Nama Tempatan : Cekur / Kencur
Nama Saintifik : Kaempferia Galanga
Keterangan
Rizom cekur digunakan sebagai tonik selepas bersalin bagi mengecutkan rahim, bahan untuk jamu bagi senak perut, membuang angin, sakit sendi serta melancarkan haid. Ia juga digunakan untuk melegakan batuk, mengurangkan bengkak dan dibuat bedak untuk merawat jerawat. Daunnya yang muda dimakan sebagai ulam atau dibuat kerabu. Rizomnya juga digunakan sebagai ramuan masakan.
Cara Makan
Ambil 1 atau 2 ulas ubi cekur dan basuh sehingga bersih. Makan mentah beserta secubit beras. Amalkan 1 hingga 2 minggu sebelum tempoh haid.
No comments:
Post a Comment