12 April 2022

10 November 2016

Cara Buat Penggalak Tanaman

Posted in Organik, Pembajaan, Tanaman By Salina Shamsudin On August 5, 2015


Penggalak Tanaman (Plant Booster) memudahkan tanaman menyerap baja. Penggunaan baja boleh diminimakan bila digandingkan dengan penggalak tanaman ini. Sesuai digunakan disemua peringkat tanaman, dari anak pokok hingga berbunga, berbuah, hingga pokok tua. Kalau pokok dah mati tak payah gunalah…

Bahan-bahan


Bahan A. Kisar halus pisang, nenas, betik, kangkung dan belacan.

Bahan A (kisar halus)

1. 0.5kg pisang
2. 0.5kg nenas
3. 0.5kg betik
4. 0.5kg kangkung
5. 0.25kg belacan




Bahan B. Susu, gula merah, telur dan beras hancur.

Bahan B

6. 5 biji telur, sekali dgn kulitnya
7. 0.5kg gula merah
8. 0.25kg dedak (sy gantikan dengan beras yg dihancurkan)
9. 1L susu cair
10. 10L air



Bahan C. Ragi dan labu dipotong nipis.

Bahan C

11. 0.5kg labu, hiris nipis, lebihkurang 2mm tebalnya.
12. 3 biji/peket ragi.


Cara Membuat


Masukkan bahan A dan B. Susun labu di atasnya.

1. Campur bahan A (yg dikisar) dengan bahan B. Masukkan dlm satu bekas, kacau.

2. Susun labu yg dipotong nipis atas permukaan bahan. Tabur ragi diatas permukaan labu dan bahan cecair. Jangan tanya saya kenapa, kalau nak tau jugak pasal apa, sila tanya Jabatan Pertanian, diaorang suruh buat macam tu.


Tabur ragi di atas permukaan bahan.

3. Tutup bekas samada dengan kain atau penutup lain. Kain batik orang rumah pun boleh guna. Pastikan bekas yg digunakan tidak penuh. Perlu ada sekurang2nya 1/3 ruang untuk udara dalam bekas peraman. (mikrob pun nak bernafas jugak).


Tutupkan dengan kain

4. Peram seminggu. Hari ke 5 dan ke 6, kulapuk dah mula banyak dipermukaan. Biar saja, jangan usik usik dia.


Lepas seminggu, ada kulapuk putih dipermukaan. Baunya masam masam manis. Dah menjadi Penggalak Tanaman ni.

5. Baja matang selepas hari ke 7. Baunya masam masam manis.



6. Bila baja dah matang, kacau dan tapis. Bersabar waktu menapis, istighfar banyak banyak sbb proses menapis sangat menguji kesabaran. Kalau tapis sambil baca nasyid pun boleh jugak. PT ni agak pekat dan sedikit berlendir.


Nah. Tudia, hasilnya 11.5L Penggalak Tanaman.

Cara penggunaan.

Cairkan PT, 10ml atau 20ml dengan 1L air tanpa klorin dan sembur atau siram pada keseluruhan pokok dan tanah. Ikutlah citarasa masing masing. Seperti biasa, saya selalu bermewah-mewah dengan penggunaan baja buatan sendiri. Kalau habis boleh buat lagi. Seronok pulak main peram- peram baja ni.

Gunakan sekali atau 2 kali seminggu. Adalah perlu diingati bahawa Penggalak Tanaman ini perlu digunakan bersama baja.

Nota : Penggalak Tanaman ini saya ubahsuai dari resepi Jabatan Pertanian

http://www.ilmutani.com/cara-buat-penggalak-tanaman/

03 November 2016

6 TANAMAN EDIBLE GARDEN YANG BOLEH ANDA BUAT SENDIRI DI RUMAH!

Oleh: Wan Nurhalimah Wan Abdullah

Kini semakin ramai yang berminat menanam sayur-sayuran di laman rumah. Bagusnya menanam sayur ini hasilnya boleh di makan atau kalau punya tanah yang luas boleh di jadikan sebagai sumber pendapatan kecil-kecilan. Menanam sayur ini juga tidaklah sukar mana. Apa yang penting anda harus tahu cara menanam dan penjagaannya. Web IMPIANA kongsikan dengan anda 6 tanaman yang boleh anda tanam dan info menarik tentang setiap satu darinya. Pastikan anda baca sampai habis ya..


1.Asparagus
Kaya dengan vitamin B, C dan kalsium asparagus boleh menjadikan edible garden anda lebih bervariasi. Diklasifikasikan sebagai tanaman perennial, pucuknya segar boleh dituai hanya selepas 8 bulan. Disebabkan ia merupakan tanaman perennial, rumpun asparagus boleh membiak dengan banyak apabila mencecah usia 2 tahun dan mampu kekal sehingga 20 tahun. Cara tanaman adalah menggunakan biji benih atau kaedah crown iaitu akar bertunas. Digalakkan menanam pada batas.
Waktu Menanam: Iklim tropika membenarkan asparagus ditanam pada bila-bila masa.
Waktu menuai: Tuai pada tahun kedua kerana ia semakin matang dan merimbun.


2.Kubis
Kubis lazimnya ditanam di kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highland atau Kundasang. Ini kerana tumbesarannya memerlukan suhu yang rendah dan bagi membentuk bola kubis. Namun, kubis masih boleh ditanam di tanah rendah dan masih boleh dinikmati dengan enak meskipun memiliki daun terbuka. Kubis termasuk dalam kategori Brassica oleracea yang sekeluarga dengan sayuran seperti brokoli, bunga kubis, kale dan sebagainya. Cara tanaman adalah menggunakan biji benih. Ia boleh ditanam dalam pasu mahupun pada batas.
Waktu menanam: Tiada waktu tertentu untuk iklim tropika atau tanah rendah.
Waktu menuai: Tuai pada dua hingga tiga bulan usia tanaman.


3.Lettuce
Lettuce atau salad terdiri daripada beberapa jenis seperti butterhead atau Boston yang memiliki bentuk bulat dan daun berkedut, cos dan semicos yang memiliki daun panjang dan rangup, serta loose leaf yang tidak memiliki jantung dan berbentuk bulat. Digalakkan menuai biji benih terus ke tanah kerana ia tidak sesuai dialihkan. Penyiraman dilakukan setiap hari bagi mengelakkan tanah kering.
Waktu menanam:. Sesuai ditanam sepanjang tahun kerana lettuce tahan kepada cuaca panas.
Waktu menuai: Boleh dituai selepas usia tanaman 8 hingga 10 minggu. Tuai bahagian luar lettuce dari masa ke masa kerana ia akan tumbuh yang baharu selepas dipetik. Anda juga boleh menuai keseluruhan salad sekali gus.


4.Bak Choi
Satu tanaman yang tidak sukar dijaga dan boleh dituai dalam masa singkat. Ia juga dikenali dengan nama sawi cina. Memiliki rasa yang segar dan rangup. Ia boleh ditanam dalam pasu jika kekurangan kawasan tanah. Penanaman menggunakan biji benih di kawasan indoor atau terus pada batas. Menariknya tanaman dalam pasu boleh dijadikan hiasan meja, namun harus mendapat cahaya mencukupi.
Waktu menanam: Sepanjang tahun
Waktu menuai: Boleh dituai dalam masa 4 minggu dengan ketinggian 12 hingga 18 inci.


5.Bunga kubis
Anda boleh menjimatkan kos dapur dengan menanam sendiri bunga kubis kerana harganya yang lebih mahal berbanding sayuran lain di pasaran. Cara menanam ialah dengan semaian anak benih dalam bekas semaian atau pasu. Ia mengambil masa sehingga sebulan lebih sebelum mengeluarkan bunga kubis. Lakukan siraman setiap hari bagi mengelakkan tanah kering. Selepas hasil bunga kubis dituai (selepas 3-4 bulan), biarkan tanaman induk kerana ia akan mengeluarkan anak pokok pada bahagian batang. Anak pokok ini boleh dicantas dan dibiakkan.
Waktu menanam: Sepanjang tahun
Waktu menuai: Tuai apabila bunga kubis sudah matang lebih kurang 3 hingga 4 bulan usia tanaman.


6.Brokoli
Sayuran jenis hardy vegetable ini memerlukan suhu rendah, pancaran matahari penuh dan air mencukupi untuk hidup subur. Namun, ia masih boleh ditanam di Malaysia kerana terdapat penyelidikan yang mendapati tanaman ini boleh hidup subur melalui cuaca tropika. Cara tanaman menggunakan semaian biji benih selama 5 hingga 7 minggu (atau sehingga 5 helai daun) sebelum dipindahkan ke batas yang kalis hujan. Anda perlu bersabar bagi menantikan brokoli menghasilkan 'bunga'. Tanda kematangan brokoli boleh dilihat pada jambak bunga yang padat dan berwarna hijau iaitu sekitar 70 hingga 80 hari.
Waktu menanam: Sepanjang tahun
Waktu menuai: Mengambil masa sehingga 3 bulan untuk dituai.

17 October 2016

Selawat Quthbul Aqthab dan Khasiatnya

Muslim Fiqih - Dikatakan bahwa yang paling dekat dengan Rasulullah SAW kelak adalah yang paling banyak sholawatnya. maka sudah seharusnya kta berlomba-lomba untuk memperbanyak bacaan shalawat kita kepada Nabi Muhammad SAW. dan salah satu bacaan sholawat yang bisa diamalkan adalah sholawat quthbul aqthab.

Shalawat quthbul aqthab dikarang oleh Al-Imam Al-Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad. didalamnya terdapat manfaat dan keutamaan yang besar, diantaranya adalah mampu menyembuhkan berbagai macam penyakit seperti penyakit gila, penyakit perut, batuk, panas, dan berbagai penyakit lainnya.

Dikatan pula barang siapa yang ingin bertemu dengan Nabi Muhammad di dalam mimpi, maka maka baca Sholawat Quthbul Aqthab sebagai wirid 70 kali dalam sehari semalam, demikian menurut Alhafizh Dimyathi. Atau sebelum tidur wudlu, dan sholat sunnah 2 rekaat , setelah sholat bacalah sholawat ini sampai tidur, tidurnya dalam keadaan suci baik pakaian maupun tempatnya dan posisi tidurnya membujur ke utara muka menghadap kiblat serta hatinya tidak melamun.

Melihat besarnya pahala dan khasiat membaca sholawat yang tidak terhitung besarnya. untuk itu muslimfiqih akan share tentang lafadz sholawat quthbul aqthab dalam teks/tulisan arab dan latin lengkap beserta arti bahasa indonesianya . . .



Bacaan Sholawat Quthbul Aqthab dan Khasiatnya :

Arab

اَللّٰـهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ فِى اْلأَوَّلِيْنَ وَصَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ فِى اْلآخِرِيْنَ وَصَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ فِى اْلـمُرْسَلِيْنَ وَصَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ فِى الْمَلَإِ اْلأَعْلٰى إِلٰى يَوْمِ الدِّيْنَ


Allahmma sholli 'alaa sayyidinaa Muhammadin fil awwaliin washalli 'alaa sayyidina Muhammadin fil aakhiriinaa washalli 'alaa sayyidinaa Muhammadin finnabiyyin washalli 'alaa sayyidina Muhammadin fil mursaliin, washalli 'alaa sayyidina Muhammadin fil malail a'laa ilaa yaumiddiin.

Terjemah

Ya Allah, berikan rahmat takdzim kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW, di masa-masa permulaan dan berikan rahmat kepada Nabi Muhammad SAW, di masa-masa penghabisan dan berikan rahmat kepada Nabi Muhammad SAW sebagai utusan serta berikan rahmat kepada Nabi Muhammad SAW dan kepada orang-orang yang memiliki kemuliaan sampai hari kiamat


Sekian dari kami mengenai bacaan sholawat quthbul aqthab beserta fadhilahnya. selalu berusaha untuk istiqomah membaca bacaan sholawat apapun itu sholawatnya termasuk juga shalawat quthbul aqthab ini karena besarnya manfaat yang akan anda dapat. wallahu a'lam.


Sumber : http://muslimfiqih.blogspot.my/2016/02/bacaan-sholawat-quthbul-aqthab-khasiat.html#ixzz4NKOUyGQP

Qasidah Qod Kafani Ilmu Rabbi

هذه القصدة قد كفاني علم ربي

قَدْ كَفَانِيْ عِلْمُ رَبِّي مِنْ سُؤَالِي وَاخْتِيَارِ
فَدُ عَائِي وَابْتِهَالِي شَاهِدٌ لِي بِافْتِقَارِي
فَلِهَذَا السِّرِّ أَدْعُو فِي يَسَارِي وَعَسَارِي
أَنَا عَبْدٌ صَارَفَخْرِي ضِمْنَ فَقْرِي وَاضْطِرَارِي
قَدْ كَفَانِي عِلْمُ رَبِّي مِنْسُؤَالِي وَاخْتِيَارِي
يَا إِلَهِي وَمَلِيكِي أَنْتَ تَعْلَم كَيْفَ حَالِي
وَبِمَا قَدْ حَلَّ قَلْبِي مِنْهُمُومٍ وَاشْتِغَالِي
فَتَدَارَكْنِي بِلُطْفٍ مِنْكَ يَا مَولَى الْمَوَالِي
ياَ كَرِيْمَ الْوَجْهِ غِثْنِي قَبْلَ أَنْ يَفْنَى اصْطِبَارِي
قَدْ كَفَانِي عِلْمُ رَبِّي مِنْسُؤَالِي وَاخْتِيَارِي
ياَسَرِ يْعَ الْغَوْثِ غَوْثًا مِنْكَ يُدْرِكْنِي سَرِيعًا
يُهْزِمُ الْعُسْرَوَيَأْتِي بْالَّذْي أَرْجُو جَمِيعًا
يَاقَرِيْبًا يَامُجِيْبًا يَاعَلِيْمًا يَاسَمِيْعًا
قَدْ تَحَقَّقْتُ بِعَجْزِي وَخُضُوْعِي وَانْكِسَارِي
قَدْ كَفَانِي عِلْمُ رَبِّي مِنْ سُؤَلِي وَاخْتِيَارِي
لَمْ أَزَلْ بِالْبَابِ وَاقِفْ فَارْحَمَنْ رَبِّي وُقُوْفِي
وَبِوَادِي الْفَضْلِ عَاكِفْ فَأَدِمْ رَبِّي عُكُوفِي
وَلِحُسْنِ الظَّنِّ لاَزِمَ فَهُوَخِلِّي وَحَلِيْفِي
وَأَنِيْسِيْ وَجَلِيسِي طُوْلَ لَيْلِي وَنَهَارِي
قَدْكَفَانِي عِلْمُ رَبِّي مِنْ سُؤَالِي وَاخْتِيَارِي
حَاجَةٌ فِي النَّفْسِ يَارَبْ فَاقْضِهَا يَاخَيْرَ قَاضِي
وَأَرِحْ سِرِّي وَق
؎لْبِي مِنْ لَظَاهَا وَالشُّوَاظِ
قِيْ سُرُورٍ وَحُبُوْرٍ وَإِذَامَا كُنْتَ رَاضِي
فاَلْهَنَا وَالْبَسْطُ حَالِي وَشِعَارِي وَدِثَارِي
قَدْ كَفَانِي عِلْمُ رَبِّي مِنْسُؤَالِي وَاخْتِيَارِي



Terjemahan Qosidah Qod Kafani :

Sungguh telah cukup bagiku kepuasan dan ketenanganku bahwa Penciptaku Maha Mengetahui Segala Permintaanku dan Usahaku

Maka do’a do’a dan jeritan hatiku sebagai saksiku atas kefakiranku (dihadapan kewibawaanMU)

Maka demi rahasia kefakiranku (dihadapan KewibawaanMu) aku selalau mohon (padaMu) disaat kemudahan dan kesulitanku

Aku adalah hamba yang kebangganku adalah dalamnya kemiskinannku dan besarnya kebutuhanku (padaMu)

Sungguh telah cukup bagiku kepuasan dan ketenanganku bahwa penciptraku Maha Mengetahui segala permohonan dan usahaku

Wahai Tuhanku Wahai yang memiliki diriku,Engkau Maha Mengetahui bagaimana keadaanku

Dan dari segala yang memenuhi hatiku dari kegundahan dan kesibukanku (hingga terlupakan dari mengingatMu)

Maka ulurkanlah bagiku Kasih Sayang dari Mu Wahai Raja dari segenap para Raja

Wahai Yang Maha Pemurah Dzatnya,tolonglah aku,dengan pertolongan yang dating sebelum sirna kemampuanku dalam bersabar

Sungguh telah cukup bagiku kepuasan dan ketenanganku bahwa penciptaku mengetahui segala permohonan dan usahaku

Wahai Yang Maha cepat mendatangkan pertolongan,temukan kami dengan pertolongan dari Mu yang mendatangi kami dengan segera

Pertolongan yang merubuhkan segala kesulitan,dan mendatangkan segala yang kami harap harapkan

Wahai Yang Maha Dekat,Wahai Yang Maha Menjawab segala rintihan,Wahai Yang Maha Mengetahui,Wahai Yang Maha Mendengar

Sungguh aku telah benar-benar meyakini kelemahan dan ketidakmampuanku,kerendahan dan keluluhanku

Sungguh telah cukup bagiku kepuasan dan ketenanganku bahwa penciptaku Maha Mengetahui Segala Permohonan dan usahaku

Aku masih tetap berdiri di Gerbang Mu,maka kasihanilah aku yang masih terus menunggu

Dan di Lembah Anugerah Kasih SayangMu aku berdiam maka abadikanlah keadaanku ini

Maka bersangka baik padaMu adalah hal yang mesti bagiku,sangka baik atasMu adalah pakaianku dan janjiku

Dan hal itulah (sangka baik padaMu) yang menjadi penenang hatiku,dan selalu (sangka baik pada Mu) menemaniku sepanjang siang dan malam

Sungguh telah cukup bagiku kepuasan dan ketenanganku bahwa penciptaku Maha Mengetahui Segala permohonan dan usahaku

Segala kebutuhan dalam diriku Wahai Penciptaku maka selesaikanlah,Wahai sebaik-baik yang menyelesaikan kebutuhan

Dan tenangkanlah ruhku dan sanubariku dari gejolak dan gemuruhnya (nafsu,kemarahan,kesedihan,kebingungan,dan penyakit penyakit hati)

Agar hatiku dan ruhku selalu dalam ketentraman dan kedamaian dalam apa2 yang telah engkau Ridhoi

Maka kegembiraan dan kebahagiaan menjadi keadaanku selalu,dan menjadi lambing kehidupanku dan selubung perhiasanku

Sungguh telah cukup bagiku kepuasan dan ketenangan bahwa penciptaku Maha Mengetahui Segala permohonan dan usahaku

Penggalak Tanaman Guna BELACAN

1. Belacan - 100g
2. Gula merah / molases - 100g
3. Air bebas klorin - 500mL
4. Kain kasa.

Kaedah

1. Hancurkan dan rendam belacan dalam bekas berisi air 500mL. Kacau rata & larut.
2. Masukkan gula merah - kacau hingga sebati.
3. Tutup bekas tersebut dengan kain kasa.
4. Peram selama 1 bulan
5.Selepas peram, kacau dan tapis. Ambil pati penggalak tersebut.

Cara Guna

1. 10mL pati + 2L air tanpa klorin
2. Sembur pada batang, daun, tanah pada waktu antara 7 - 10 pagi. Seminggu sekali.


Penggalak ini sesuai untuk tanaman sayuran, tin, cili, mulberi dan lain2.