudu besar(SB) sos tiram,
7. 6 SB kicap lemak manis,
8. 3 SB kicap manis,
9. setengah SB kicap pekat,
10. 1 sudu kecil minyak bijan
11. tepung jagung 4 SB larutkan dalam air
12. Yee mee,sayur sawi n telur
13. Hot plate



2. Masukan 3 SB minyak masak,dah panas masukan halia n bawang putih,guna api perlahan n kacau sampai kekuningan



3. Kemudian masukan cili kering n kacau lagi



4. apabila dah garing masukan ayam n satu mug air,letakan sedikit garam n didihkan dalam 5 minit kemudian masukan cendawan kering(cendawan direndam dengan air panas selama sejam,so sbelum nak masak 2 plan yang mana nak kn prepare dulu ek)



5. kemudian masukan semua jenis kicap mengikut resepi diatas then tambah lagi 3 mug air,didihkan



6. Apabila kuah dah mendidih n ayam telah empuk,masukan bancuhan tepung jagung.

Tip:buka api pada tahap kepanasan maksimum masukan sedikit demi sedikit bancuhan tpung jagung.sambil kacau,ini untuk mengelakan tepung x berketul n apabila dah sejuk kuah tersebut x jadi beku,harap jelas yer,he3

kacau sampai sesuai kepekatannya..



7. then sediakan hot plate,letakan sedikit kuah baru diletak yee mee,sayur dan telur



8. buka api tahap maksimum,senang citer sampai jadi mcm kat dlm gambar,hati2 jg tangan,panas tau






No comments: