12 April 2022

07 July 2008

Petua dan Tips Kesihatan

Mengatasi Kulit Kepala Gatal

Bersihkan segengggam daun puding lalu dikisar lumat. Lumurkan ke
seluruh kulit kepala. Bungkus kepala dengan tuala bersih selama satu
jam. Kemudian, bilas rambut dengan air bersih. Lakukan dua kali
seminggu.

Mengubati Cirit-Birit
Bancuh air suam bersama teh tanpa gula. Biarkan rasa pahit atau
kelat sedikit. Bacalah selawat dan minum. InsyaAllah akan
mengurangkan cirit birit.

Hilangkan Kesakitan Cekam Kuku
Ambil sebiji limau nipis atau kasturi dipotong sedikit bahagian
atasnya. Kemudian bakar limau tersebut sehingga bertukar warna
kekuningan. Biarkan limau berkenaan suam-suam kuku. Selepas itu,
cucuk bahagian jari yang mencengkam atau bernanah itu pada bahagian
limau yang telah dipotong tadi. InsyaAllah kuku yang bernanah akan
emngecut dalam tempoh beberapa hari sahaja.

Meredakan Batuk
Petua 1 : Ambil sedikit madu lebah asli dicampurkan dengan perahan
limau nipis. Minum air tersebut dan amalkan sekali atau 2 kali
sehari. InsyaAllah batuk berkurangan.
Petua 2 : Rendamkan gula batu, getah anggur dan kembang semangkuk
selama semalaman di dalam jag berisi air masak. Minum minuman ini
sekerap mungkin.
Petua 3 : Ambil 2 tangkal cili kering dan bakar sehingga hangus.
Campurkan dengan beberapa titis minyak kelapa. Apabila sebati,
sapukan di sekitar kerongkong. InsyaAllah batuk akan hilang dan
sakit kerongkong akan berkurangan.

Merawat Bibir Pecah
Bancuhkan air suam bersama gula merah dan sedikit asam jawa kemudian
diminum beberapa kali.

Merawat Senggugut
Petua 1 : Senggugut memang menyakitkan. Untuk mengatasinya, ambil
sembilan biji pinang tua, dibakar hingga menjadi arang lalu ditumbuk
halus. Campurkan secawan air suam dan minum sembilan hari
berturut-turut dari hari pertama datang haid.
Petua 2 : Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke
dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air
tadi didahulukan dengan selawat. Hasilnya senggugut akan hilang.
Petua 3 : Ubati senggugut dengan minuman air rebusan rumput jarum
emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa
kedatangan haid atau sebelumnya.
Petua 4 : Ambil sembilan biji pinang tua , dibakar hingga menjadi
arang dan ditumbuk halus. Campurkan dengan secawan air suam dan
minum. Amalkan petua ini sembilan hari berturut-turut dari hati mula
kedatangan haid. Insyaallah, mujarab
Petua 5 : Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada
hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1
@ 2 minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana
pun . Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali
makan .
Petua 6 : Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air
teh pahit tanpa gula.

Segarkan Mata
Sapukan minyak zaitun di sekeliling mata sebelum tidur.

Mengatasi Hidung Bayi Tersumbat
Asahkan ibu kunyit kepada batu atau belakang pasu yang bersih, dan
sapukan airnya secara nipis di sekeliling hidung bayi. Namun, jangan
biarkan air itu meleleh ke dalam hidung.

Susah Hadam
Rebus bawang merah bersama kulitnya. Kemudian kupas bawang itu dan
hancurkan. Campurkan ke dalam madu asli dan dijadikan krim sapuan
roti. Amalkan selalu.

Melegakan Angin Badan
Petua 1 : Campurkan air perahan bawang merah setengah cawan bersama
halba rebus setengah cawan. Kemudian bancuhkan sedikit madu asli ke
dalam bancuhan itu. Kacau dan minum campuran itu setiap hari.
Petua 2 : Kupas seulas bawang putih yang sederhana besarnya. dan
makan mentah-mentah. Badan akan menjadi hangat dan angin akan
keluar. Rasa mual dan pening akan berakhir.
Petua 3 : Ambil 5 ulas bawang putih dibakar jangan sampai hangus.
Makanlah bawang tersebut sampai habis. InsyaAllah cara ini sangat
mudah dan menyenangkan kita.

Telinga Dimasuki Serangga
Jika telinga kiri yang dimasuki semut, tutuplah lubang telinga kanan
dengan jari kanan, pekap hidung dengan tangan kiri dan tutup mulut.
Masa ketiga- tiga pancaindera itu tertutup, bernafas panjang panjang
seberapa yang boleh. Dengan cara ini semut dan serangga itu akan
tertolak keluar oleh desakan angin pernafasan yang mendesak melalui
lubang telinga yang ada serangga itu. Lakukan beberapa kali dengan
bersungguh-sungguh sehingga berjaya.

Melegakan Sakit Tekak
Jika tekak anda berasa perit dan tidak selesa, kerana cuaca terlalu
panas, anda bolehlah berkumur dengan air garam sebanyak dua kali
sehari. Caranya:Ambil tiga sudu garam, bancuh dengan setengah gelas
air sejuk, setelah itu berkumurlah sehingga air itu habis. Lakukan
setiap hari sehingga anda berasa lega.

Rambut Cepat Beruban
Petua 1 : Ambil biji betik yang sudah masak anggaran dua sudu
besar. Jemur sehingga kering dan goreng sehingga garing. Campurkan
biji betik tadi dengan minyak kelapa secukupnya. Cuci rambut dengan
bersih dan campurkan minyak tadi ke bahagian rambut yang putih.
Lakukan setiap kali sebelum tidur malam.
Petua 2 : Bancuh sedikit minyak kelapa, lendir daun lidah buaya dan
air limau nipis sehingga sebati. Lumurkan pada kepala sebelum mandi.
Biarkan selama setengah jam, barulah dibasuh bersih-bersih dengan
menggunakan syampu yang sesuai. Lakukan 3 kali seminggu.
Petua 3 : Untuk menghitamkan uban, ambil segenggam daun kari.
Tumbuk hingga lumat. Kemudian, gaulkan dalam santan pekat. Rebuskan
hingga menjadi minyak. Selepas itu disapu pada rambut setiap hari.

Menghilangkan Panau
Ambil lengkuas sebesar ibu jari. Buang kulit arinya dan dicuci
bersih. Kemudian tumbuk sehingga hancur lalu dibungkus dengan kain
perca dan diikat kemas-kemas. Gosokkan pada kulit yang berpanau,
amalkan selalu untuk kesan yang memuaskan.

Serangan Cacing
Petua 1 : Amalkan meminum air rebusan bawang merah setiap hari
sehingga penyakit hilang.
Petua 2 : Untuk menghapuskan cacing kerawit, ambil air perahan lobak
merah dan campurkan dengan santan pekat. Minumlah air tersebut
ketika hendak tidur.

Penawar Racun dan Santau
Petua 1 : Jika anda baru menyedari telah termakan racun atau santau,
makan 3 ulas bawang merah dan jangan minum air selama 3 jam.
Petua 2 : 3 ulas bawang merah dicampur sedikit minyak sapi, ditumbuk
dan diperah pada kain. Ambil airnya dan minum sambil meniarap.
Jangan minum air selama 3 jam. InsyaAllah anda akan terhindar dari
kesan racun atau santau tersebut.

Menghilangkan Kudis Di Kepala
Jika anda menghadapi masalah kudis di kepala, jangan cuba
hilangkannya dengan membasuh rambut dengan syampu kerana ia akan
merangsangkan lagi kudis tersebut. Cara untuk menghilangkannya
adalah mudah sahaja. Bahan-bahan yang diperlukan sedia terdapat di
dapur anda. Titikkan atau tumbukkan sedikit kunyit hidup dan
campurkannya dengan minyak masak. Jerangkan di atas dapur dengan
menggunakan api yang perlahan selama 15 hingga 20 minit. Tutupkan
api dan biarkan ia sehingga menjadi suam. Kemudian sapukan ia ke
atas kudis. Lakukan beberapa kali hingga kudis tersebut berkuping
dan kemudiannya tanggal.

Petua Berhenti Merokok
Makan 5 biji buah pelaga dan 2 biji cengkih setiap hari selama
seminggu. InsyaAllah tabiat merokok dapat diberhentikan sedikit demi
sedikit, seterusnya berhenti keinginan merokok.

Mengatasi Sengal Tulang
Patahkan ranting pohon kemboja dan ambil getahnya. Sapukan getah itu
pada sendi-sendi tulang, di bahagian tubuh anda yang mengalami
sengal terutamanya pada sebelah pagi.

Badan Terlalu Kurus
Ingin menjadi tegap dan sihat, amalkan petua ini. Semasa anda masak
nasi, ambillah segelas air nasi yang sedang menggelegak campurkan
sedikit gula. Amalkan minum pada setiap hari. InsyaAllah badan akan
menjadi sihat semula dan tak terlampau kurus.

Menghilangkan Bisa Tulang

Campurkan air sejuk dan air panas di dalam satu baldi. Campurkan
sedikit garam. Amalkan mandi dengan air tersebut setiap kali anda
mandi. Disamping itu, makan 3 biji bawang putih dan sebesar ibu jari
tangan halia yang sudah dibakar. Amalkan selama 3 hari 3 petang.
Memutihkan Gigi
Campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi yang hendak anda
gosokkan pada gigi setiap pagi. Gigi akan kelihatan lebih putih
berseri. Juga menghindarkan dari sakit gigi dan mulut.

Susah Buang Air Besar
Kupas kentang lalu dihiris. Tempelkan hirisan tersebut pada bahagian
pinggang dan dubur anda. Biarkan hingga warna kentang menjadi kelabu
atau kering, berbeza dari warna asal.

Mengatasi Masalah Gusi Bengkak
Ambil sedikit kulit pokok mempelam atau mangga. Basuh dan rebus
dengan sedikit air dan campur dengan sedikit garam. Apabila
mengggelegak, angkat dari dapur dan biarkan sehingga suam panas.
Berkumurlah setiap hari dengan air tersebut.

Mereda Ruam Panas
Tepung kanji dicampurkan sedikit bedak wangi, kemudian lumurkan pada
bahagian badan yang mempunyai ruam panas. Sebaiknya lumurkan selepas
mandi. InsyaAllah ruam panas akan beransur sembuh.

Merawat Hidung Berdarah
Layurkan sehelai daun sireh. Gulung menjadi kecil dan sumbatkan pada
hidung yang keluar darah. Pada waktu yg sama, ambillah ketulan ais
lalu bungkus ke dalam kain atau tuala, letakkan di atas dahi.

Mengeluarkan Selumbar (Duri)
Apabila terkena selumbar pada tapak kaki atau tangan, ambil saja
sedikit belacan dan sapukan pada tempat terkena selumbar. Biarkan
beberapa minit. InsyaAllah duri atau selumbar yang tercucuk itu akan
timbul dan lebih mudah dicabut.

Tertelan Benda Keras
Jika anda tertelan benda keras seperti guli, syiling atau gula-gula,
jgn cepat panik. Segera makan buah betik yang masak seberapa banyak.
Ia akan keluar bila saja anda membuang air besar.

Melegakan Gatal Kulit Dan Alahan
Untuk menghilangkan gatal kulit dan alahan, ambil beberapa helai
daun sireh dan rebuskan. Biar hingga mendidih. Celupkan kain bersih
ke dalam air rebusan sireh yang sudah suam2 kuku dan tekapkan kain
itu pada bahagian kulit yg gatal, kira-kira setengah minit.
InsyaAllah kegatalan akan hilang.

Menghilangkan Kutu Kepala
Ambil lima ulas bawang putih, tumbuk sehingga lumat. Campurkan
dengan secawan minyak kelapa. Lumurkan pada rambut dan kulit kepala.
Bungkus rambut anda dengan plastik selama 3 jam. Kemudian, cuci
rambut sehingga bersih. Lakukan seminggu sekali. InsyaAllah kutu
kepala akan hilang.

Anak Sesak Nafas
Jika anak sesak nafas, ambil minyak kelapa dan gosokkan di atas
kepalanya.

Penawar Bisa Sengatan
Sebelum di bawa ke klinik akibat terkena sengatan berbisa seperti
tebuan, lipan dan lebah, ambil sedikit gula merah yang cair dan
sapukan pada tempat terkena sengatan. Ia dapat mengurangkan
bisa-bisa pada peringkat awal.

Melembutkan Tapak Kaki

Ambil sedikit hampas kelapa dan campurkan dengan air perahan limau
nipis. Gosokkan tapak kaki dengan bancuhan itu berulangkali. Amalkan
sekurang-kurangnya seminggu untuk mendapat hasilnya.

Terseliuh Atau Bengkak
Potong sebiji limau nipis dan satukan dengan sedikit kapur sirih.
Sapukan pada bahagian yang sakit. Urut perlahan-lahan. Selepas itu,
barulah dibalut dengan kain bersih. InsyaAllah, bengkak tersebut
akan segera pulih.

Mengubati Lelah
Petua 1 : Ambil satu sudu besar madu dan 4-5 titik getah betik.
Campurkan madu dan getah betik tadi dan kemudian diberi munum dengan
air yang telah dibaca selawat.
Petua 2 : Ambil sebiji buah petola. Buangkan bijinya, masukkan gula
batu dan bakar hingga masak. Perahkan buah itu untuk diminum jusnya.

Mengelakkan Nafas Berbau
Petua 1 : Sangar hampas kelapa hingga kuning. Amalkan mengunyah
hampas kelapa itu. Jika anda tidak sukakan rasanya, anda boleh saja
meluahkannnya. Minumlah air suam selalu.
Petua 2 : Ambil 7 helai daun sireh diracik halus kemudian diramas
dengan semangkuk air panas suam. Campurkan sedikit garam, kumurlah
setiap hari dengan air itu.

Melegakan Sakit Gigi Berlubang
Petua 1 : Celupkan kapas ke dalam minyak yang sudah digunakan untuk
memasak. Kemudian bakar seketika di dalam piring (jangan sampai jadi
abu). Masukkan sisa bakaran ke tempat gigi yang berlubang. Hati-hati
jangan terkena gusi.
Petua 2 : Celupkan seputik kapas ke dalam esen pisang dan tekankan
atau sapukan kepada gigi yang sakit.
Petua 3 : Ambil getah pada tampuk buah betik yang masih muda.
Sapukan dengan kapas dn letakkan pada gigi yang sakit. InsyaAllah,
sakit gigi anda akan beransur pulih.

Menghilangkan Kembong Perut
Ambil tiga helai daun mengkudu muda dan sapukan minyak kelapa.
Kemudian layurkan ke atas api selama dua minit. Kemudian, daun yang
masih panas ditekapkan kepada perut.

Mengurangkan Suhu Badan
Ramas dan rendamkan beberapa kuntum bunga raya bersama lendirnya ke
dalam air dan sapukan ke dahi. Insya-Allah kurang suhu badan.
Mengawal Penyakit AIDS
Minumlah air rebusan akar pokok tembikai atau akar pokok kemboja
sebagai amalan harian.

Sakit Terkena Api Atau Air Panas
Petua 1 : Jika terkena api atau air panas, cara yang paling mudah,
sapukan ubat gigi, kicap atau marjerin ke tempat yang sakit atau
melecur.
Petua 2 :Sapukan sedikit lendir dari daun lidah buaya.
Petua 3 :Sapukan dengan putih telur dan tunggu sehingga telur putih
itu lekang sendiri.
Petua 4 :Sapukan dengan buah manjakani yang sudah ditumbuk lumat.

Mengubati Kudis
Ambil beberapa biji buah pinang yang sudah kering . Buang kulitnya,
kemudian tumbuk pinang tadi hingga lumat. Campurkan dengan minyak
kelapa supaya habuk buah pinang itu melekat di kulit anda. Bahagian
kulit yg berkudis itu hendaklah dibersihkan sebelum disapu dengan
serbuk pinang.

Anak Kencing Malam
Jika anak anda berumur 5 tahun ke atas dan masih lagi kencing malam,
cuba petua ini. Ambil tembakau sebesar ibu jari dan campurkan
sedikit kapur sireh, kemudian letakkan di pusatnya. Lakukan sewaktu
hendak tidur malam dan ikatkan dengan kain. Buatlah selama seminggu,
InsyaAllah anak tidak lagi kencing malam.

Badan Letih Lesu
Jika badan anda terasa letih lesu anda boleh minum air basuhan beras
yang sudah bersih, sebanyak sekali sehari. InsyaAllah, tenaga anda
akan pulih kembali.

Menghilangkan Sakit Kepala
Petua 1 : Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada
kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala
tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri
apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan
berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua.

Petua 2 : Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang
sekilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan
bantal tadi. Amalkan 2-3 hari dan insyaAllah anda akan berasa segar
dan ringan kepala.

Merawat Sakit Mata
Petua 1 : Daun bunga melati, jika ditumbuk sampai lumat, kemudian
ditampal pada kening, insyaAllah akan sembuh dari sakit mata.
Petua 2 : Ambil beberapa helai daun sireh dan ramas dengan sedikit
air dan secubit garam. Titis airnya ke dalam mata sehingga sembuh.
Penglihatan anda juga akan lebih terang dan jelas terutamanya bagi
mereka yg telah lanjut usia.

Melegakan Selsema
Petua 1 : Panaskan secerek air hingga menggelegak. Masukkan dalam
satu besen. Masukkan sejemput serbuk teh atau serbuk kopi. Titiskan
2 titis minyak geliga. Ambil gebar dan selimutkan seluruh badan anda
dan besen itu dengan gebar tersebut. Tunggu hingga 10 minit.
Bernafaslah seperti biasa. Anda akan berpeluh-peluh. (Awas, jangan
titiskan lebih dari 2 titik minyak geliga - nanti terlalu panas buat
badan anda).
Petua 2 : Telan seulas bawang putih setiap kali selepas makan
sebanyak tiga kali sehari dan minum air perahan bawang putih dan
limau serta berkumur air wap bawang putih.
Petua 3 : Ambil kunyit hidup dan tumbuk sehingga keluar air, lalu
sapu memanjang di atas batang hidung hingga ke ubun-ubun. Lakukan
sekerap boleh. InsyaAllah selsema akan cepat sembuh.

Mengatasi Bayi Demam Selepas Disuntik
Bagi ibu yang mempunyai anak dan sering demam setiap kali disuntik,
cuba sapukan bawang kecil yang dipotong pada tempat yang disuntik.
Seeloknya bawang tersebut hendaklah dibawa setiap kali anda ke
klinik. Insya Allah dengan cara ini anda akan dapat mengelakkan anak
anda dari demam.

Menghilangkan Kurap
Adakah anda pernah mendengar tentang daun gelenggang? Ianya
merupakan tumbuhan hutan yang tumbuh meliar dan boleh juga didapati
di kawasan belukar. Daunnya merupakan ubat yang mujarab untuk
menghilangkan penyakit kurap. Caranya ialah dengan mengambil daunnya
dan basuhkannya sebelum menggulungnya. Kemudian cicahkan hujung daun
tersebut dengan gula dan gosokkan tempat yang berkurap dengan daun
tersebut. Gosoklah berulang kali sehingga tempat yang berkurap
tersebut mengeluarkan darah. Luka di tempat berkurap tersebut akan
berkuping. Kuping tersebut akan tanggal selepas beberapa hari
kemudian dan kurap pun akan hilang dan tidak berulang kembali.

Menghilangkan Ruam Bayi
Bagi ibu yang mempunyai bayi kecil seringkali menghadapi masalah
ruam pada kulit bayi akibat dari ruam susu atau alahan. Sebagai
usaha mengatasi masalah tersebut, ambil segenggam daun letup,
masukkan kedalam air suam beserta sedikit ibu garam, ramas dan
mandikan bayi dengan air tersebut menggunakan daun tadi. Lakukan
setiap kali bayi dimandikan.

Digigit Hama / Tungau
Ambil minyak cap kapak atau minyak kayu putih kemudian disapukan ke
bahagian yang digigit. Anda juga boleh menggunakan kapur sireh.

Lemah Otot
Ambil tiga ulas bawang putih dan hancurkan. Kemudian minum bersama
susu unta setiap hari selama sebulan bagi menguatkan otot yang
lemah.

Mengembalikan Kesegaran Kepala

Ramas tujuh biji limau nipis yang telah dipotong melintang ke dalam
bekas air suam. Tapis air limau itu dan lumurkan kepada kepala
selama sepuluh minit. Kemudian barulah dibilas. Lakukan pada waktu
petang.

Buang Air Besar Berdarah
Ambil segenggam jintan hitam, ditumbuk lumat. Kemudian dicampur
dengan air suam. Minumlah 2 kali sehari waktu pagi dan malam selama
3 hari berturut-turut.

Merawat Buasir
Petua 1 : Ambil 3 ulas bawang putih, akar jejawi dan bawang cina.
Semua bahan itu ditumbuk lumat, kemudian dicampur sedikit minyak
zaitun. Ssapulah disekeliling buasir setiap hari selama seminggu.
InsyaAllah ia sembuh.
Petua 2 : Sebiji tomato yang masak digoreng dengan minyak yang
banyak. Semasa menggoreng pastikan tomato itu tidak pecah. Selepas
itu masukkan ke dalam botol dan tutup rapat. Sapukan minyak tomato
itu pada dubur pesakit. Lakukan sekerap mungkin utk memperolehi
hasilnya.

Petua Medu
Ambil lada hitam 7 biji, bawang putih 5 ulas, bawang merah 5 ulas
dan halia sebesar ibu jari. Semua ramuan itu hendaklah ditumbuk
lumat dan ambil airnya dan dibuat minum.


Merawat Penyakit Darah Tinggi
Petua 1 : Ambil seikat daun kucai. Tumbuk lumat dan perah sehingga
mengeluarkan air. Minum air tersebut setiap pagi selama sebulan.
InsyaAllah penyakit darah tinggi akan reda.
Petua 2 : Perahkan buah mengkudu masak dan ambil airnya dan tapis.
Minumlah pada waktu pagi sebelum memakan sesuatu . Buatlah selama
seminggu berturut-turut.
Petua 3 : Ambil 2 biji epal hijau, buang kulitnya dan hiris
nipis-nipis. Rebus dengan dua cawan air sehingga empuk. Biarkan
sehingga sejuk dan tapiskan airnya. Minumlah 2 kali sehari. Amalkan
selalu walaupun tekanan darah tinggi anda sudah menurun. InsyaAllah
badan anda akan lebih segar.
Petua 4 : Ambil beberapa batang serai yang telah diketuk, rebus
bersama 4 mangkuk air dan renehkan sehingga air rebusan menjadi
semangkuk. Amalkan meminum air rebusan serai 2 kali sehari.
InsyaAllah penyakit darah tinggi akan turun.
Petua 5 : Ambil 3 biji pisang kelat yang masak, diramas dengan
kulitnya sekali dam ambil airnya dibuat minum.
Petua 6 : Ambil air kelapa muda segelas, dibubuh sedikit kopi dan
sebuku garam jantan, kacau dan minum. Buat 2 kali seminggu.
Merawat Ketagihan Candu/Dadah
Ambil 2 sudu besar madu asli dan campurkan dgn air/ minyak bunga
mawar yang dipanaskan sekadar 1 cawan kemudian diminum. Lakukan 2
kali sehari sehingga pulih.

Mengurangkan Suhu Demam
Lendir dari daun lidah buaya boleh mengurangkan suhu demam. Sapukan
pada dahi dan bahagian badan yang panas.

Meredakan Kencing Manis
Petua 1 : Ambil lima kulit buah jering (tanpa isi) dan goreng tanpa
minyak sehingga garing. Tumbuk lumat sehingga halus. Ambil 1 sudu
teh serbuk kulit jering tersebut dan bancuhkan dengan kopi. Minum
air ini 2 kali sehari.
Petua 2 : Minum air rebusan pokok belimbing tanah/bukit setiap hari.
InsyaAllah dalam masa 2 bulan akan pulih.

Mengubati Penyakit Campak
Petua 1 : Ambil air kelapa lalu diberi minum dan makanlah makanan
yang berebus.
Petua 2 : Ambil sedikit daun jambu, campurkan dgn bedak sejuk dan
tumbuk sehingga lumat. Sapukan pada bintik-bintik merah. Apabila
bintik-bintik merah hampir akan hilang, mandikan dgn air jambu yang
diramas di dalamnya.

Merawat Gastrik
Petua 1: Campurkan buah kurma dengan sedikit susu kambing atau susu
lembu asli segar. Minum dua kali sehari.
Petua 2 : Parut dan perah kunyit tua sebesar ibu jari. Air perahan
kunyit dicampur dengan kuning telur ayam kampung. Kacau sebati dan
minum. Ulangi selama beberapa hari dan anda akan terhindar dari
sakit pedih ulu hati.


Peringatan, kemujaraban petua di atas tidak diketahui secara saintifik dan pihak laman web tidak akan
bertanggungjawab terhadap segala kesulitan yang timbul akibat mengamalkan petua-petua di atas
.


No comments: