12 April 2022

26 January 2012

Belajar Arab Dengan Mudah

Fi’il terbahagi kepada 4 iaitu 
i) Fi’il Madhi – Kata koje yg Sudah berlaku 
ii) Fi’il Mudhori’ – Kata koje yg Sedang dan Akan berlaku 
iii) Fi’il Amri – Kata koje Suruh 
iv) Fi’il Nahi – Kata koje Larang 


i) Fi’il Madhi -> perkataan itu akan menjadi makne telah di (fi’il) oleh (dhomir). Cth:- 
- an’ama = telah di beri nikmat oleh ia 
- an’amtu = telah di beri nikmat oleh aku 
- an’amnã = telah di beri nikmat oleh kami 

Lazimnya, tanda maklum adalah berbaris atas

 

ii) Fi’il Mudhori’ -> perkataan itu akan menjadi makne (dhomir) sedang/akan(kekadang tak sebut pun) (fi’il). Cth:- 

- yan’imu = ia sedang/akan memberi nikmat 
- an’imu = aku sedang/akan memberi nikmat 
- nan’imu = kami sedang/akan memberi nikmat 
- tan’imu = engkau sedang/akan memberi nikmat 

Lazimnya, tanda maklum adalah dgn adanya alif(aku), nun(kami), ya(ia), ta(engkau) atau ustaz kata ANAYTU …didepan perkataan 

 

Fi’il Amri -> perkataan itu akan menjadi makne (fi’il) lah oleh dhomir. Cth:- 

- an’im = beri nikmat lah oleh engkau 
- an’imã = beri nikmat lah oleh kamu berdua 
- an’imù = beri nikmat lah oleh kamu semua

 

Fi’il Nahi -> perkataan itu akan menjadi makne jangan (dhomir) fi’il. Cth:- 

- la tan’im = jangan kamu beri nikmat 
- la tan’imã = jangan kamu berdua beri nikmat 
- la tan’imù = jangan kamu semua 

Formula 1: Huruf Jãr - bi 
--------------------------- 

1) Apabila bi berganding mim kemudian diikuti fi’il = bimã + fi’il = dengan sebab + fi’il. 

Cth :- Al Baqarah : 10 
bimã kãnù = dengan sebab telah jadilah mereka(telah adalah mereka) 



2) Apabila selepas bi diikuti isim = akan + isim 

Cth:- Al Baqarah : 20 
bisam’ihim = akan pendengaran mereka 
(yang ni pon…kekadang Taiko leh terbabas gak.. .Taiko selalu terbuat dengan pendengaran mereka ) 



3) Apabila setelah bi diikuti isim faél = takde apa² maksud = 0 

Cth :- Al Baqarah : 8 
bimu’minìna = org² yg beriman -> BUKANNYA “dengan org² beriman”. 



4) Apabila sesudah fi’il ada bi = makna fi’il akan berlawanan -> cuba lihat perbezaan kedua²nya 

Cth 1a:- Al Baqarah :102 
Isytarãhu = telah membeli ia akannya 

Cth 1b:- Al Baqarah:102 
syarau bihì = telah menjual dengannya 

Cth 2a:- Al Baqarah: 17 -> zahaba = telah pergi ia 
zahaballãhu binùrihim = telah menghilangkan ia akan cahaya mereka

 

Formula 2: Huruf Jãr – ‘an 
-------------------------- 


1) Apabila sesudah fi’il ada ‘an= makna fi’il akan berlawanan -> cuba lihat perbezaannya 

Cth :- Al Baqarah : 130 -> raghiba = telah cinta/suka ia 
yarghabu ‘an = ia membenci dari

 

Formula 3: Huruf Jãr - wa 
------------------------- 

1) Apabila wa bertemu domier = walhal + domier 

Cth 1 :- Al Baqarah : 22 
wa añtum = walhal kamu 

Cth 2 :- Al Baqarah : 85 
wa huwa = walhal dia 

Cth 3 :- Al Baqarah : 138 
wa nahnu = walhal kami

 

 

 

Formula 4: Huruf Jãr – ‘ala 
------------------------ 

1) Apabila sesudah fi’il ada ‘ala = makna fi’il akan berlawanan -> cuba lihat perbezaannya 

Cth :- Al Baqarah : 37 -> tãba = telah bertaubat ia 
fatãba ‘alaihi = maka telah menerima taubat Ia atasnya

 

