Terdapat beberapa kelebihan Surah Yusuf & Yunus dalam al-Quran. Antaranya :
Percepatkan jodoh
Bagi yang belum mendirikan rumahtangga tetapi berhajat untuk berkahwin, anda boleh mengamalkan 3 doa untuk cepat bertemu jodoh buat dijadikan pasangan hidup anda kelak.Sememangnya doa adalah usaha yang terbaik kerana dengan berdoa,anda meminta kepada Pencipta agar memperkenankan setiap hajat anda.
يهِ يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ - 12:4
إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ - 12:4
إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ
"Tatkala Nabi Yusuf berkata kepada bapanya.Wahai ayahku!Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan dan melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku." - Surah Yusuf ayat 4Caranya:
Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/isteri/suami,bacalah kedua ayat ini.Untuk dapatkan kesan yang baik,hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya,Tidak perlu membaca dengan kuat,memadailah dengan hanya membaca di dalam hati.Selain itu agar dikasihi masyarakat,bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.
Kaukaba 3x @ li sajidin 3x - ikut mana sesuai
*Penting!Anda dilarang sama sekali menggunakan ayat ini dengan tujuan yang tidak baik
Elok dibaca ketika mengandung
Surah Yusuf banyak kelebihannya, antaranya dipermudahkan proses bersalin jika istiqomah mengamalkan surah Yusuf ketika tempoh mengandung. Walaubagaimana pun jika ada halangan untuk membaca Surah Yusuf atas sebab tertentu, memadai mendengari bacaan Surah Yusuf oleh suami ataupun dari rakaman CD atau kaset.
orang akan hormat dengan diri kita dan tidak akan marah tanpa sebab yang munasabah.
فَلَمَّا أَلْقَوْا قَالَ مُوسَىٰ مَا جِئْتُم بِهِ السِّحْرُ ۖ إِنَّ اللَّهَ سَيُبْطِلُهُ ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يُصْلِحُ عَمَلَ الْمُفْسِدِينَ
"Setelah mereka campakkan (benda-benda itu),Nabi Musa berkata,Apa yang kamu datangkan itu,itulah sihir sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya(dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku) Sesunggunya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan." Surah Yunus ayat 81
Adakalanya tanpa kita sedari,sebenarnya ada manusia yang mempunyai perasaan dengki terhadap diri kita.Walaupun dihadapan kita sikapnya adalah terbaik,tetapi dibelakang,dia cuba 1001 cara untuk menjatuhkan diri kita hanya untuk kepuasan yang sementara.Oleh itu dengan mengamalkan doa dari surah yunus ini,kita berdoa agar dilindungi dari sebarang ilmu sihir kerana yakin dan percaya semua kekuasaan adalah hanya dari Allah S.W.T sahaja.
Moga dipermudahkan segala urusan kita :)
No comments:
Post a Comment