Hadis yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad :
Tatkala Allah Ta'ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu
Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya,
ternyata bumipun terdiam. Para malaikat kehairanan akan penciptaan
gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu
dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung ?"
Allah menjawab, " Ada , iaitu besi" (kita mafhum bahawa gunung batupun
boleh menjadi rata ketika dikorek/bore dan diratakan oleh buldozer atau
sejenisnya yang dibuat dari besi),
Para malaikat bertanya lagi "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi ?"
Allah yang Maha Suci menjawab, " Ada , iaitu api" (besi walau sekeras
manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api),
Para malaikat kembali bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api ?"
Allah yang Maha Agung menjawab, " Ada , iaitu air" (api membara sedahsyat apapun niscaya akan padam jika disiram air),
Para malaikatpun bertanya kembali "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?"
Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, " Ada , iaitu angin"
(air disamudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung
dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana
kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat),
Akhirnya para malaikatpun bertanya lagi "Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua ?"
Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, " Ada ,
iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya
sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya".
Ertinya, yang
paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang
yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah
yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlastanpa ada unsur
menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain.
Berkaitan
dengan ikhlas ini, Rasulullah SAW mengingatkan dalam pidatonya ketika
beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah : "Wahai segenap
manusia ! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat, dan seseorang
akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya".
Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan
niat yang ikhlas hanya kerana Allah semata, tanpa berasa ingin dipuji,
dianggap dermawan, dihormati, dll yang dapat menjadikan sedekah kita
menjadi sia-sia.
GANJARAN BERSEDEKAH
Rasulullah
Shollallahu Alaihi Wa Sallam menganjurkan kepada kita umatnya untuk
memperbanyak sedekah, hal itu dimaksudkan agar rezeki yang Allah berikan
kepada kita menjadi bertambah berkah. Allah memberikan jaminan
kemudahan bagi orang yang bersedekah, ganjaran yang berlipatganda (700
kali) dan sebagai ganti, sebagaimana firman-Nya dan sabda RasuluAllah
SAW.:
Allah Ta'ala berfirman, "Adapun orang yang memberikan
(hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala
yang terbaik (syurga) maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang
mudah".{Qs. Al Lail (92) : 5-8}
Allah Ta'ala berfirman,
"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan
hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang
menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah
melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha
luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui".{Qs. Al Baqarah (2) : 261}
Rasulullah SAW bersabda,"Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada
dua malaikat menyeru kepada manusia dibumi. Yang satu menyeru, "Ya
Tuhan, karuniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya
kepada Allah". Yang satu lagi menyeru "musnahkanlah orang yang menahan
hartanya".
TOLAK BALA DENGAN SEDEKAH
Orang-orang yang
beriman sangat sedar dengan kekuatan sedekah untuk menolak bala,
kesulitan dan berbagai macam penyakit, sebagaimana sabda Rasulullah SAW.
:
"Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah mendahului sedekah".
"Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah "Ubatilah penyakitmu dengan sedekah".
Banyak dari kita yang sudah mengetahui dan memahami perihal anjuran
bersedekah ini, namun persoalannya seringkali kita teramat susah untuk
melakukannya kerana kekhuatiran bahawa kita salah memberi, sebagai
contoh kadang kala kita enggan memberi sedekah kepada pengemis yang kita
temui ditepi jalan dengan anggapan bahawa mereka (pengemis/peminta tsb)
menjadikan meminta-minta sebagai pekerjaannya, malas, dll. Padahal
sesungguhnya prasangka kita yang demikian adalah bisikan-bisikan syaitan
laknatullah yang tidak rela melihat kita berbuat baik (bersedekah) ,
sebaiknya mulai saat ini hendaknya kita hilangkan prasangka-prasangka
yang demikian kerana seharusnya sedekah itu kita niatkan sebagai bukti
keimanan kita atas perintah Allah dan rasul-Nya yang menganjurkan
umatnya untuk selalu bersedekah.
Masalah mungkin timbul apabila
ternyata kemudiannya bahawa sedekah yang kita beri kepada
pengemis/peminta tadi tidak tepat sasaran, bukan lagi urusan kita,
kerana sedekah hakikatnya adalah ladang amal bagi hamba-hamba Allah yang
bertakwa. Pengemis/peminta/ fakir miskin lainnya adalah ladang amal
bagi orang yang berkemampuan, dapat kita bayangkan andaikata tidak ada
lagi orang-orang tersebut, kepada siapa lagi kita dapat beramal
(bersedekah) ???
Walaubagaimanapun dalam dunia yang semakin
gawat dan gayat ini pemberian sedekah atau kalau kita termasuk orang
yang tidak suka memberi sedekah (kepada pengemis/peminta/fakir miskin)
dengan berbagai alasan dan pertimbangan maka biasakanlah bersedekah
dengan menyiapkan sejumlah wang sebelum sholat Jum'at dan memasukkan ke
kotak-kotak sumbangan yang tersedia dan biasakan dengan memberi sejumlah
minima setiap Jum'at, misalnya Jum'at ini kita menyumbang RM5 kekotak
amal tersebut maka sebaiknya Jum'at berikutnya harus dengan jumlah yang
sama, syukur jika boleh diberi lebih dan yang terpentingnya harus
diiringi dengan keikhlasan.