Formula 5: Huruf Jãr – ila 
-------------------------- 

1) Apabila sesudah fi’il ada ila 

Cth :- tãba ila = telah bertaubat ia kepada

 

Formula 6: man = orang yang / barangsiapa 
------------------------------------- 


1) Apabila di awal ayat, sesudah perkataan man ada huruf jãr min = tidak ada siapa … 


Cth 1 :- 
wa man ahsanu minallãhi = dan tidak ada siapa yg lebih baik drp Allah 

Cth 2 :- Al Baqarah : 114 
wa man adzlamu mimman = dan tidak ada siapa yg lebih zalim drp org yg 

 

Formula 7: mã = apa yang ATAU barang yang ATAU tidak/tiada : 
------------------------------------------------------- 

Cth 1 :- Al Baqarah : 85 
wamallãhu bighãfilin = dan tidak/tiada Allah dengan lalai 


Cth 2 :- Al Baqarah : 99 
wamã yakfuru = dan tidak/tiada ia kufur 


Cth 3 :- Al Baqarah : 57 
mã rozaqnãkum = apa yang telah merezekikan Kami akan mereka 


1) Jika sesudah  bertemu lãkin(tetapi) atau illã(kecuali) -> ia akan bermakna tidak/tiada . 


Cth 1 :- Al Baqarah : 9 
wamã yakhda’ùna illã = dan tidak/tiada mereka menipu melainkan/kecuali 

Cth 2 :- Al Baqarah : 57 
wamã dzolamùnã walãkin = dan tidak/tiada telah zalim/aniaya mereka akan Kami dan tetapi 




2) Jika sesudah  bertemu min -> ia akan bermakna apa jua . 

Cth :- Al Baqarah : 106 
mã nañsakh min ãyatin = apa jua yg Kami hapuskan drp satu ayat 



3) Jika sesudah  bertemu li -> ia akan bermakna apa jua . 

Cth :- Al Baqarah : 110 
wamã tuqaddimù li añfusikum = dan apa jua kamu sediakan utk diri² kamu

 

Formula 8: 
------------- 


1) Jika sesudah fi’il ada isim berbaris atas = fi’il + akan isim. 

Cth :- Al Baqarah : 9 
yukhãdi’ùnallãha = mereka menipu akan Allah 



2) Jika sesudah fi’il ada isim berbaris domah = fi’il + oleh isim. 

Cth :- Al Baqarah : 10 
fazãdahumullãhu = maka telah menambah ia akan mereka oleh Allah 

Formula 9: 
------------- 

1) Perbezaan di antara `izã, `iz dan `izan 

i) `izã = apabila 
Cth :- Al Baqarah : 11 
wa `izã qìla = dan apabila telah dikatakan oleh orang akan ia 


ii) `iz = ingatlah ketika 
Cth :- Al Baqarah : 30 
wa `iz qãla = dan ingatlah ketika telah berkata ia 


iii) `izan = bagaimana / jadi

 

Formula 10: 
------------- 

1) Perbezaan di antara inna, anna, an, in dan innamã 

i) inna = sesungguhnya 
Cth :- Al Baqarah : 6 
innal lazìna = sesungguhnya segala yang 

ii) innamã = sesungguhnya hanyasanya 
Cth :- Al Baqarah : 14 
innamã nahnu = sesungguhnya hanyasanya kami 

iii) in = jika 
Cth :- Al Baqarah : 23 
wa iñkuñtum = dan jika telah adalah kamu 


iv) anna = bahawasanya 
Cth :- Al Baqarah : 25 
anna lahum = bahawasanya bagi mereka 


iv) an = bahawa 
Cth :- Al Baqarah : 26 
an + yadhriba = bahawa ia membuat 

Formula 11: a … am = adakah … atau 
--------------------------------------- 

Cth :- Al Baqarah : 6 
a`añzartahum am lam = adakah telah diperingatkan oleh engkau akan mereka atau tidak

 

Formula 12: 
----------- 

1) Perbezaan di antara lamma dan lammã : 

i) lamma = belum 

ii) lammã = manakala 
Cth :- Al Baqarah : 17 
falammã = maka manakala

 

Formula 13: al-lazìna = segala yang 
------------------------ 

1) Apabila al-lazìna berada di awal ayat = iaitu segala yang 

Cth :- Al Baqarah : 3 
al-lazìna = iaitu segala yang 


2) Apabila al-lazìna berada di pertengahan ayat = segala yang 

Cth :- Al Baqarah : 6 
innal lazìna = sesungguhnya segala yang

 

