Kambing direbus
1KG BERAS (3 pot susu), 30 gm/1 sdb Rempah Masala, 500 ml air stok, 500 ml air biasa, 40 gm minyak sapi.
Bahan A
Air stok kambing, tomato cincang/potong dadu, daun pandan, daun bay, daun pudina, garam, gula batu 2 ketul (nak kilatkan nasi). Masukkan semua bahan dalam periuk bersama air stok dan masak sehingga mendidih.
Bahan B
Tumis rempah 4 sekawan di dalam minyak sapi yang telah dipanaskan. Kemudian masukkan halia yang dipotong spt batang mancis, bawang putih mayang, masukkan sedikit air stok, dan rempah masala. Bila mendidih tambahkan gula.
Masukkan Bahan B dalam Bahan A (didalam periuk). Bila mendidih masukkan beras. Masak nasi separuh masak dan pindahkan ke rice cooker.
Bila nasi masak, masukkan daging kambing, badam/kismis dan gaul. Tabor bawang goreng/daun ketumbar/daun pudina.
No comments:
Post a Comment