Sedekah anda, walaupun kecil
tetapi amat berharga di sis i Allah Azza Wa Jalla. Orang yang bakhil dan
kikir dengan tidak menyedekahkan sebahagian hartanya akan rugi didunia
dan akhirat kerana tidak mendapat keberkatan. Jadi, sebenarnya orang
yang bersedekah adalah untuk kepentingan dirinya. Sebab menginfakkan
(belanjakan) harta akan memperoleh berkah dan sebaliknya menahannya
adalah celaka. tidak menghairankan jika orang yang bersedekah
diibaratkan orang yang melabur (invest) dan menabung di sis i Allah
dengan jalan meminjamkan pemberiannya kepada Allah. Balasan yang akan
diperolehnya berlipatganda. Mereka tidak akan rugi meskipun pada awalnya
mereka kehilangan
SEDEKAH YANG PAHALANYA TERUS MENGALIR
Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda :
"Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus, kecuali
tiga hal : amal jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak sha lih yang
mendo'akannya"(HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad).
Jadilah dari
"sejuta artikel" dengan meneruskan artikelini kepada saudara-saudara
kita sesama muslim yang barangkali belum mengetahuinya, sehingga kita
tidak dilaknat Allah dan seluruh mahluk kerana tidak menyampaikan
(menyembunyikan) apa yang telah kita ketahui, sebagaimana dinyatakan
dalam Al-Quran surah Al-Baqarah Ayat 159 :
"Sesungguhnya
orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkandari
keterangan-keterang an dan petunjuk hidayah, sesudah Kami terangkannya
kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan
dilaknat oleh sekalian makhluk".
Dari Abdullah bin 'Amru ra, Rasulullah S.A.W bersabda:"Sampaikanlah pesanku walaupun hanya satu ayat".
Semoga Allah Ta'ala membalas 'amal Ibadah kita.
LAGI KELEBIHAN BERSEDEKAH
“Orang yang membantu perempuan janda dan orang miskin samalah seperti
berjihad di jalan Allah dan seperti bersolat malam tanpa letih dan
seperti berpuasa siang hari tanpa berbuka” (Riwayat Bukhari)
Dari Abdullah Ibnu Mas’ud r.a Rasulullah s.a.w. bersabda :
“Baragsiapa yang bertakziah kepada orang yang tertimpa musibah, maka ia
mendapat pahala seperti yang diperolehinya“ (Riwayat Tarmizi, Ibnu
Majah & Hakim)
“Si pemurah yang jahil lebih Allah cintai daripada ahli ibadah yang bakhil.” (Riwayat Al-Khatib)
Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Sedekah tidak mengurangkan harta. Allah tidak melebihkan seseorang
hamba dengan kemaafan-Nya melainkan kemuliaan dan tidak merendahkan diri
seseorang melainkan Allah mengangkatnya.” (Riwayat Muslim, ad-Darimi
dan Ahmad)
SEDEKAHLAH BENDA YANG KITA SAYANGI
Dalam amalan
bersedekah, kita perlu melakukannya dengan ikhlas kerana Allah, bukan
disebabkan balasan nama atau sekadar bersedekah saja. Agar sedekah tidak
menjadi sia-sia, Islam mengajarkan umatnya menyumbang dan bersedekah
menepati erti ‘sedekah’ iaitu Sedekahlah dengan barang yang disenangi
penerima. Allah melarang bersedekah dengan benda yang tidak baik kerana
bersedekah adalah ibadat dan tanda mensyukuri nikmat Allah.
Firman Allah yang maksudnya :
“Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah pada jalan Allah sebahagian
daripada hasil usaha kamu yang baik dan sebahagian daripada apa yang
Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganla kamu sengaja memilih
yang buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian
zakat, padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk
itu kalau diberikan kepada kamu, kecuali dengan memejamkan mata padanya.
Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa terpuji.”
(al-Baqarah: 267)
Sesuatu yang disedekahkan ialah yang halal,
bukan haram atau subahat. Sunat bagi pemberi sedekah atau penderma
bersedekah dan menderma daripada benda yang disukai dan disayangi, tidak
kira sama sedikit atau banyak sebagaimana firman Allah SWT yang
maksudnya:
“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan
kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa
yang kamu sayangi. Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya
Allah Maha Mengetahuinya.” (Ali-Imran:92)
Bersedekah dengan
disertai keikhlasan, bukan mengungkit, merungut, membidas dan menyakiti
hati orang yang menerima sedekah kerana perbuatan ini haram dan
merosakkan amalan bersedekah. Sedekah yang diberikan secara sembunyi
lebih afdhal, ibarat tangan kanan yang memberi, tangan kiri tidak
mengetahuinya.
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang maksudnya:
Mana-mana orang mukmin yang memberi makanan kepada seorang mukmin yang
lain kerana kelaparan, maka Allah akan memberi makanan kepadanya pada
Hari Kiamat daripada buah-buahan Syurga.
Dan mana-mana orang
mukmin yang memberi minuman kepada seorang mukmin yang lain kerana
kehausan, maka Allah akan memberi minuman kepadanya pada Hari Kiamat
daripada tamar Syurga yang termetri bekasnya.
Dan mana-mana
orang mukmin yang memberi pakaian kepada seorang mukmin yang lain kerana
tidak berpakaian, maka Allah akan memberi pakaian kepadanya daripada
pakaian Syurga yang berwarna hijau. (Riwayat Tirmizi dan Abu Daud).
Perumpamaan org yg menginfakkan hartanya di jln Allah sperti sebutir
biji yg menumbuhkan 7 tangkai,pada setiap tangkai ada 100 biji.Allah
melipatgandakan bgi siapa yg Dia kehendaki & Allah Maha Luas, Maha
Mengetahui. Surah Al-Baqarah, ayat: 261.
Waullahu ‘Alam
No comments:
Post a Comment