12 April 2022

Showing posts with label jodoh. Show all posts
Showing posts with label jodoh. Show all posts

08 October 2013

Ayat an Nisa 84

Fadhilat dari Surat An Nisa ayat 84.




Sesuai dengan nama surahnya iaitu An Nisa artinya wanita maka khasiat ayat ini adalah untuk menarik perhatian para wanita khususnya calon isteri agar tetap setia.

Caranya adalah bacalah ayat diatas sebanyak 41 kali dalam keadaan berwudhu lalu ditiupkan pada makanan tersebut dihidangkan pada wanita yang disukai. Insya-Allah pada jiwa wanita tersebut timbul rasa cinta dan kasih sayang kepada kita.

PEMANIS & PENGASIH - Surah Yusuf Ayat 4 & Surah Tahahaa Ayat 39


Kelebihan Surah Yusuf Ayat 4


Kali ni saya nak berkongsi kelebihan surah Yusuf ayat 4, ianya bagus diamalkan jika kita sentiasa perlu berjumpa orang atas urusan kerja.




“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin”


Bermaksud:

Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,“Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku…”


Khasiat ayat ini :

1 - Manis dipandang orang.

2 - Wajah menjadi berseri-seri.

3 - Sentiasa disayangi oleh sesiapa sahaja.


Kemudian sambung Surah Thaahaa Ayat 39







“Wa-alqayka ‘alayka mahabbatan minnii walitushna’a'laa ‘ainii”

Bermaksud:
“Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku.”(Qs.thaahaa:39)


Caranya:

Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/isteri/suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk dapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.


Cara mengamalkannya :

Baca Kedua-dua potongan surah yusof ayat 4 dan surah taaha ayat 39.

Baca 3 kali kemudian sapu pada muka anda.

Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang sukar dapat jodoh.

HENDAKLAH BERHENTI - Jangan membaca tanpa memisahkan ayat (sambung) tersebut. Surah Yusuf, ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Taha, ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf.


Paling mudah sebelum baca ayat, mulakan dengan bacaan ta'awwuz (A'uzubillahi Minash Shyaitan nir Rajeem) terlebih dahulu.



Pssst..... *Penting!Anda dilarang sama sekali menggunakan ayat ini dengan tujuan yang tidak baik.

27 May 2013

Surah Yusuf Ayat 4 - Percepatkan Jodoh & Melariskan Perniagaan


Terdapat beberapa kelebihan Surah Yusuf & Yunus dalam al-Quran. Antaranya :
Percepatkan jodoh

Bagi yang belum mendirikan rumahtangga tetapi berhajat untuk berkahwin, anda boleh mengamalkan 3 doa untuk cepat bertemu jodoh buat dijadikan pasangan hidup anda kelak.Sememangnya doa adalah usaha yang terbaik kerana dengan berdoa,anda meminta kepada Pencipta agar memperkenankan setiap hajat anda.

 يهِ يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ - 12:4
إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ - 12:4
إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ
 
 "Tatkala Nabi Yusuf berkata kepada bapanya.Wahai ayahku!Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan dan melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku." - Surah Yusuf ayat 4








Caranya:

Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/isteri/suami,bacalah kedua ayat ini.Untuk dapatkan kesan yang baik,hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya,Tidak perlu membaca dengan kuat,memadailah dengan hanya membaca di dalam hati.Selain itu agar dikasihi masyarakat,bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.

Kaukaba 3x @ li sajidin 3x - ikut mana sesuai


*Penting!Anda dilarang sama sekali menggunakan ayat ini dengan tujuan yang tidak baik



Elok dibaca ketika mengandung


Surah Yusuf banyak kelebihannya, antaranya dipermudahkan proses bersalin jika istiqomah mengamalkan surah Yusuf ketika tempoh mengandung. Walaubagaimana pun jika ada halangan untuk membaca Surah Yusuf atas sebab tertentu, memadai mendengari bacaan Surah Yusuf oleh suami ataupun dari rakaman CD atau kaset.


orang akan hormat dengan diri kita dan tidak akan marah tanpa sebab yang munasabah.

فَلَمَّا أَلْقَوْا قَالَ مُوسَىٰ مَا جِئْتُم بِهِ السِّحْرُ ۖ إِنَّ اللَّهَ سَيُبْطِلُهُ ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يُصْلِحُ عَمَلَ الْمُفْسِدِينَ












"Setelah mereka campakkan (benda-benda itu),Nabi Musa berkata,Apa yang kamu datangkan itu,itulah sihir sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya(dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku) Sesunggunya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan." Surah Yunus ayat 81


Adakalanya tanpa kita sedari,sebenarnya ada manusia yang mempunyai perasaan dengki terhadap diri kita.Walaupun dihadapan kita sikapnya adalah terbaik,tetapi dibelakang,dia cuba 1001 cara untuk menjatuhkan diri kita hanya untuk kepuasan yang sementara.Oleh itu dengan mengamalkan doa dari surah yunus ini,kita berdoa agar dilindungi dari sebarang ilmu sihir kerana yakin dan percaya semua kekuasaan adalah hanya dari Allah S.W.T sahaja.


Moga dipermudahkan segala urusan kita :)