“hasbunaallaahu wani'mal wakiil” (3:173)
"Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung".
ni'mal mawlaa wani'ma nnashiir (8:40)
"Dia adalah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong"
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
[ HasbunalLlah-u Wani'mal-Wakîl, Ni'mal-Mawlâ Wani'man-Nashîr ]
Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung, Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
[ HasbunalLlah-u Wani'mal-Wakîl, Ni'mal-Mawlâ Wani'man-Nashîr ]
Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung, Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Assallammualaikum..
Saudara/saudari, pembaca budiman yang saya hormati, hari ini saya ingin berkongsi dengan anda satu kalimat yang sangat indah.
Hasbunallah wa ni’mal wakil bermaksud – Cukuplah Allah sebagai pelindung kami dan DIA adalah sebaik-baik pelindung..
Diriwayatkan bahawa ketika Nabi Ibrahim diletakkan di atas tunku api, Jibril bertanya kepada baginda –Apakah engkau memerlukan sesuatu pertolongan dariku?’Nabi Ibrahim lantas menjawab – “Aku tidak memerlukan apa-apa pertolongan darimu.. Aku hanya memerlukan pertolongan dari Allah”.
Baginda kemudiannya menyebut kalimah Hasbunallah wa ni’mal wakil ketika dicampakkan ke dalam api, dan dengan izin Allah, api itu menjadi dingin dan selamatkan Nabi Allah itu dari dibakar.. Subahannallah..
Nabi Muhammad s.a.w. juga diriwayatkan menyerbut2 kalimah Hasbunallah wa ni’mal wakil ketika di dalam perang Badar, sehingga Allah memberikan kememangan kepada baginda.
Rakan-rakan pembaca yang dihormati,
Lihatlah betapa pengasih dan penyayangnya Allah terhadap hamba2nya yang berserah diri dan bertawaqal kepadaNya. Seharusnya, bila kita dalam kesusahan, atau kemurungan, kita kembali pada Allah, berzikir, bersolat sunat, membaca Al-Quran dan bermunajat padanya. Kalimah Hasbunallah wa ni’mal wakil elok kita jadikan sebagai amalan, kerana ia mampu menenangkan jiwa dan menyejukkan hati. Ketenangan hakiki hanya boleh diperolehi dengan mendekatkan diri kepada pencipta kita, Allah s.w.t.
Allah memberikan pertolongan dan ketenangan kepada hamba-hambaNya yang mendekatkan diri kepadaNya. Dari sini terlihatlah bahawa Allah itu Tuhan Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Memberi Pertolongan, Maha Melindungi dan Maha Mengasihi ketika kita sebagai hamba, menyandarkan diri kita kepadaNya. Oleh itu, jika anda mendapat sebarang musibah, masalah, tekanan atau kemurungan, usahlah melakukan perkara-perkara bodoh seperti meminum arak, memakan pil2 khayal, bersosial dan melakukan perkara2 di luar batasan dan meratapi masalah yang menimpa, kerana itu semua tidak dapat mengubat kelukaan hati, ia cuma menambahkan dosa dan kesakitan dalam hati anda. Serahkanlah segala2nya kepada Allah, DIA mengetahui apa yang terbaik untuk anda di dunia dan akhirat. Ubatilah jiwa anda dengan mengucapkan kalimah Hasbunallah wa ni’mal wakil berkali-kali hingga anda rasa tenang dan lapang.. Allah sentiasa bersama-sama orang yang mengingatiNya.. Marilah kita sama-sama mengamalkan kalimah ini setiap waktu dan setiap ketika, tidak kira waktu susah atau senang, moga rahmat dan keredhaan Allah sentiasa bersama-sama kita di dunia & akhirat.. Insya-Allah..
No comments:
Post a Comment