12 April 2022

06 July 2012

Tiada jalan pintas

Apakah kamu menyangka kamu bahawa dengan beroleh sedikit ilmu tentang Ruh , kamu telah dapat sampai ke makam yg dicapai oleh Para-para aulia' . Jangan kamu panjangkan angan-angan kamu. Cukuplah setakat ini dan sebelum ini kamu berkhayal dan berangan-angan tinggi . Tingkah lakumu tak ubah seperti mat jenin di abad ke 21.

Hentikan angan-angan tinggi kamu itu , mulakan latian mujahaddah kamu. Tundukkan hawa nafsu kamu yang selama ini menjadi tuhanmu.

 

Kamu tidak akan dapat sampai melainkan kamu melaui proses-proses ini :

1. Menuntut ILMU

2. FAHAMAN yang Benar

3. AMAL yang bersungguh-sungguh

4. mendapat RASA dgn anugerah Allah.

5. Beroleh SAMPAI perjalanan kamu.

 

Kalau tak lengkap yang 5 tu sia2 saja sbb manusia tu terhijab disebabkan :

 

1. Malas beramal - Kata Abu Zar, " Barangsiapa ada baginya 'kasal' (malas) maka tiada diperolehi kebahagian di dunia & akhirat.

2. Lemah beribadat kerana bimbangkan urusan dunianya.

3. Jemu dan merasa puas dengan ibadat yg ada kerana buat berulang2 padahal belum terhasil RASA dan makrifat.

4. Terhenti beramal bila dibukakan kasyaf , lalai melihat perhiasan dan keelokan ibadat sehingga lupa pada Allah.

 

Puncanya ialah kurang iman, lemah keyakinan, buta mata hati, menurut hawa nafsu.

Kalau ada siapa 2 kata senang nak tunduk nafsu , itulah pendusta yg besar dan pembid'aah yg zindik.

No comments: