بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْـئَلُكَ بِنُورِ الأَنْوَارِ الَّذِي هُوَ عَيْـنُكَ لاَ غَيْرُكَ أَنْ تُرِيَنِي وَجْهَ نَبِيِّـكَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَمَا هُوَ عِنْدَكَ آمِين.
Kaifiyatnya:
1. Dibaca 3 malam berturut-turut, tiap-tiap malam sebanyak 100 kali iaitu selepas Isya', atau
2. Dibaca surah al-Ikhlas 17 kali dan dibaca doa di atas sekali sebelum tidur.
والله أعلم
Dipetik dalam kitab Aurad al-Tarikah al-Ahmadiah, karangan Syeikh Ahmad bin Mohd Said.
Antara amalan untuk bertemu Rasulullah SAW
1. Surah al-Qadr
Dibaca ketika terbit dan terbenam matahari sebanyak 21 kali.
2. Surah al-Kauthar
Dibaca pada malam hari sebanyak 1000 kali. Telah berkata Syeikh Hassan Mahmud Syaddad Baomar, ia terbukti mujarab, Insya Allah.
3. Surah Muzammil
Dibaca sebanyak 41 kali.
4. Surah al-Qadr
Dalam kitab Khazinatul Asrar ada menyatakan sebahagian ulama' berkata, siapa yang membaca surah al-Qadr sebanyak 1000 kali pada malam Jumaat maka dia tidak akan mati sehingga bertemu Rasulullah SAW.
5. Surah al-Ikhlas
Saidina Abdullah bin Abbas menyatakan, siapa yang membaca surah al-Ikhlas pada waktu malam sebanyak 1000 kali maka ia akan dapat melihat Nabi dalam tidurnya.
Dipetik dalam Majalah al-Tariq, bil 5, keluaran Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.
No comments:
Post a Comment