Perbanyakkanlah doa di bawah ini untuk mendapatkan anak:
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
رَبِّ لاَ تَذَرْنِى فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الوَارِثِينَ
(Al-Anbiyaa 089)
Yang bermaksud, "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat), dan Engkau jua sebaik yang mewarisi.
- Hendaklah menjaga adab-adab 'bersama' dengan isteri.
- Memilih waktu yang sesuai. Disunatkan 'bersama' dengan isteri pada malam Jumaat dan hari Jumaat.
Disebutkan juga dalam kitab Bahru Mazi karangan Muhammad Idris Abdul Rauf al-Marbawi, tegahan 'bersama' dengan isteri pada beberapa waktu kerana takut terkena bencana kepada anak (gila) iaitu pada awal malam daripada mana-mana bulan dan pada akhirnya dan pada lima belas hari bulan kerana anak menjadi suka terkejut.
Perkara ini juga dinyatakan di dalam kitab al-Wasoya karangan Muhyiddin Abi Abdullah al-Hatami al-Ta'ie al-Andalusi (Ibnu Arabi) dengan sabda Nabi saw.
Wahai Ali, janganlah kamu mendatangi ahli kamu (berjimak dengan isteri) pada malam awal bulan (takwim Hijriyah) dan malam pertengahan bulan, ditakuti anak kamu bodoh/jahat. Ali bertanya: "Kenapa wahai Rasulullah?". Baginda menjawab: "Ini kerana kebanyakkan jin mendatangi perempuan mereka (berjimak) pada malam awal bulan dan malam pertengahan bulan (takwim Hijriyah). Sanggupkah kamu melihat orang-orang gila berebut-rebut( mendatangi isteri kamu) pada malam pertengahan bulan dan malam awal bulan?.
No comments:
Post a Comment