12 April 2022

30 September 2011

Kasih Seorang Ibu

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.


Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang,
baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju
itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.



Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium
baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh
abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan
jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan
abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil
abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua
air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan
lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.


Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun
hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan
membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"


Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali
terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah
menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian
membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang.
Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"


Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali
terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa
abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad
untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan.
Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan
takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan
yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik
terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah
anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa
kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan
kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan
senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur
tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu? Empat tahun dua bulan mak
membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam
diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat
di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan
perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.
Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum
Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak
cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak
menangis?

Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.


Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak.
kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak
boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah!
Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.

26 Februari 2011-
Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang
nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak.
Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah.
Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau
sekitar Kuala Lumpur , tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang
sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak
tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan
kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada
berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria
melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi
abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi
abang yang terakhir.



7 Mac 2011- Keadaan abang
semakin kritikal. Perut abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk
bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin
tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke
IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor,
tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. mak
angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak
juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad
tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak
cuma mampu untuk jawab, "InsyaAllah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa
cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah
semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun
sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi
ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran
manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.


13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor
untuk bawa Abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan
waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan disaat-saat akhir ini, mak
mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan
tanya, "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?

Mak jawab, "Balai bomba!"


Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata
padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba.
Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan
kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju
Abang ke paras dada.

Separuh berbisik, mak beritahu pegawai
itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'!
Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang
yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak
tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba
itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat
duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15
minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu
mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air
mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"


Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu
depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya
mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin
naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar
kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara
sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang,
letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang
memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih
agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan
yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo.
Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.

Mak dan abah tidak
kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung,
mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa
ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja
Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak
tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam
Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air
tebu, air bandung , rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan
walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi.

Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!


27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk
berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu
dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung
kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.


"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan
tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah
sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa
berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk
pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama
Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk
benarkan Kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya
berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada cikgu dan Kakak
diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat
abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan
sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk
lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat
Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk Abang tengah
hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan
alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan
sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura rajin
menulis mengenai kisah abang didalam blognya dan ramai yang menawarkan
diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama
jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang.
Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang
turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi
tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi
abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu,
semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat
naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan
keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di
dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat.
Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak
menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak
katakan pada Abang, "Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak
perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang.
Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak
puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga
bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika."


Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu
mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan
menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun
abang sudah tiada lagi di dunia.

9 April 2011- Pagi itu mak
pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang
dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah
tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.


Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul
8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan
Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah
tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"


Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga
turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum
seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.


"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?"
Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah
rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah
matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu
kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba
jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak
terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum
sempat jamah makanan di atas meja.

Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.

Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!"

Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.


"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan
segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang.
Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu
sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang
sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi
Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula
meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis,
keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan
seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak
mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan
jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis
di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan
lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di
penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang
ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup
tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang
menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata
mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.."


Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman
tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.


Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang
di sana . Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang.
Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"

Abang, sekarang mak
sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah
di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.
Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan.
Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai
seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan
dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan
tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan
menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa
dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan
kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya
keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri
segalan-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri
yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu
mak tidak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak
dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... mak akan sentiasa
tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup
kami biarpun cuma sebentar. Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal
Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital
seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung
termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit.
Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan
ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati'
apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor
mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun
ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk
meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan
(bapa).





Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen.


Sebuah kisah benar menyayat hati yang melambangkan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.

CERITA PENGAJARAN :

Ayam ni asyik kena je! Hari tu kes dengan lembu, hari ni dengan kambing pula..
Aku malas nak layan..koprg nilailah sendiri,,

1 ptg yg hening....kambing s0und aym....
kambing: apelah ko ny aym,bju lwa tp kaki aym.....
aym yg bengang i2 m'jwb.....
aym: ko lagi la...janggut pnjang alim konon!!!! telo nmpak!!!! x mlu....
kambing: @*$%^$#*@$

______________________________
berdasarkan cerita tersebut..jangan lah kita bersikap kasar..sentiasalah memperbaiki diri dan tegurlah perbuatan org2 lain yg salah dgn berhemah..dan bukan dgn cacian atau makian yg cuma mendatangkan keburukan pada org lain dan diri sendiri.. :)

 

25 September 2011

Cukuplah Allah bagiku..

Senarai Perubatan Islam Yang Menggunakan Doa dan Al Quran

Bawah ni, pak cik akan senaraikan apakah cara perubatan dalam islam yang menggunakan doa dan al Quran. kebanyakan cara yang ditunjuk ni adalah diambil dari Rasulullah SAW itu sendiri. Sori pak cik tulis rumi :-

Kaedah Perubatan Islam Untuk Stroke

” Bismillahirrahmanirrahim. Innama yastajiibul lohul ladzina yasma’una wal mauta yab’atsuhumul lohu tsuma Ilaihi yarja’una ” 12x



” Audzubiwajhillahil ‘adhimi wa ‘izzatihil lati laturomu wa qodrotihil kati la yamtani’u minha syai-un min syarri Ma hadzal waj’i wa min syarri ma fiihi wa man syarri ma ajidu minhu” 7x

Caranya : do’a-doa tersebut dibacakan pada air hujan yag di dapat pada malam jumat,kemudian diminumkan pada orang yang sakit.

Kaedah Rawatan Islam Untuk Sakit Perut


” Bismillahirrahanirrahim. ‘Udzu bi’izzatihi waqod rotihi wa’adzomatihi inna dzalika la-ayaatin likulli shobbarin Syakurin idzqolatim roatu’mirona robbi inni nadzartu laka ma bathni muhar-roron fatakobbal minni innaka Antassamii’ul ‘alimu ” 7x

Caranya : dibaca 7x pada air hangat lalu diminumkan.

Kaedah Rawatan Islam Untuk Sakit Gigi


” Bismillahirrahmanirrahim. Subhana manihtajaba bijabaruuthi ‘an kholqihi fala ‘aina taroo hu ladhiddunn wala Niddun siwahu ” 7x

Caranya : sediakan bawang putih, kemudian bawang putih tersebut dibakar setelah itu dibacakan do’a tersebut kemudian dikunyah di gigi yang sakit atau bisa juga di bacakan pada air garam kemudian dibuat
kumur-kumur.

Kaedah Rawatan Islam Untuk Kencing Manis


” Bismillahirrahmanirrahim. Wa bus-satil jibaalu bas-san fakanat habaa-an munbasy-syan wa hamalatil ardhu Waljibalu faduk kata dak-katan wa hidatan wa idzas tasqo musa liqaumihi faqulnadhrib bi’ashokal hajar
Fanfajarot minhustnata ‘asyrta ‘iinan ” 12x

Caranya : dibaca 12x pada air lalu diminum setiap bangun tidur.


Kredit: http://berkatrezeki.com/blog/2010/11/perubatan-islam-berlandaskan-rasulullah-saw/


Darulsyifa' - Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din


Rakaman Kuliah Perubatan Islam oleh Tuan Guru

http://www.darussyifa.org/MenuRakamanKuliahPengubatan.php

24 September 2011

Solat Tahajud : Fadhilat dan Keistimewaan

Solat malam atau Solat Tahajud adalah satu peluang keemasan ditawarkan kepada manusia untuk mengeratkan perhubungan kita dengan Allah.

Kesusahan hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, tetapi bagi mereka yang biasa, ia menjadi satu kenikmatan pula. Malah, bagi yang dapat menghayatinya mereka akan berasa kerugian besar jika tertinggal daripada mengerjakan solat berkenaan.

Pada sepertiga malam pintu langit terbuka luas menerima taubat hamba-Nya. Malaikat membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti untuk membakar tubuh manusia di akhirat nanti.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya manakala kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Allah s.w.t sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan membangunkan suaminya manakala jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Amalan solat malam bukan hanya diamalkan Nabi Muhammad s.a.w, malah ia diamalkan umat nabi sebelumnya. Ini bererti perintah mengerjakan solat tahajud bukanlah dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w semata-mata.

Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: “Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia ialah:-

* Jauh daripada segala penyakit
* Lahir kesan taqwa pada wajahnya
* Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia
* Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
* Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)

Sementara empat perkara di akhirat ialah:-

* Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
* Dipermudahkan hisab
* Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat
* Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.”

Solat malam adalah solat yang penting antara solat-solat sunat yang lain. Rasulullah S.A.W pernah ditanya, “Solat apakah yang paling utama selepas solat lima waktu?” Beliau menjawab dengan tegas, “Solat malam!” (Hadis Riwayat Muslim).

Beberapa keutamaan yang diperoleh oleh para pengamal solat malam adalah seperti berikut:

1. Tercatat sebagai orang yang baik dan berhak mendapat anugerah rahmatnya (Surah adz-Dzariyat ayat 15 hingga 18).
2. Mendapat penyempurnaan di atas kekurangan dalam ibadat wajibnya, hingga dapat menempati darjat yang terpuji (Surah al-Israk ayat 79).
3. Mendapat pujian daripada Allah (Surah al-Furqan ayat 63 hingga 64).
4. Dilihat sebagai orang yang beriman (Surah as-Sajadah ayat 16).
5. Darjatnya dibezakan dengan orang yang malas (Surah az-Zumar ayat 9).

Beberapa petikan hadis berikut menyebut beberapa fadilat dan keindahan lain solat malam. Antaranya adalah hadis daripada Abdullah bin Amr bin Al-‘Ash yang berbunyi, Rasulullah S.A.W berkata kepadaku, “Abdullah, jangan jadi seperti polan yang pernah mendirikan solat malam kemudian meninggalkannya,” (Hadis Riwayat Bukhari-Muslim).

Salman al-Farisi menceritakan, Rasulullah S.A.W berkata, “Kerjakanlah solat malam, kerana itu adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu, jalan mendekatkan diri kepada Tuhan, penebus kesalahan, pencegah dosa, serta penghindar penyakit.”

Salim bin Abdullah bin Umar bercerita kepada Hafshah, isteri Rasulullah S.A.W, “Ketika Rasulullah S.A.W masih hidup, biasanya apabila seseorang bermimpi, dia menceritakan mimpinya itu kepada Rasulullah S.A.W. Saya berharap mendapat mimpi supaya dapat menceritakannya kepada beliau. Semasa masih muda, biasanya saya tidur di masjid. Suatu ketika, saya bermimpi seakan-akan dua malaikat memegang dan membawaku ke neraka yang dibina seperti perigi dan memiliki tanduk. Di dalam perigi itu ada beberapa orang yang saya kenal. Saya lalu berkata, “Saya berlindung kepada Allah dari neraka.” Saya bertemu dengan malaikat lain yang berkata padaku, “Jangan takut.” Mimpi ini disampaikan oleh Hafshah kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau berkata, “Sebaik-baik lelaki adalah Abdullah ketika mahu solat malam.” Selepas itu, dia hanya tidur sebentar sahaja di malam hari.

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Syaitan mengikat tengkuk kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Syaitan menepuk pada setiap ikatan, ‘Bagimu malam yang panjang, maka tidurlah.’ Apabila kamu bangun dan berzikir mengingat Allah, maka terbukalah satu ikatan. Apabila kamu berwuduk, terbuka satu lagi ikatan. Apabila kamu solat, terbukalah satu ikatan lagi. Maka di pagi hari, kamu segar dan bersemangat. Sekiranya tidak, di pagi hari tentu kamu berasa lesu dan malas.”

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Tuhan kita turun setiap malam ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir, dan menyatakan, ‘Siapa yang berdoa kepadaku, pasti aku kabulkan. Sesiapa yang memohon kepadaku, pasti aku beri, dan sesiapa yang memohon ampun kepadaku, pasti aku ampuni.’” (Hadis Riwayat Al-Jama’ah).

‘Amr bin Al-‘Ash meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Sedekat-dekat hamba kepada Allah adalah pada tengah malam yang terakhir. Apabila kamu dapat menyertai golongan orang yang berzikir mengingat Allah pada saat itu, maka lakukanlah.” (Hadis Riwayat Al-Hakim).

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Apabila seseorang membangunkan isterinya pada waktu malam, lalu kedua-duanya solat dua rakaat, maka mereka tercatat dalam golongan orang yang selalu berzikir.” (Hadis Riwayat Abu Daud).

Sumber @ http://pakarhowto.com/info-berguna/fadhilat-kebaikan-dan-keistimewaan-solat-malam.html

Faraidh - kematian suami


Bagaimanakah harta akan dibahagikan sekiranya si mati meninggalkan isteri, ibu, bapa dan anak-anak?


Pembahagian harta pusaka si mati akan berlaku seperti berikut;
  
 Bapa          - 1/8 bahagian
 Ibu             - 1/8 bahagian
 Isteri          - 2/8 bahagian
 Anak-anak - 4/8 bahagian



Penyucian Qalbu

ALLAH-HU.GIF


Suci dari Dosa Bathin Ada 7 alat pembuat dosa bathin yang dinamakan 7 Lataif

Latifatul Qalby - berhubungan jantung jasmani. Letaknya dua jari di bawah susu kiri. Di sinilah letaknya sifat - sifat kemusyrikan, kekafiran dan ketahyulan dan sifat - sifat iblis. Untuk mensucikannya zikir dengan membaca 5000 kali - AlLah, AlLah. Pada tingkat ini hati diisi dengan Iman, Islam, Ihsan, Tauhid dan Makrifat

Latifatu Roh - berhubungan Rabu jasmani. Letaknya dua jari di bawah susu kanan. Di sinilah letaknya sifat Bahimiyah (binatang jinak) iaitu sifat menurut nafsu. Untuk mensucikannya zikir dengan dipalu sekeras - kerasnya 1000 kali - AlLah, AlLah.

Latifatus-Sirri. Letaknya dua jari di atas susu kiri. Di sinilah letaknya sifat 'Syabiyah' (binatang buas) iaitu sifat zalim / aniaya, pemarah dan pendendam. Untuk mensucikannya zikir dengan membaca 1000 kali - AlLah, AlLah. Pada tingkat ini hati diisi dengan sifat kasih sayang dan ramah - tamah.

Latifatul Khafi - dikenderai Limpah jasmani. Letaknya dua jari di atas susu kanan. Di sinilah letaknya sifat 'Syaitanuyah' iaitu hasad / dengki, munafik dan khianat. Untuk mensucikannya berzikir 1000 kali membaca AlLah, AlLah dengan dipalukan sekeras - kerasnya. Pada tingkat ini hati diisi sifat Syukur dan Sabar.

Latifatul Akhfa - berhubungan empedu jasmani. Letaknya di tengah - tengah dada. Di sinilah letaknya sifat ria, takbur / sombong, ujub / membanggakan diri dan Sum'a / cari nama atau kemasyuran. Untuk mensucikannya zikir 1000 kali membaca AlLah, AlLah. Pada tingkat ini hati diisi sifat Ikhlas, Khusyu', Tadarru Tafakkur.


Latifatun-nafsun-Natiqa. Letaknya di antara dua kening. Di sinilah letaknya 'nafsu ammarah' penghalang besar untuk menciptakan perbaikan masyarakat. Untuk mensucikannya zikir 1000 kali membaca AlLah, AlLah. Pada tingkat ini hati diisi dengan sifat Tenteram dan Pikiran Tenang.

Latifah kullu Jasad - kenderai seluruh tubuh jasmani. Dalam Latifah inilah terletak sifat jahil dan ghaflah (kejahilan dan alpa). Untuk mensucikannya hendaklah dizikirkan 1000 kali - AlLah, AlLah sehingga mengalir zikir disekujur badan jasmani sehingga tiada tempat untuk sifat kebendaan / kejahilan dan kelalaian / Ghaflah. Pada tingkat ini hati diisi pula sifat Ilmu dan Amal.

23 September 2011

Iktibar daripada sebatang pensel






Pernah seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya yang sedang menulis.

“Apa ibu sedang tulis? Ibu menulis tentang siapa? Atau pengalaman ibu?”

“Ibu menulis tentang diri kamu, tapi ada yang lebih penting daripada itu iaitu pensel ini.”

“Apa yang istimewa tentang pensel ini?” tanya si anak.

“Ibu berharap hidupmu adalah seperti pensel ini. Walaupun sebatang pensel, ada lima nilai yang boleh kita pelajari daripadanya. Mahu tahu?”

“Iya, ibu.”

Pertama, pensel ini mengingatkan jika kamu boleh membuat sesuatu yang hebat dalam hidup ini. Jangan lupa, ibarat pensel, ada tangan yang memegangnya. Maka, ingatlah akan adanya kuasa yang membimbing langkah hidupmu iaitu Allah SWT. Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendak-Nya.

Kedua, ketika menulis, pensel kerap menjadi tumpul. Ibu terpaksa berheti untuk mengasahnya. Pensel ini pasti menderita ketika diraut, tetapi hasilnya ia menjadi tajam dan bagus tulisannya. Begitu juga akan berlaku dalam hidup kamu. Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi baja atau sebab untuk dirimu menjadi lebih baik.

Ketiga, pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yang salah. Namun kita boleh memadamkan dan betulkan tulisan ini semula. Begitu yang ibu harapkan kepada anak ibu ini, sentiasalah memperbaiki kesalahan dalam hidup. Ia bukanlah sesuatu yang hina kerana dengan memperbaiki kesalahan, kita akan sentiasa berada di jalan yang benar.

Keempat, tahukah anak ibu mana yang lebih penting, luar atau isi pensel ini? Sudah tentu arang atau karbon di dalamnya. Oleh itu, berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kamu itu dan hindarilah.

Kelima, pensel ini selalu meninggalkan tanda atau goresan. Begitu juga kamu, apa sahaja yang kamu buat, pasti akan meninggalkan kesannya pada diri atau pada orang lain. Ibu harap kamu akan selalu berhati-hati dan bijak dalam bertindak.

Inilah antara kata-kata yang baik untuk si anak membawa prinsip yang positif. Wahai ibu bapa, jangan berputus asa. Apa sahaja kata-kata semangat yang kita ulang-ulangkan kepada anak-anak (walau nampak seperti mereka tidak mengendahkan) pasti akan membawa bekas dalam jiwa mereka, insya Allah...

Ulang-ulangkanlah!

22 September 2011

Hidangan tak sama dengan katalog

Minggu lepas - tekak ni dah jemu dengan makanan biasa - maka mengorak langkahlah kami ke sebuah pusat belibelah dalam kawasan Balakong~dekat dengan Bandar Tun Hussein Onn & Cheras Perdana.

Puas tinjau semua gerai yang ada kat medan selera tu, teringin pulak nak rasa mee mamak - drp gambaran tu nampak mcm menyelerakan dan mengiurkan ~ koeyteow goreng + 3 ekor udang.

Order 1 - bayar & tunggu ~ tukang masaknya mamak ~ biasa la kecoh satu dapor kelekang kelekong bunyi sudip berlaga dgn kuali. SIAP! jeritnya.

"eh mana udang?" "tarak udang" mamak tu jawab. "tu apa pasal gambar ada udang?" "itu gambar saja~ butul punya goreng takada la"...dgn muka tak puashati aku pun beredar & makanlah. Rezeki aku utk hari tu lah.

"aik! apasal tawar heber koeyteow ni?" ... memang tak ada rasa masih masam pahit ke...plain aja rasanya...adeiii

 

 

11 September 2011

100 Hadis Palsu & Dhaif yang popular

Ketahui beberapa hadis yang popular tetapi kedudukanya samada dhaif / palsu.


Klik DISINI

10 September 2011

CIRI-CIRI GOLONGAN SALAFIYYAH WAHHABIYYAH


AQIDAH

1.Membahagikan Tawhid kepada 3 Kategori

(i)Tawhid Rububiyyah: Dengan tawhid ini, mereka mengatakan bahawa kaum musyrik Mekah dan orang-orang kafir juga mempunyai tawhid.
(ii)Tawhid Uluhiyyah: Dengan tawhid ini, mereka menafikan tawhid umat Islam yang bertawassul, beristigathah dan bertabarruk sedangkan ketiga-tiga perkara tersebut diterima oleh majoriti ulama’ Islam khasnya ulama’ empat mazhab.
(iii)Tawhid Asma’ dan Sifat: Tawhid versi mereka ini boleh menjerumuskan seseorang ke lembah tashbih dan tajsim

i. Menterjemahkan istawa sebagai bersemayam/bersila
ii. Merterjemahkan yad sebagai tangan
iii. Menterjemahkan wajh sebagai muka
iv. Menisbahkan jihah (arah) kepada Allah (arah atas – jihah ‘ulya)
v. Menterjemah janb sebagai lambung/rusuk
vi. Menterjemah nuzul sebagai turun dengan zat
vii. Menterjemah saq sebagai betis
viii. Menterjemah asabi’ sebagai jari-jari, dll
ix. Menyatakan bahawa Allah SWT mempunyai "surah" atau rupa.
x. Menambah bi zatihi haqiqatan [dengan zat secara hakikat] di akhir setiap ayat-ayat mutashabihat, sedangkan penambahan itu tidak ada di dalam al-Qur'an dan al-Sunnah. Imam al-Zahabi sendiri mengkritik gurunya, Ibnu Taymiyyah berkenaan masalah ini di dalam Siyar A'lam al-Nubala' [Rujuk kitab yang ditahqiq oleh bukan Wahhabi kerana Wahhabi membuang kritikan ini dalam terbitan mereka] 
xi. Sebahagian golongan Mujassimah menyatakan bahawa Allah (Rujuk Kitab Ibthal al-Ta'wilat oleh Abu Ya'la al-Farra' yang telah diterbitkan semula oleh "tangan-tangan Tajsim dan Tashbih" - Penulis mempunyai buku seorang alim Al-Azhari yang mengarang kitab menolak kitab tersebut):
  • mempunyai gusi (اللثة) dan gigi gerham (الأضراس) 
  • akan "duduk" bersama Nabi Muhammad SAW di atas arash
  • mempunyai mulut (الفم)
2.Tafwidh yang digembar-gemburkan oleh mereka adalah bersalahan dengan tafwidh yang dipegang oleh ulama’ Asha’irah.
3.Memahami ayat-ayat mutashabihat secara zahir tanpa huraian terperinci dari ulama’ mu’tabar
4.Menolak Asha’irah dan Maturidiyyah yang merupakan majoriti ulama’ Islam dalam perkara Aqidah
5.Sering mengkrititik Asha’irah bahkan sehingga mengkafirkan Asha’irah
6.Menyamakan Ashai’rah dengan Mu’tazilah dan Jahmiyyah atau Mua’ththilah dalam perkara mutashabihat
7.Menolak dan menganggap pengajian sifat 20 sebagai satu konsep yang bersumberkan falsafah Yunani dan Greek
8.Berselindung di sebalik mazhab Salaf
9.Golongan mereka ini dikenali sebagai al-Hashwiyyah, al-Karramiyyah, al-Mushabbihah, al-Mujassimah atau al-Jahwiyyah dikalangan ulama’ Ahli Sunnah wal Jama’ah
10.Sering menjaja kononnya Abu Hasan Al-Ash’ari telah kembali ke mazhab Salaf setelah bertaubat dari mazhab Asha’irah
11.Mendakwa kononnya ulama’ Asha’irah tidak betul-betul memahami fahaman Abu Hasan al-Asha’ri, bahkan sering mendakwa kononnya mereka adalah pengikut Imam Abu al-Hasan al-'Ash'ari yang sebenar. Sungguh lucu dakwaan sebegini.
12.Menolak ta’wil dalam bab Mutashabihat
13.Sering mendakwa bahawa ramai umat Islam telah jatuh ke kancah syirik
14.Mendakwa bahawa amalan memuliakan Rasulullah SAW boleh membawa kepada syirik
15.Tidak mengambil berat kesan-kesan sejarah para anbiya’, ulama’ dan solihin dengan dakwaan menghindari syirik
16.Kefahaman yang salah berkenaan syirik sehingga mudah menghukum orang sebagai membuat amalan syirik
17.Menolak tawassul, tabarruk dan istighathah dengan para anbiya’ serta solihin
18.Mengganggap tawassul, tabarruk dan istighathah sebagai sebagai cabang-cabang syirik
19.Memandang remeh karamah para awliya’
20. Menyatakan bahawa ibu bapa dan datuk Rasulullah SAW tidak terselamat dari azab api neraka.
21. Mengharamkan mengucap "radiallahu anha" bagi ibu Rasulullah SAW, Sayyidatuna Aminah 
22. Menamakan Malaikat Maut sebagai 'Izrail adalah bid'ah - Fatwa Soleh Uthaymin
SIKAP

1.Sering membid’ahkan amalan umat Islam bahkan sampai ke tahap mengkafirkan mereka
2.Mengganggap diri sebagai mujtahid atau berlagak sepertinya (walaupun tidak layak)
3.Sering mengambil hukum secara langsung dari al-Quran dan hadis (walaupun tidak layak)
4.Sering memperlekehkan ulama’ pondok dan golongan agama yang lain.
5.Ayat-ayat al-Quran dan Hadis yang ditujukan kepada orang kafir sering ditafsir ke atas orang Islam.
6.Memaksa orang lain berpegang dengan pendapat mereka walaupun pendapat itu shazz (janggal).
7. Bersikap "taqiyyah" apabila dirasakan perlu. Fatwa mereka berbeza apabila bercakap di hadapan masyarakat umum dengan pengajian khusus bersama mereka.
8. Apabila mereka sedikit dan tidak berkuasa, mereka melaungkan slogan "Berlapang dada", namun apabila mereka ramai dan berkuasa mereka melaungkan slogan "Meghilangkan Bid'ah" [Sikap ini diambil berdasarkan kata-kata para ulama' Mekah yang memerhatikan sikap Wahhabi di Mekah sewaktu ia mula-mula berkembang sampai kini.]
9. Apabila mereka menerima tentangan daripada majoriti ulama', mereka menyatakan itu adalah asam garam dalam perjuangan. Sedangkan para ulama' menyatakan bahawa apabila sesuatu itu ditolak olej majoriti para ulama', maka itu adalah tanda-tanda kesesatan, kepelikan dan kejanggalan (shazz) atau ketergelinciran (zallah) kerana para ulama' umat Nabi Muhammad SAW tidak akan bersepakat di dalam kesesatan sepertimana yang disebut di dalam hadis Rasulullah SAW.
ULUM HADIS

1.Menolak beramal dengan hadis dhaif
2.Penilaian hadis yang tidak sama dengan ulama’ hadis yang lain
3.Mengagungkan Nasiruddin al-Albani di dalam bidang ini [walaupun beliau tidak mempunyai sanad bagi menyatakan siapakah guru-guru beliau dalam bidang hadis. Bahkan umum mengetahui bahawa beliau tidak mempunyai guru dalam bidang hadis dan diketahui bahawa beliau belajar hadis secara sendiri dan ilmu jarh dan ta’dil beliau adalah mengikut Imam al-Dhahabi].
4.Sering menganggap hadis dhaif sebagai hadis mawdhu’ [mereka melonggokkan hadis dhaif dan palsu di dalam satu kitab atau bab seolah-olah kedua-dua kategori hadis tersebut adalah sama]
5.Perbahasan hanya kepada sanad dan matan hadis, dan bukan pada makna hadis. Oleh kerana itu, perbincangan syawahid tidak diambil berat
6.Perbincangan hanya terhad kepada riwayah dan bukan dirayah.

ULUM QURAN
1.Menganggap tajwid sebagai menyusahkan dan tidak perlu (Sebahagian Wahhabi Malaysia yang jahil) [dan menurut sahabat penulis yang ada membuat penyelidikan di dalam bidang ini, sememangnya terdapat beberapa "ulama' Saudi" yang menyatakan tajwid itu bukanlah sunnah, tetapi bid'ah. Namun majoriti "ulama' Saudi" tidak bersetuju dengan kata-kata mereka].
2. Mendakwa ayat-ayat mutashabihat sebagai ayat muhkamat. 

FIQH

1.Menolak fahaman bermazhab kepada imam-imam yang empat; pada hakikatnya mereka bermazhab “TANPA MAZHAB”
2.Mengadunkan amalan empat mazhab dan pendapat-pendapat lain sehingga membawa kepada talfiq yang haram
3.Memandang amalan bertaqlid sebagai bid’ah; kononnya mereka berittiba’
4.Sering mengungkit soal-soal khilafiyyah
5.Sering menggunakan dakwaan ijma’ ulama dalam masalah khilafiyyah
6.Sering bercanggah dengan ijma’ ulama’
7.Menganggap apa yang mereka amalkan adalah sunnah dan pendapat pihak lain adalah bid’ah
8.Sering mendakwa orang yang bermazhab sebagai taksub mazhab, sedangkan mereka taksub kepada Ibnu Taymiyyah, Ibnu al-Qayyim al-Jawziyyah dan Muhammad Ibn Abdul Wahhab.
9.Salah faham makna bid’ah yang menyebabkan mereka mudah membid’ahkan orang lain
10.Sering berhujah dengan al-tark, sedangkan al-tark bukanlah satu sumber hukum
11.Mempromosikan mazhab fiqh baru yang dinamakan sebagai Fiqh al-Taysir, Fiqh al-Dalil, Fiqh Musoffa, dll [yang jelas terkeluar daripada fiqh empat mazhab]
12.Sering mewar-warkan agar hukum ahkam fiqh dipermudahkan dengan menggunakan hadis “Yassiru wa la tunaffiru” sehingga menjadi lebih parah daripada tatabbu’ al-rukhas
13.Sering mengatakan bahawa fiqh empat mazhab telah ketinggalan zaman

Najis
1. Sebahagian daripada mereka sering mempertikaikan dalil bagi kedudukan babi sebagai najis mughallazah
2. Menyatakan bahawa bulu babi itu tidak najis kerana tidak ada darah yang mengalir.

Wudhu’ & Tayammum
1. Tidak menerima konsep air musta’mal
2. Bersentuhan lelaki dan perempuan tidak membatalkan wudhu’
3. Membasuh kedua belah telinga dengan air basuhan rambut dan tidak dengan air yang baru.
4. Kaifiyyat Tayammum yang mereka pilih ialah: Tepuk sekali dan sapu muka serta kedua pergelangan tangan sahaja (tanpa perlu sampai ke siku).


Azan
1. Azan juma’at sekali; azan kedua ditolak

Solat
1. Mempromosi “Sifat Solat Nabi SAW’, dengan alasan kononnya solat berdasarkan fiqh mazhab adalah bukan sifat solat Nabi SAW yang sebenar
2. Menganggap lafaz usolli sebagai bid’ah yang keji
3. Berdiri secara terkangkang  ataupun seperti huruf Y terbalik yang menyalahi konsep berdiri secara iktidal (lurus dan sederhana)
4. Tidak membaca ‘Basmalah’ secara jahar
5. Menggangkat tangan sewaktu takbir pada paras bahu
6. Meletakkan tangan di atas dada sewaktu qiyam
7. Menganggap perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam solat sebagai perkara bid’ah (sebahagian Wahhabiyyah Malaysia yang jahil)
8. Menganggap qunut Subuh sebagai bid’ah
9. Menggangap penambahan “wa bihamdihi” pada tasbih ruku’ dan sujud adalah bid’ah
10. Menganggap menyapu muka selepas solat sebagai bid’ah - Fatwa Soleh Uthaymin
11. Solat tarawih hanya 8 rakaat; yang lebih teruk lagi, mengatakan solat tarawih itu sebenarnya adalah solat malam (solatul-lail) seperti yang dibuat pada malam-malam biasa.
12. Zikir jahar di antara rakaat-rakaat solat tarawih dianggap bid’ah
13. Tidak ada qadha’ bagi solat yang sengaja ditinggalkan
14. Menganggap amalan bersalaman selepas solat adalah bid’ah - Fatwa Soleh Uthaymin
15. Menggangap lafaz sayyiduna (taswid) dalam solat sebagai bid’ah
16. Menggerak-gerakkan jari sewaktu tahiyyat awal dan akhir
17. Boleh jama’ dan qasar walaupun kurang dari dua marhalah
18. Memakai jubah dengan singkat yang melampau
19. Menolak sembahyang sunat qabliyyah sebelum Jumaat
20. Menolak konsep sembahyang menghormati waktu [li hurmah al-waqt] 
21. Menolak konsep fidyah sembahyang walaupun umum mengetahui ia adalah pendapat mazhab Hanafi dan pendapat dhaif di dalam mazhab Shafie.


Doa, Zikir dan Bacaan al-Quran
1. Menggangap doa beramai-ramai selepas solat sebagai bid’ah
2. Menganggap zikir dan wirid beramai-ramai selepas sembahyang atau pada bila-bila masa sebagai bid’ah
3. Mengatakan bahawa membaca “Sodaqallahul-‘azim” selepas bacaan al-Quran adalah bid’ah - Fatwa Ibn Baz 
4. Menyatakan bahawa doa, zikir dan selawat yang tidak ada dalam al-Quran dan Hadis sebagai bid’ah. Sebagai contoh mereka menolak Dala’il al-Khayrat, Selawat al-Syifa’, al-Munjiyah, al-Fatih, Nur al-Anwar, al-Taj, dll, bahkan dikatakan semua itu bertentengan dengan Aqidah Islam 
5. Menganggap amalan bacaan Yasin pada malam Jumaat sebagai bid’ah yang haram - dengan alasan "Jangan diiktikadkan wajib" 
6. Mengatakan bahawa sedekah atau pahala tidak sampai kepada orang yang telah wafat
7. Mengganggap penggunaan tasbih adalah bid’ah
8. Mengganggap zikir dengan bilangan tertentu seperti 1000 (seribu), 10,000 (sepuluh ribu), dll sebagai bid’ah, tetapi kalau tidak berzikir atau lalai (al-ghaflah) tak mengapa pulak??!!! 
9. Menolak amalan ruqiyyah shar’iyyah dalam perubatan Islam seperti wafa’, azimat, dll
10. Menolak zikir isim mufrad: Allah Allah
11. Melihat bacaan Yasin pada malam nisfu Sya’ban sebagai bid’ah yang haram
12. Sering menafikan dan mempertikaikan keistimewaan bulan Rajab dan Sya’ban
13. Sering mengkritik kelebihan malam Nisfu Sya’ban
14. Mengangkat tangan sewaktu berdoa’ adalah bid’ah
15. Mempertikaikan kedudukan solat sunat tasbih
16. Berusaha mengharamkan wirid-wirid yang terkandung di dalam "Majmu' Sharif." 
17. Menyatakan bahawa mencium al-Quran adalah bid'ah terkeji  - Fatwa Soleh Uthaymin

Pengurusan Jenazah dan Qubur
1. Menganggap amalan menziarahi maqam Rasulullah SAW, para anbiya’, awliya’, ulama’ dan solihin sebagai bid’ah dan solat tidak boleh dijama’ atau qasar dalam ziarah seperti ini
2. Mengharamkan wanita menziarahi kubur
3. Menganggap talqin sebagai bid’ah
4. Mengganggap amalan tahlil dan bacaan Yasin bagi kenduri arwah sebagai bid’ah yang haram
5. Tidak membaca doa’ selepas solat jenazah
6. Sebahagian ulama’ mereka menyeru agar Maqam Rasulullah SAW dikeluarkan dari masjid nabawi atas alasan menjauhkan umat Islam dari syirik
7. Menganggap kubur yang bersebelahan dengan masjid adalah bid’ah yang haram
8. Doa dan bacaan al-Quran di perkuburan dianggap sebagai bid’ah

Munakahat
1. Talak tiga (3) dalam satu majlis adalah talak satu (1)


Majlis Sambutan Beramai-ramai
1. Menolak sambutan Mawlid Nabi; bahkan menolak cuti sempena hari Mawlid Nabi; bahkan yang lebih teruk lagi menyamakan sambutan Mawlid Nabi dengan perayaan Kristian bagi nabi Isa a.s.
2. Menolak amalan marhaban
3. Menolak amalan barzanji.
4. Berdiri ketika bacaan mawlid adalah bid’ah
5. Menolak sambutan Ma’al Hijrah, Isra’ Mi’raj, dll.
Haji dan Umrah
1. Cuba mengalihkan "Maqam Ibrahim a.s." namun usaha tersebut telah dipatahkan oleh al-Marhum Sheikh Mutawalli Sha'rawi apabila beliau pergi bertemu dengan Raja Faisal ketika itu.
2. Menghilangkan tanda telaga zam-zam untuk dielak oleh orang yang bertawaf ketika bertawaf [Dengar khabar, sekarang tanda tersebut hendak dibuat semula] 
3. Mengubah tempat sa'ie di antara Sofa dan Marwah yang mendapat tentangan ulama' Islam dari seluruh dunia [Terbaru - dan Khilafiyyah di antara para ulama' kontemporari].
4. Nama "Hajar Ismail" bagi bahagian sisi Ka'bah adalah bid'ah dan tidak harus - Fatwa Soleh Uthaymin

PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
1. Ramai para professional menjadi ‘ustaz-ustaz’ mereka (di Malaysia)
2. Ulama’ yang sering menjadi rujukan mereka adalah:
a. Ibnu Taymiyyah
b. Ibnu al-Qayyim
c. Muhammad Abdul Wahhab [Perbezaan yang ketara di antara pendekatan Ibnu Taymiyyah dan Muhammad Ibn Abdul Wahhab ialah: (i) Ibnu Taymiyyah tidak memaksa orang lain mengikut pendapatnya dengan pedang dan kuasa, ini adalah berbeza dengan pendekatan Muhammad Ibn Abdul Wahhab; (ii) Ibnu Taymiyyah juga tidak bersepakat dengan bukan Muslim untuk menjatuhkan saudara Islamnya]
d. "Sheikh" Abdul Aziz Ibn Bazz
e. Nasiruddin al-Albani
f. "Sheikh" Soleh Ibn Uthaimin
g. "Sheikh" Soleh Fawzan al-Fawzan [Secara peribadi, penulis mendengar dengan telinga dan melihat dengan mata sendiri di Madinah, Dr. Soleh Fawzan al-Fawzan, Rektor, Universiti Islam Madinah pada waktu tersebut menyatakan bahawa ulama' Al-Asha'irah dan al-Maturidiyyah bukanlah daripada "golongan yang terselamat dari api neraka" (al-firqah al-najiyah)."] 
3. Sering mewar-warkan untuk kembali kepada al-Quran dan Hadis (tanpa menyebut para ulama’, sedangkan al-Quran dan Hadis sampai kepada umat Islam melalui para ulama’ dan para ulama’ jua yang memelihara al-Quran dan Hadis untuk umat ini)
4. Sering mengkritik Imam al-Ghazali dan kitab “Ihya’ Ulumiddin”
5. Masih lagi menggunakan kitab al-Tawhid oleh Imam Ibnu Khuzaimah walaupun Imam al-Bayhaqi telah menyatakan bahawa Imam Ibnu Khuzaimah telah pun menarik semula dan bertaubat daripada penulisannya itu. Ini dinyatakan oleh Imam al-Bayhaqi di dalam Kitab al-Asma' dan al-Sifat. 
PENGKHIANATAN MEREKA KEPADA UMAT ISLAM

1. Bersepakat dengan Inggeris dalam menjatuhkan kerajaan Islam Turki Usmaniyyah
2. Melakukan perubahan kepada kitab-kitab turath yang tidak sehaluan dengan mereka
3. Ramai ulama’ dan umat Islam dibunuh sewaktu kebangkitan mereka
4. Memusnahkan sebahagian besar kesan-kesan sejarah Islam seperti tempat lahir Rasulullah saw, jannat al-Baqi’ dan al-Ma’la [makam para isteri Rasulullah SAW di Baqi’, Madinah dan Ma’la, Mekah], tempat lahir Sayyiduna Abu Bakr dll, dengan hujah perkara tersebut boleh membawa kepada syirik.
5. Di Malaysia, sebahagian mereka dahulu dikenali sebagai Kaum Muda atau Mudah [kerana hukum fiqh mereka yang mudah, ia merupakan bentuk ketaatan bercampur dengan kehendak hawa nafsu].
6. Antara nama/seruan yang pernah digunakan/dilaungkan oleh mereka di Malaysia dahulu ini ialah Ittiba’ Sunnah. Pihak Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-14 yang bersidang pada 22-23 Oktober 1985 telah pun mengeluarkan fatwa menyatakan kesesatan ajaran Ittiba’ al-Sunnah ini.

TASAWWUF DAN TAREQAT

1. Sering mengkritik aliran Sufi dan kitab-kitab sufi yang mu’tabar
2. Sufiyyah dianggap sebagai terkesan dengan ajaran Budha dan Nasrani
3. Tidak dapat membezakan antara amalan sufi yang benar dan amalan bathiniyyah yang sesat

Perhatian:

Sebahagian daripada ciri-ciri di atas adalah perkara khilafiyyah. Namun sebahagiannya adalah bercanggah dengan ijma’ dan pendapat mu’tamad empat mazhab. Sebahagian yang lain adalah perkara yang sangat kritikal dalam masalah usul (pokok) dan patut dipandang dengan serius.Ini adalah sebahagian daripada ciri-ciri umum golongan Wahhabiyyah yang secara sedar atau tidak diamalkan dalam masyarakat kita. Sebahagian daripada ciri-ciri ini adalah disepakati di antara mereka dan sebahagiannya tidak disepakati oleh mereka. Ini adalah kerana di dalam golongan Wahhabiyyah ada berbagai-bagai pendapat dan mazhab dalam berbagai peringkat. Apatah lagi apabila setiap tokoh Wahhabiyyah cuba berijtihad dan mengenengahkan pendapat masing-masing sehingga sebahagiannya terpesong terlalu jauh dari aliran Ahlus-Sunnah wal-Jama’ah.