12 April 2022

16 October 2012

Resipi Nasi Mandy

Nasi mandy adalah makanan utama di Yeman. Nasi Mandy adalah yang terbaik, cara penyediaannya yang agak ringkas berbanding penyediaan memasak nasi Braini Dampur yang berasal dari Laknow di India. Biasanya Nasi Mandy di hidang dengan Ayam Panggang berempah dan salad tomato dengan timun. Cara penyediaan bahan masakan sama seperti Nasi Minyak minyak tapi perbezaanya nasi ianya mengunkan teknik menumis dan Nasi Mandy pula bahan-bahan rempah ratus di gaul dengan beras basmahti kemudian barulah di masukan air rebusan daging atau air panas biasa.

RESEPI : NASI MANDY
PENYEDIAAN: 4 ORANG
MASA: 30 MINIT
BAHAN:

4 cawan Beras Basmahthi Panjang- di basuh berasingan
4 cawan Air/ air rebusan daging
1/2 Cawan Minyak Sapi ( Ghee) atau Minyak Jagung
1 sdm Serbuk jintan Manis
1 sdm Serbuk Jintan Putih
1 sdm Serbuk Ketumbar
1/2 sdk serbuk kunyit
1 inci kulit kayu manis
4 biji Buah pelaga
3 ktm Bunga Lawang
3 ktm Bunga cengkih
2 sdm Gula
1 sdm Garam
1 sdm Serbuk perasa Ayam

Cara:
1. Masukan semua bahan-bahan kecuali air kedalam periuk nasi, kemudian kacau hingga rata.
2. Tuang Air kedalam periuk. kemudian tanak nasi seperti biasa.

TIP: UNTUK MENAMBAHKAN AROMA PADA NASI BOLEH MASUKAN IKATAN DAUN PANDAN,HIRISAN HALIA,HIRISAN BAWANG MERAH DAN BAWANG PUTIH.

NASI MANDY INI BOLEH DI HIDANG DENGAN AYAM PANGGANG ATAU KAMBING PANGGANG BEREMPAH DAN TOMATO SALSA.

No comments: