Soalan
Seorang kenalan saya menghidapi prostate cancer ,beliau berumur 70 tahun, dan aritu blood test menunjukan PSA more than 800, so..saya ingin bertanya adakah keadaan ini amat berbahaya kepada patient tersebut?..apakah implikasi yg bleh berlaku?..apakah treatment terbaik?.. apakah prevention yg bleh diamalkan bagi mengelakkan prostate cancer ni dari berlaku?..dan apakah penyebab utama berlakunya prostate cancer?
Jawapan
Waalaikumussalam
Terima Kasih kepada saudara yang bertanya. Prostate Cancer (Carcinoma) selalu berlaku sekiranya anda lelaki dan berumur lebih 65 tahun. Penyakit ini penyakit lelaki. Malah lelaki yang berumur lebih 50 tahun perlu dikaji tahap PSA (ujian makmal) dan membuat digital rectal examination (check melalui lubang dubur) sekali setahun lebih-lebih lagi sekiranya ada abang atau ayah yang menghidap prostate cancer.
Kanser ini agak selalu terjadi di masyarakat Mesir namun kurang di Malaysia dan negara Asia amnya. Bahkan bekas tuan rumah saya yang lama juga meninggal disebabkan penyakit ini. Beliau didiagnose Prostate Cancer pada tahap kritikal (stage 4) di saat tidak mampu diselamatkan sedangkan beliau sendiri adalah consultant (Doktor pakar penasihat) di Hospital Universiti Kaherah.
Berbalik kepada soalan:
*PSA 800, adakah berbahaya kepada pesakit tersebut?
(PSA = Prostate Specific Antigen)
Saya tak tahu unit apa yang digunakan di hospital tersebut ataupun maklumat yang diberi tidak tepat. Normal PSA adalah 0 hingga 4 nmol/l (nano mol per litre) atau 0 hingga 4 ng/ml (nano gram per mililitre). Itu yang standard.
Sekiranya lebih daripada 4 nmol/l, patient ini perlu lebih kajian seperti pemeriksaan lubang dubur dan biopsy untuk mendapatkan diagnosis yang sebenar-benarnya.
Lebih daripada 20 nmol/l selalunya berlaku apabila prostate cancer telah merebak ke tahap yang sangat berbahaya (disseminated disease).
800? Itu dah 3 digit. Maka saudara/saudari perlu rujuk kembali hospital untuk mendapat kepastian. Tidak salah bertanya.
*Apakah implikasi yang boleh berlaku ?
Pesakit ini selalunya akan mengalami masalah kencing seperti
1. Susah nak kencing
2. Kencing yang meleleh (incontinence)
3. Kencing berdarah (hematuria0
4. Sakit ketika kencing (dysuria)
Apabila kanser ini telah merebak ke organ yang lain seperti tulang, saraf atau lymph nodes, pesakit boleh mengalami :
Sakit tulang belakang, sakit kaki, kedua belah kaki sembap dan membesar (oedema), tulang patah (spontaneous fracture) atau pun lumpuh kedua-dua belah kaki (paraplegia)
Kanser pada tahap kritikal , seperti kanser-kanser yang lain, boleh membawa kepada kematian.
*Apakah rawatan terbaik??
Saya mudahkan seperti berikut
Rujuk doctor anda untuk mengetahui stage secara terperinci.
Jika stage 1a atau stage1b
Jika umur lebih 70 tahun seperti umur pak cik ini , tidak perlu pembedahan. Hanya prosedur untuk menghilangkan sakit dan memudahkan kencing lebih layak dilakukan.
Jika umur kurang daripada 70 tahun, pembedahan yang dinamakan Radical prostatectomy. Buang segala organ yang terlibat. Pembedahan ini boleh menyelamatkan nyawa. Perlu dikendalikan oleh doctor pakar yang berpengalaman sahaja. 5 % daripada kesemua pesakit mengalami kesan sampingan kencing meleleh dan 30 % mengalami kegagalan alat kelamin untuk berfungsi sebagai organ seks. Pembedahan ini menyelamatkan nyawa maka tak perlu risau kesan sampingan tersebut, nyawa lagi penting bukan?
Kadang-kala pesakit lebih memilih untuk tidak melakukan pembedahan setelah dimaklumkan berkenaan kesan sampingan dan prosedur pembedahan yang menakutkan mana-mana orang tua. BUKAN kadang-kala to be honest, hampir semua! Mereka lebih rela menunggu saat mereka tiba.
Prognosis: pesakit yang menjalani pembedahan boleh sembuh sepenuhnya (cure rate 98%). Pesakit yang tidak menjalani pembedahan selalunya meninggal disebabkan penyakit lain.
Jika stage 1c dan stage 2 .
Jika umur kurang daripada 70 tahun dan tiada sakit yang memudaratkan. Mereka perlu menjalani pembedahan radical prostatectomy seperti yang dinyatakan atau radical radiotherapy plus brachytherapy.Sinaran radiotherapy digunakan untuk membunuh sel kanser. Brachytherapy pula kita gunakan seeds yang mengeluarkan sinaran radiasi. Seeds ini diletakkan dalam organ tersebut dan membunuh sel-sel kanser tersebut. Pesakit yang mengalami masalah kencing perlukan Transurethral resection Presedure (TURP). Hormone therapy kadang-kadang diberikan, dan kadang-kadang tidak.
Peluang hidup dalam masa 10 tahun 50%. Selalunya pesakit memerlukan rawatan lagi sekali selepas 5 tahun.
Sekiranya stage 3 da 4
Pesakit perlukan TURP dan hormonal therapy. Pembedahan tidak diperlukan kerana tiada membawa apa-apa faedah. Kanser sudah membesar. Hormonal therapy ada macam-macam pilihan seperti
1. Pembedahan membuang testis sama ada prosedur Orchidectomy atau Orchiectomy.(budak medic kena tahu difference of both). Kesan sampingan: tiada nafsu seks dan kegagalan zakar berfungsi. Pembedahan perlu disertai pengambilan antiandrogen (Nutilamide)
2. Kami bagi Zoladex atau ubat yang sespesies dengannya. Sama aje side effectnya. Ubatnya sangat mahal. Perlu juga disertai Nutilamide tadi.
3. Estrogen seperti stillbestrol atau ethinyl estradiol. Pastikan tak ada penyakit Deep Venous Thrombosis (DVT)
Standardnya pesakit lelaki kurang 70 tahun perlukan TURP, hormonal therapy dan radiotherapy. Peluang hidup dalam masa 10 tahun 50 %.
Sekiranya dah merebak ke organ lain
(metastasis)
Lelaki yang kurang 70 tahun dan sihat perlu chemotherapy. Yang lain hanya perlukan TURP dan hormonal therapy di samping rawatan organ lain yang telah menjadi mangsa.
Peluang hidup dalam 10 tahun 10 %.
***Ada klasifikasi lain untuk memandu para doctor membuat rawatan. Rujuk pakar. Mereka lebih mengetahui. Segala peluang hidup yang dinyatakan adalah kajian saintifik yang menyeluruh. Mungkin tepat dan mungkin tidak. Kuasa mengambil nyawa hanya Allah Taala.
*Bagaimana nak elakkan prostate cancer?
Buat blood screening untuk PSA setiap tahun lebih-lebih lagi setelah berumur 50 tahun. Penyakit ini penyakit lelaki. Perempuan tiada prostate.
*Penyebab utama Prostate Cancer?
Unknown causes. Seperti kanser-kanser yang lain. Belum ada sebab yang spesifik untuk prostate cancer.
Sekian, Terima kasih.
No comments:
Post a Comment