 

Formula 14: al-lazì = yang 
---------------------- 

1) Apabila al-lazì berada di awal ayat = iaitu yang 

Cth :- Al Baqarah : 22 
al-lazì ja’ala = iaitu yang 


2) Apabila al-lazì berada di pertengahan ayat = yang 

Cth :- Al Baqarah : 6 
kamathalillazì = seperti seumpama yang 

Formula 15: Tanda² isim : 
--------------------------- 

1) Ia takde dipengaruhi dgn masa. Kerana dia…adalah dia ..heheheee 

2) Ia bermula dengan alif lam. 

Cth:- Al Baqarah : 2 
al-kitãbu = kitab 


3) Ia mesti ada tanda baris tanwin di akhir perkataan isim itu. 

Cth:- Al Baqarah : 2 
hudan = petunjuk -> adalah dari fi’il huda = tunjuk 



4) Ia mesti ada tanda kasrah(baris bawah) bila didepan isim bertemu dgn huruf jãr 

Cth 1 :- Fatihah : 2 
lillãhi = dengan Allah 

Cth 2 :- Al Baqarah : 3 
bilghaibi = dengan yg ghaib 



5) Ia mesti ada tanda ta marbùtoh( alaa…yg ta simpul tu ) di akhir perkataan isim itu. 

zaujatun = isteri 


6) Ia bersifat saling bersandar. 

Cth :- Al Fatihah : 4 
yaumiddìni = hari pembalasan 


note :- alif lam dan tanwin TIDAK BOLEH dalam satu perkataan.

 

Formula 16: Tanda² fi’il : 
------------------------ 

1) Perkataan dimulai dengan 4 tanda lafaz yg menunjukkan ia Fi’il Mudhori’ iaitu :- 

i) alif = aku / saya 

ii) nun = kami / kita --> Cth:- Al Fatihah : 5 ; na’budu = kami sembah 

iii) ya = dia / mereka 

iv) ta = engkau / kamu 

note :- Keempat² tanda lafaz ini juga disebut ANAYTU bagi memudahkan daya ingatan pelajar² harfiah 


2) Di akhir perkataan ada ta yg bertanda sukun atau dipanggil ta` sãkinah :- 

Cth:- Al Baqarah : 24 
u ‘iddat = telah disediakan ia 


3) Di akhir perkataan ada tanda ta pembuat atau dipanggil ta` fa’il :- 

i) tu = aku / saya 

ii) ta = engkau / kamu (lelaki) --> Cth:- Al Fatihah : 7 ; an ‘amta = telah menikmatkan engkau 

iii) ti = engkau / kamu (pompuan) 



4) Di akhir perkataan ada tanda wau alif :- 

Cth:- Al Baqarah : 24 
taf ‘alù = kamu telah kerjakan 


5) Di hujung perkataan ada tanda wau nun :- 

i) ta … wau nun = kamu … 

Cth:- Al Baqarah : 22 
ta’lamùna = kamu mengetahui 


ii) ya … wau nun = mereka … 

Cth:- Al Baqarah : 22 
yarji‘ùna = mereka kembali 



6) Perkataan dimasuki tanda sin ATAU saufa(sin wau fa) = akan / bakal 

i) Cth:- Al Baqarah : 58 
wasanazìdu = dan akan Kami menambah 


ii) saufa asytarì = akan saya beli 



note lain²:- Tanda maklum fi ‘il ialah :- 
i) tanda lafaz di hadapannya = fathah 
ii) tanda lafaz di akhirnya = dommah 

Formula 17: Tanda² Huruf Jãr : 
---------------------------- 

Apabila lafaz itu berbaris kasrah pada akhir kalimat isim disebabkan oleh lafaz² seperti berikut:- 

i) min = daripada 
ii) ila = kepada 
iii) ‘an = dari 
iv) ‘ala = atas 
v)  = dalam, pada 
vi) bi = dengan 
vii) li = untuk, bagi 
viii) rubba( ro + ba sabdu) = barangkali 
ix) ka = seperti 
x) wa = dan 
xi) ta = demi 
xii) muz(mim + zal) = sejak 
xiii) munzu (mim + nun + zal) = semenjak 


Cth:- 
Tallãhi = demi Allah 
Billãhi = dengan Allah 
Lillãhi = untuk Allah

 

 

No comments: