Mayonnaise atau mayo ini merupakan sos berkrim yang digunakan sebagai pengiring bagi menambah kesedapan makanan. Ia biasanya berwarna putih, krim atau kuning pucat. Teksture mayonnaise yang tebal, dan berkrim itu distabilkan dengan emulsi minyak, telur kuning dan cuka/jus lemon. Ia boleh diperasakan dengan rempah-ratus dan herba.
Sebenarnya amat mudah untuk kita buat mayonnaise sendiri di rumah. Anda hanya perlukan:
Bahan:
2 biji telur kuning
1 sudu besar dijon mustard
2 sudu besar cuka
sedikit garam
500ml minyak masak
Cara penyediaan:
Asingkan kuning telur daripada putih telur.
Tambah dijon mustard untuk beri rasa dan warna.
Kemudian, pukul campuran itu sambil memasukkan minyak secara berperingkat.
Pastikan minyak tidak diletakkan terlalu banyak dalam satu masa kerana ia akan merosakkan struktur tekstur mayonnaise.
Tambah sedikit garam dan cuka. Kacau lagi.
Kacau sehingga tekstur mayonnaise konsisten dan semuanya bergabung bersama.
Jika guna alat food mixer, proses ini boleh disegerakan dan jimat lebih banyak masa.
Selepas ini anda boleh mencuba buat mayonnaise di rumah dan dapat jimatkan lebih wang sambil berpuas hati mencipta mayonnaise sendiri.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment