Terdapat beratus-ratus ribu spesis cendawan.Kalau tersalah makan boleh bawa maut. Cendawan mempunyai daya sedutan yang kuat. Bisa ular juga mampu disedut. Oleh yang demikian jika tersalah pilih boleh membawa maut.
Terdapat 200 jenis yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Tetapi 6 jenis cendawan yang paling popular dan sinonim dengan organ-organ dalam tubuh kita.
Cendawan bentuk Jantung, Hati, Otak, Kimshen, Merak dan Yuhi. Dari 6 jenis digabungkan menjadi satu.
Orang-orang Cina kata mereka telah mengamalkan sejak 2000 tahun dulu lagi. Iaitu dizaman Maharaja Shi Huang Ti. Harga secupak cendawan diganti dengan seketul emas. Hanya Maharaja sahaja yang boleh makan.
Kita lihat pula dalam Al-Quran sejak 5000 tahun dulu lagi telah diamalkan oleh Bani Israel. Dalam surah Al-Baqarah ayat 57. Umat Nabi Musa telah mendapat makanan dari Syurga iaitu Manna dan Salwa. Kedua jenis makanan dari syurga ini merupakan terbaik yang Allah berikan kepada mereka. Sisa dari Manna yang dimakan jatuh ke bumi dan tumbuhlah cendawan.
Asyik makan dua jenis makanan sahaja, kaum Bani Israel mula jemu dan mengadu Nabi Musa supaya Tuhan turunkan makanan lain. Maka Allah tempelak kaum Bani Israel yang terkenal dengan bangsa yang sombong dan bongkak
Adakah kau inginkan makanan yang lebih rendah mutunya. Inilah makanan yang terbaik yang Ku laBerikan. Kau pegilah kepinggir kota sana. Dan makanlah timun, bawang putih dan lain-lain tumbuhan.
Kesimpulannya Makanan yang terbaik ialah Manna dan Salwa.
Merujuk kepada kitab At-Tibbun Nabawi Manna itu adalah cendawan atau jamur dalam bahasa Indonesia.
“ Al-Kam’ah minal-man “
Cendawan adalah dari ” MANNA “. Anugerah yang diturunkan Allah S.W.T di zaman Nabi Musa a.s yang merupakan satu jenis unsur makanan yang punya khasiat yang baik dan tinggi. ( Hadith riwayat Bukhari & Muslim. )
Dalam kitab Zadul Mi’ad.
” Al-Kam’ah minal-man ‘allazi ‘anzal lahu Allahu ‘ala Bani Israel”.
” Cendawan sebagai anugerah yang telah diturunkan olah Allah S.W.T kepada Bani Israel ” ( Umat Nabi Musa a.s. )
Firman Allah S.W.T dalam Surah Araf ayat 160:-
” Dan kami membahagikan mereka ( Bani Israel menjadi 12 suku, sebagai golongan-golongan besar dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa a.s. ketika kaumnya meminta air kepadanya. Pukullah batu itu dengan tongkatmu. Maka terpancarlah daripadanya 12 mata air. Tiap-tiap gologan ( diantara mereka ) mengetahui tempat masing-masing dan Kami naungi mereka dengan awan dan kami turunkan mereka ” MANNA ” dan ” SALWA “. Lalu kami berfirman ) Makanlah dari benda yang baik-baik yang kami telah kurniakan kepada kamu dan tidaklah mereka menganiayai kami ( dengan kekufuran mereka ), tetapi mereka adalah menganiayai diri mereka sendiri ”
Firman Allah S.W.T. dalam Surah Taha ayat 80 :-
” Wahai Bani Israil. Sesungguhnya Kami telah selamatkan kamu dari musuh kamu dan Kami telah janjikan kamu ( dengan memberi wahyu kepada Nabi Musa ) disebelah kanan Gunung Tursina itu dan kami turunkan kepada kamu ” MANNA ” dan ” SALWA”.
So kalau kita renung-renungkan, kita dapati orang Yahudi jadi geliga otaknya kerana mereka dapat makan makanan anugerah dari Syurga.
Kajian demi kajian telah dibuat. Paling banyak buat kajian dan klinikal test ialah orang-orang Jepun. Di Malaysia sendiri terdapat seorang doktor Clarence yang mempunyai sebuah klinik duahi Mantin. Bapa beliau telah disahkan sebagai pesakit kanser kronik. Sebagai seorang doktor adalah amat mengecewakan jika gagal membantu ayahnya. Berpuluh-puluh ribu telah dibelanjakan ayahnya untuk menjadi seorang doktor. Setelah menjadi doktor kini bapanya terpaksa membelanjakan berpuluh-puluh ribu ringgit lagi untuk merawat penyakit kanser.
Beliau perubatan moden tidak dapat membantu menyembuhkan penyakit ayahnya. Beliau juga tahu bahawa herba boleh membantu merawat penyakit kanser. Tetapi beliau tidak tahu herba yang mana satu? Beliau telah membuat kajian demi kajian. Dari 365 herba yang diujikaji ternyatalah cendawan merupakan herba yang terbaik. Sehingga diberi gelaran ” KING OF HERB atau RAJA HERBA YANG AJAIB “ Kini sudah hampir 10 tahun berlalu. Ayahnya yang ada harapan 1 tahun untuk hidup, ternyata kini sudah menjangkau 10 tahun ayahnya hidup sihat wal’afiat.
No comments:
Post a Comment